Kurun Najwa

Tip jimat wang dalam perbelanjaan..

Hari saya nak kongsi beberapa tip jimat wang dalam perbelanjaan mengikut cara saya.. tak kisah laa.. kalau orang kata cara saya ni macam tuan tanah kedaung jerr.. tapi yang penting .. tiap-tiap bulan ada duit masuk untuk simpanan..

1. Penggunaan elektrik
Saya basuh baju bila dah penuh mesin.. kalau nak basuh selai dua.. saya guna tangan jer.. cam tu juga dengan seterika baju.. kumpul dulu baru seterika.. tak der laa nak seterika selai-selai.. nak tu elok seterika time malam.. sebab masa tu penggunaan elektrik tak sesak sangat.. saya sentiasa pastikan semua suis kipas, lampu, tv tertutup..

2. Lakukan senarai barang yang hendak dibeli..
Bila dah ada senarai barang.. senang laa nak membeli.. tak laa nanti terbeli barang yang tak perlu.. dan dapat menganggar bajet perbelanjaan tersebut..

3.Membeli barang yang perlu
Elakkan membeli barang yang menjurus kepada kehendak semata-mata.. masa ni kekuatan hati dan emosi perlu kuat.. mustahil laa.. kalau saya kata tak tergoda.. kadang-kadang tu .. tergelincir jugak..

4. Sebulan sekali makan kfc dan mc D.. kalau makan tiap-tiap minggu kan parah.. .. sebelum pergi dah buat perjanjian dengan anak-anak.. nak makan atau nak mainan.. kalau nak mainan baik tok sah pergi.. abis tu tak berani laa diorang nak mintak ..anak-anak tak dibenarkan minum minuman bergas.. bawa air kosong dari umah.. jadi papa akan order hanya satu set meal jer.. dan yang lain order apa yang diorang nak makan.. lebih jimat.. Seeloknya kurangkan makan diluar bagi keluarga yang banyak anak macam saya ni..

5. Kurangkan membeli baju untuk anak-anak.. kerana mereka ni cepat membesar.. baju abang dan kakak akan diperturunkan kepada adik-adik.. tak semestinya yang lama itu kelihatan buruk.. kalau gunakan sedikit kreativiti.. maka pakaian itu akan kelihatan cantik dan boleh bertukar gaya.. macam yang saya lakukan... sini

Sebenarnya banyak yang boleh kita lakukan untuk berjimat.. syaratnya hati kena kuat.. jangan cepat tergoda..

bersambung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails