Kurun Najwa

Banyak soalan dan pelik-pelik belaka..

Susahkan.. setiap kali di acukan soalan yang .. agak pelik.. entah apa-apa.. yang tak ada jawapan.. Memang pening nak pikir.. kelu kepala otak nak pikir.. ideal pun tak ada..

Nak tahu siapa si tukang menanya tu..
Ni laa orrang nya...


Ooo.. tolong nakkk... mama pening ngan soalan kamu.. masa mama jawap spm pun tak macam ni.. sekurangnya ada juga soalan yang ada jawapan abcd tu.. boleh jugak taram..

Budak ni.. suka benar tengok citer katun dan main games.. lepas tu dia akan menanya soalan.. jadik terpaksa la saya layan.. kena tengok sama citer katun dier.. jugak ambik tahu tentang games yang dia duk main tu.. nanti kalau kena soal.. baru saya dapat bagi jawapan.. tahu pulak kalau saya bagi tau jawapan salah.. dia kasi tau jawapan yang sebenarnya.. saja-saja nak test mama dia.. supaya bagi perhatian kat dia.. saya sedar.. akhir-akhir ni.. dia suka buat perangai sikit.. jeles kalau saya duk sembang ngan suami.. jugak jeles jika saya duk urus adik-adik.. tapi tak la sampai tahap yang kritikal..

Alahai anak... bagi saya sangat susah dan mencabar untuk membesarkan anak-anak seusia Nadya.. kerana mereka sering menuntut jawapan bagi setiap soalan.. tak kira la.. soalan yang boleh faham ker tak boleh faham...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails