Kurun Najwa

Elly and Emmy sudah 7 bulan

Salam..

Alhamdulillah .. sekarang kakak dan adik sudah berusia 7 bulan.. sihat tubuh badan.. selera makan pun besar walaupun nampak tuan punya badan sangat kucik jer..



Perkembangan diorang setakat ini
  • Mulut kecik comel tu suka buat bising.. perkataan yang diorang reti sebut.. mamamm, bah bah, ammm, ehhh, ahhh.. lebih kurang macam tu la bunyi dier
  • Sangat aktif.. suka pusing-pusing badan masa nak pakaikan baju/lampin.. memang susah nak siapkan diorang.. sabar jerr
  • Dah mula angkat dada dan buntut semasa meniarap.. macam cuba nak merangkak
  • Dah boleh pusing 360 darjah masa meniarap
  • Laju mengundur kebelakang masa meniarap.. kedepan baru cuba-cuba
  • Bila letak dalam walker dah pandai merayap
  • Sudah pandai berebut barang mainan sesama sendiri.. masing-masing tak nak mengalah.. maka akan menyerit dan menanggis salah sorangnya
  • Kalau dah pegang sesuatu benda kat tangan mereka.. susah lah nak ambik balik.. punyalah kuat genggaman mereka.. kalau dapat ambik pun.. mereka akan menanggis dan menyerit sekuat hati
  • Dan banyak lagi tapi cukuplah setakat ini
Hari ni dapat tambah lagik stok EBM.. sikucik berdua ni tak berapa nak isap susu waktu siang.. lebih suka nak makan.. jadi susu dia isap main-main.. waktu malam baru diorang pulun isap.. 3 kali jugak kena bagi.. lama pulak tu mengisap.. tapi semua tu tak jadi masalah sebab saya sentiasa on9 sampai lewat malam.. kalau tidur nak kena bangun sampai 3 kali.. lepas tu setiap sorang isap 5 -10 minit.. mau pengsan di buatnya.. tidur bangun.. bangun tidur..tidur bangun.. bangun tidur.. oooo pening kepala.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails