Pusat kejiranan Presint 11 Putrajaya menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai. Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan , Kolam renang, Tennis court, Badminton court, food court, children playground, gymnasium dll.
Jadual operasi kolam renang di Kompleks Kejiranan Presint 6, 9, 11 dan 16
adalah seperti berikut :
Sesi 1 : 9.00 pagi – 11 pagi
Sesi 2 : 1.00 petang – 3.00 petang
Sesi 3 : 5.00 petang – 7.00 petang
Sesi 4 : 8.00 malam – 10.00 malam
Bayaran yang dikenakan
Dewasa : RM2.00/2 jam
Kanak-kanak : RM1.00/2 jam
PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN
KOLAM RENANG AWAM PUTRAJAYA
1. Masa penggunaan kolam renang
ini adalah secara berasingan mengikut jantina sepertimana yang diperincikan
dalam jadual di para 2.3 di atas. Mereka yang tidak berkenaan tidak dibenarkan
masuk ke kolam renang kecuali penyelamat atau kakitangan bertugas.
2. Pengguna tidak dibenarkan masuk
tanpa memakai ”Wrist band”.
3. Pengguna hendaklah menggunakan
pakaian mandi yang dibenarkan apabila memasuki kolam renang. Bagi kolam
kanak-kanak, pengiring boleh masuk dengan pakaian biasa.
4. Kanak-kanak di bawah umur 6
tahun hendaklah ditemani setiap masa.
5. Pengguna hendaklah bersihkan
diri di air pancuran yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kolam.
6. Pengguna yang mengidap penyakit
kulit, penyakit berjangkit atau mabuk tidak dibenarkan memasuki kawasan kolam.
7. Pengguna adalah dilarang
berkelakuan tidak senonoh atau sebarang tindakan kacau ganggu pengguna lain.
8. Pengguna adalah dilarang
membawa masuk sebarang jenis minuman dan makanan ke dalam kolam renang. Begitu
juga merokok, makan dan minum adalah dilarang semasa berada dalam kolam renang.
9. Pengguna dilarang membawa masuk
sabun, syampu atau benda lain yang tidak berkaitan di kawasan kolam.
10. Pengguna hendaklah sentiasa
menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam. Dilarang membuang apa-apa benda
termasuk cairan ke dalam kolam.
11. Pengguna dilarang membawa
masuk sebarang jenis binatang ke kawasan kolam.
12. Pengguna dilarang mengguna
atau mengalih peralatan menyelamat kecuali dengan kebenaran atau semasa
kecemasan.
13. Pengguna digalakkan memakai
”goggles” semasa mandi.
14. Pengguna tidak digalakkan
mandi semasa hujan lebat, guruh atau petir.
15. Pengguna yang tidak/kurang
pandai berenang dinasihatkan tidak berenang berseorangan.
16. Pengguna hendaklah sentiasa
mematuhi dan mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh petugas atau
penyelamat.
17. Perbadanan Putrajaya berhak
menegur atau menasihati mana-mana pengguna yang melanggar peraturan yang
ditetapkan dan mengarahkan pengguna yang tidak mematuhi peraturan supaya
meninggalkan kawasan kolam renang serta merta.
18. Perbadanan Putrajaya berhak
membatal, meminda atau menambah mana-mana peraturan penggunaan kawasan kolam
renang dari masa ke semasa.
19. Perbadanan Putrajaya tidak
akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kecederaan, kemalangan atau
kematian pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan kolam renang ini.
20. Tempahan berkumpulan pula
tertakluk kepada peraturan tambahan seperti berikut:
a. Kelulusan tempahan bergantung
kepada pembayaran penuh sebelum guna dan pematuhan syarat penggunaan seperti di
atas.
b. Tempahan hendaklah dibuat
sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh guna secara bertulis atau
dengan menggunakan borang yang disediakan.
c. Tempahan dari agensi kerajaan
boleh dibuat dengan menggunakan surat
rasmi atau pesanan tempatan masing-masing.
d. Pembayaran bagi tempahan
berkumpulan boleh dibuat di kaunter atau mana-mana tempat / kaedah bayaran yang
diluluskan oleh Perbadanan Putrajaya. Resit Bayaran hendaklah ditunjukan
sebagai bukti bayaran semasa hendak memasuki kawasan kolam renang.
e. Sebarang perubahan masa atau
tarikh penggunaan hendaklah dibuat tidak kurang dari 3 hari sebelum tarikh guna
asal.
f. Pembatalan disaat akhir tidak
digalakkan.
Untuk tempahan homestay putrajaya sila whatsapp 016 9550842
Jarak dari FH Homestay ke kompleks kejiranan 11 ialah anggaran 10 minit berjalan kaki.