Lawak ker ni?

Masa dalam pantang.. tak tahu nak buat apa.. nak ber tenet.. tidak ada..
Nak menghilangkan rasa boring.. saya pun cari lah majalah lama untuk dibaca..

Terbaca satu lawak yang saya rasa nak kongsi disini..
Dari mastika keluaran 1999..

Rasa kelakar dan jugak cam siut lol!

Seorang wanita menaiki bas sambil mendukung bayinya.
Tiba2 pemandu bas menegur.. "Inilah pertama kali saya lihat bayi paling hodoh dalam hidup saya".

Marah dengan sindiran tersebut, wanita itu mencampakkan duit tambang lalu beredar dengan muka yang masam mencuka.
Seorang lelaki yang duduk disebelah menyedari wanita itu diganggu.. lalu bertanya " Apa yang dah berlaku?"

"Pemandu bas itu sudah menghina saya!" balas wanita berkenaan.

Lelaki itu kelihatan bersimpati...
" Dia tidak patut cakap begitu kepda penumpang, lebih2 lagi serong wanita beranak kecil," katanya.

"Betul kata awak tu, saya patut mengajarnya," balas wanita itu.

"Ideal yang baik, pergilah... biar saya dukung anak monyet awak tu!" kata lelaki tersebut..




P/s
Dalam hati saya tertanya2.. mungkin betul agaknya, anak monyet yang didukung oleh wanita itu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails