Salam..
Menjawab kepada pertanyaan mama Zaidah tentang penyusuan anak kembar.. sebelum saya memberi huraian dengan panjang lebar(hehehe).. izinkan saya mengucapkan tahniah pada mama Zaidah yang baru melahirkan bb kembar perempuan.. sangat comel.. yang diberi nama NAURAH NUR ANEESA dan NAURAH NUR ALEESYA.. sungguh indah maksudnya..
Syabas juga saya ucapkan pada mama Zaidah kerana bersemangat dan bertekad untuk menyusukan si kembar sepenuhnya..
Soalan-soalannya adalah..
1. Berapa lama sorang babies menyusu?
Masa untuk seorang bb menyusu tak dapat ditentukan.. ini bergantung kepada kehendak bb tersebut.. dari pengalaman saya menyusukan Elly&Emmy, masa memang tak tentu.. kadang-kadang rasa sekejap jer.. kadang-kadang rasa lama sangat..selalunya kalau mereka terlelap masa menghisap dan diusik-usik pun masih lalok nak tido maka saya akan letak tido ditilam..kecuali bb ada jaundice memang suka tido dan kena sentiasa kejutkannya sejam sekali untuk menyusu..
2. Sekerap mana babies cepat lapar?
Sekerap yang bb mahu.. diaorang nak susu jer.. terus beri.. memang tak ada had masa untuk setiap seorang.. lagi pun kalau kita beri bb menghisap sekerap mungkin... air susu akan makin bertambah.. kerana buah dada sentiasa dikosongkan dan membolehkan susu baru dihasilkan..Letihh??.. memang letih nak susukan 2 orang bb serentak.. saya mula-mula dulu pun lembik juga dibuatnya.. sekejap Elly.. sekejap Emmy... silap-silap pusingan kedua pulak..letih nak angkat letak diorang jer.. tapi Alhamdulillah susunya sentiasa ada..
3. Mama x keje kan tapi pam x susu untuk stok ebm?
Oleh kerana saya ni CEO rumahtangga (hehehe).. saya memang tak buat stok EBM.. pernah simpan untuk EBM.. sebab masa tu sikembar dah mula makan.. lepas tu diorang kurang menghisap.. maka terjadilah bengkak susu.. terpaksa perah dan simpan.. tapi bila nak beri diorang minum, terus jer diorang tak nak.. bagi minum guna cawan..sebab diorang tak tahu nak isap menggunakan botol susu... sebab susu EBM ada bau sikit tak sama dengan susu yang di isap secara langsung dari ibu..
Pengalaman saya juga.. masa dalam pantang, saya jarang menyusukan mereka secara serentak.. kalau boleh elak..saya elakkan.. nampak jer sorang mengeliat-geliat.. buat mulut nyot-nyot... cepat-cepat saya susukan.. jangan sampai dia menanggis.. kalau dah tak boleh sangat.. kedua-dua nanggis baru saya susukan serentak.. cara ni memang berhasil untuk saya.. sikembar tidak menyusu serentak.. dah besar ni baru pandai nak susu serentak.. lawan berebut..
Diharapkan dengan jawapan ini dapat menjawab persoalan mama Zaidah itu.. terima kasih juga kerana menjadi pembaca setia Blog Elly&Emmy ini..
Kalau ada apa-apa yang ingin ditanya dan dikongsi.. jangan segan-segan yer :)
dan kalau ada masalah dalam penyusuan ibu.. boleh juga bertanya pada PC BF saya.. Cik Puan Nurul.. nanti kita akan diberikan suntikan semangat dalam menjuangkan penyusuan ibu :)