Anak kucing memang mudah terkena jangkitan selsema. Selsema akan menjangkiti anak-anak kucing yang lain apabila anak kucing yang selsema bersin dan hingusnya merecik. Hingus yang terkena pada bulu akan dijilat oleh anak kucing itu sendiri atau anak kucing lain.
Jika selsema ini lambat dirawat ia boleh menyebabkan penyakit mata. Mata anak kucing akan kelihatan berair dan bertahi mata. Selsema juga boleh menyebabkan kematian kerana anak kucing akan hilang selera makan. Kucing dewasa pun boleh dijangkiti selsema.
Oleh itu selsema perlu di rawat dengan segera sebelum ianya menjangkiti kucing yang lain. Selsema anak kucing boleh dirawat sendiri dirumah dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat didapur.
Boleh gunakan kunyit hidup, dengan menyapukan kunyit hidup pada hidung anak kucing. Amalkan setiap hari sehingga hingus anak kucing kering tidak lagi bersin dengan terpercik hingus.
Ataupun boleh gunakan cuka epal, sedikit cuka epal dicampurkan dalam minuman anak kucing.
Menjaga kebersihan anak kucing, pastikan hidungnya dibersihkan tidak dibiar berhingus. Dedahkan anak kucing pada cahaya matahari pada waktu pagi.
Kalau selsema anak kucing masih berlarutan, sila bawa anak kucing tersebut ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan.
Terkejut aye, tiba-tiba mok tenyeh-tenyeh hidung aye dengan benda kuning. Bau dia tak bes langsung, terus aye terbersin dan terpercik hingus kat tangan mok.
Mok cakap sekarang aye dah jadi ahli kumpulan geng hidung kunyit..
Ni la kunyit hidup yang telah di tenyeh pada hidung aye, mujur tak boleh dimakan, kalau tak masa tu juga aye kunyah-kunyah kunyit ni.