Saya tertidur bila dihimpit dengan Teddy dan Bunny

Salam..

Akhir-akhir ni.. saya tak berapa sempat nak BW pukul 12 malam.. sebabnya dalam pukul 10 mlm budak berdua tu jaga dari tidur.. main sampai puas hingga letih .. dalam pukul 11 lebih diorang nak tidur balik..

Masa nak tidur ni.. mesti diorang nak berkeping bawah ketiak sat.. ambik bau sambil nyonyot.. Mama nya baring tengah .. budak berdua ni baring kiri kanan.. senang saya nak kasi susu sambil baring.. bergilir-gilir ler diorang ni isap.. saya pulak sekejap pusing kiri .. sekejap pusing kanan.. sampai laa kedua-dua kenyang dan tidur..

Kesudahannya.. saya yang kerja pusing kiri pusing kanan pun tertidur sama.. sedar-sedar dah pukul 2..3 pagi.. ambik ko..

Macam mana lah saya tak tertidur .. kalau di apit kiri kanan dua makhluk ni..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails