Cara saya mengajar anak membaca

Salam..

Hari saya nak berkongsi teknik/cara saya mengajar Nadya membaca.. Nadya pandai membaca ketika umur 4 tahun.. tapi tidak berapa lancar..hanya tahu membaca. .. perkataan yang suku katanya seperti "ba, bu , ka, ko dan sebagainya"..perkata yang ada suku kata seperti "nya, nga, kha dan sebagainya".. dia tidak tahu tahu ..

Jadi untuk meningkatkan kelancaran dia membaca.. saya belikan dia buku cerita ini.. yang dijual di Giant dan Tesco.. harganya rm8.99 sebuah.

okkk.. apa yang bagus mengenai buku cerita ni?


Pertama buku ini dia sediakan dalam 2 versi.. itu bahasa dan english..
Buku bahasa .. perkataannya dicetak dengan hitam dan merah untuk menunjukkan suku bahasa supaya mudah dibaca.. Nadya akan membaca buku ini setiap hari.. mula-mula dia tak dapat nak bunyikan perkataan yang ada "nya, nga" tapi lama kelamaan dia sudah kenal dan tahu untuk menyebut perkataan yang ada suku kata tersebut.. sekarang dia boleh baca dengan lancar.. kalau diberikan suratkhabar pun dia sudah boleh membaca.. mungkin ada juga perkatan yang tersangkut.. yang terlalu sukar untuk di eja.. tak pa laa.. masih dalam proses pembelajaran..


Manakala buku english pulak dengan perkataan ringkas dan mudah untuk disebut...
Secara automatiknya.. bila Nadya sudah faham jalan cerita dalam bahasa jadi tidak ada masalah untuk dia faham jalan cerita dalam english.. hanya perlu terangkan perkataan tertentu sahaja.. mula-mula dia akan ikut saya membaca.. untuk menyebut setiap satu persatu perkataan tapi sekarang dia dah tahu membaca walaupun tak berapa lancar.. tapi saya nampak akan perkembangan dia ..

dan lagikk.. buku ini mengandungi 16 cerita pendek dan disertakan dengan ilustrasi yang berwarna-warni yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca..

Kawan-kawan pula macam mana mengajar anak-anak membaca??... jom kongsi pengalaman dan teknik bersama..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails