Suka mengigit

Salam..

Selamat pagi semua..

Suka mengigit? Agaknya siapa yang suka mengigit.. Elly ker Emmy?.. sebenarnya kedua-dua suka mengigit.. tapi Elly lebih hebat lagik gigitannya sebab dia dah ada 4 batang gigi... Emmy baru ada 2 batang gigi.. masih malu-malu nak keluar..



Gelagat diorang yang kelakar semalam.. masa saya sedang suap mereka makan.. tiba-tiba Emmy ternampak sebutir nasik kat dagu Elly.. lalu Emmy cuba masukkan nasik tersebut dalam mulut Elly.. tapi bukan nasik yang masuk sebaliknya jari kecik dia yang masuk.. apa lagi elly pun menggigit jari Emmy.. sebab tak rasa sakit Emmy ketawa dan memasukkan lagik jarinya ke dalam mulut Elly dan ketawa suka .. kali ketiga dia masukkan jarinya.. kali ni Elly dah naik minyak dengan gelagat Emmy lalu dia pun mengigit dengan kuat jari Emmy.. apa lagiii.. Emmy pun uwaaaaaaaaaaaaaaa.. tapi lepas tu ok semula..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails