Saya gembira bila mat laju sampai

Salam..
Lalalalalalalaaaaaa.. kena menyanyi dulu, sebab hati gembira.. pukul 10 pagi tadi.. dengar hon motor depan rumah.. jengok tengok.. ooo... rupa-rupanya mat laju aka mamat poslaju dah duk tunggu depan pintu pagar.. Syoknya barang yang saya beli dah sampai..

Tu dia budak dua orang ni tengah berebut.. tarik-tarik.. agak-agaknya apa yang ada dalam tu ekkk


Ini dia barang yang dibeli... 1 set romper 5 helai ... saya beli kat kedai online Shahlyiana Collections banyak romper yang comel-comel kat situ dengan harga yang berpatutan.. boleh juling bijik mata tak tahu nak buat pilihan.

Tuan kedai jugak bermurah hati bagi saya keychain tanda menghargai pelanggannya.. terima kasih.

Hahaha.. kalau hati gembira pengeluaran pun meningkat. Yeppyy..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails