Kami dah makan bubur nasi

Semalam dah beri kakak dan adik makan bubur nasi.. Alhamdulillah.. mereka menunjukan respon yang baik.. tiada aksi sembur menyembur.. masing-masing muka ceria..ada keinginan untuk merasa dan makan.... saya pun seronok melihat gelagat mereka makan...Lega rasa hati saya.. sebelum ni risau jugak.. takut diaorang tak nak makan.. tak dapat nak terima rasa dan testur makanan tu...

Kakak makan lebih banyak... dia akan mengisap makanan yang ada pada sudu dan seterusnya mengisap bibirnya yang ada sisa makanan tersebut.. siap keluarkan suara.. hehehe..gamaknya nak puji bubur yang mama dia masak rasa sedap..

Adik makan.. dengan kadar yang sedikit.. tapi okey sebab dia tak sembur makanan tu.. siap nganga mulut besar-besar bila nak suap.. cuma tak berapa pandai nak menelan.. tak pa laa.. lelama pandai laa tu.. mesti ambik masa nak sesuaikan diri ngan makanan tu..

Bubur nasi yang dicampur dengan daging, brokoli dan tomato.. dikisar dan ditapis.. nyum.. nyumm... hehehe.. kalau mama memang tak leh nak telan.. sebab rasanya tawarrrr... garam gak ada.. yer la.. bubur baby.. mana boleh letak garam.. bahaya untuk buah pinggang diorang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails