Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 10 utk Eida & Hakim

Salam

Alhamdulillah..
Hari ni genap 10 tahun ulangtahun perkahwinan saya... syukur kerana telah dipertemukan jodoh dengan suami (Hakim), seorang yang sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam setiap perkara terutamanya dalam mengurus dan mentadbir rumahtangga..paling penting suami seorang yang penyabar dan baik hati, tidak berkira wang ringgit untuk dibelanjakan pada anak bini serta mentuanya..

Saya juga bersyukur kerana telah dikurniakan 4 orang yang sempurna dan cukup sifatnya.. moga mereka akan menjadi anak yang soleh dan solehah.. berjaya didunia dan akhirat..

Hadiah untuk ulangtahun perkahwinan kali ni????
Tiada apa yang saya inginkan.. sudah banyak suami memberi.. yang saya inginkan .. semoga suami dan anak-anak sentiasa sihat dan berjaya dalam setiap perkara yang mereka usahakan .. Semoga Allah memelihara kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga kita.. Amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails