Kurun Najwa

Bersiang ikan haruan

Masa kat kampung , sempat makan ikan haruan.. buat bakar bantut.. letak serai atau daun kunyit dalamnya, untuk meghilangkan bau hanyir... rasa isi haruan sangat manis dan kenyal..



Baik untuk ibu lepas bersalin secara normal untuk menyembuhkan luka dalaman.. tapi elak makan ikan haruan bagi yang bersalin secara ceser.. biar parut luka luaran betul2 sembuh.. kerana dikhuatiri, parut tersebut akan kelihatan seperti isi timbul (keloid) bagi yang berkulit sensitif..

Jom layan gambar..

Abang ipar yang tolong bersiangkan... nak tunjuk kehebatannya.. susah tul nak siang haruan ni.. sangat licin.. nak2 time nak belah belakang.. kepala sangat keras!



Setelah siap belah.. kak ngah pula sambung.. buang segala isi perut..




Macam mana? Ada yang rasa nak pitam tengok darah tu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails