Berkongsi info mengenai penurunan berat badan

- Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
 - Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
 - Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
 - Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
 - Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
 - Elektrolit tidak normal
 - Kekurangan nutrien
 - Peningkatan asid urik
 - Kehilangan protein dan otot
 - Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
 - Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
 - Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .
 
Objektif Pengurusan Pemakanan
- Untuk menurunkan berat badan
 - Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
 - Untuk menghalang peningkatan berat badan .
 - Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
 - Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
 - Untuk mengurangkan pengambilan kalori.
 
Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur
- Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
 - Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
 - Kurangkan pengambilan  kalori dengan ;                                            
- menggunakan sedikit minyak semasa memasak
 - mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
 - meningkatkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran , buah-buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
 - minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat
 
 
Info Sihat
