Equatorial Cameron Highlans

Salam..

Apakhabar semuaa???..

Kami dah sihat dahh??.. setelah dibawa berjalan-jalan kat Cameron Highlands.. menikmati cuaca sejuk berkabus pada waktu malam dan pagi.. panas suam pada waktu tengahari dan hujan bukit pada waktu petang.. percutian yang menyeronokkan ini ditaja oleh wan..

Kami bermalam di hotel Equatorial selama 3 hari 2 malam.. wan ambik bilik yang bersebelahan.. boleh bukak pintu kat dalam tuuu.. makaaa.. kecoh laaa.. keadaan didalam bilik tu.. bila semua berkumpul.. abang iman ngan kak Nadya .. asyik duk melompat atas katil... bilik dah jadik macam tongkang terbalik..

Pemandangan dari bilik hotel tingkat 6.. pemandangan kat CH ni memang hangcusss.. sebab banyak sangat tanah yang telah diteroka untuk pembangunan dan pertanian.. keadaan kat CH ni dah mampat dan sedat.. cam ikan sardin dalam tin..

Dalam bilik.. tempat yang paling Elly suka... panjat kat meja tepi katil.. dia akan duk kat situ tak kira bila masa.. ada jer dia terconggok kat meja tu.. sambil layan tv..

Si Emmy pulak... tempat kesukaan dia.. depan cermin tepi bilik air.. suka sangat dia duk tengok muka dia kat cermin tu.. abis menyembur air liur dia kat cermin tu... geram sangattt..

Mama bebudak ni mula... suka lepak depan TV sambil makan buah strawberi..


memang tak jalan mana-mana.. malas sangattt.. dengan cuaca yang hujan renyai-renyai tu.. atok, wan dan papa jer yang rajin nak jalan sana sini.. pas tu beli makanan banyak-banyak untuk mama yang sedang bertapa kat dalam bilik tuuu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails