Belajar menulis jawi

Salam

Salah satu cara saya melatih anak menulis dalam tulisan jawi, ialah  dengan mengajak anak menulis surat kepada sepupu mereka di kampung dengan menggunakan tulisan jawi. Untuk memudahkan anak menulis jawi, saya cakap isi surat dan anak menulis. Cara ini lebih cepat untuk dia menulis tanpa perlu memikirkan apa yg hendak dituliskan.

Alhamdulillah.. setelah 4 tahun berkafa dari darjah 2 sampai sekarang darjah5.. sudah nampak kecekapan Nadya membaca dan menulis jawi.. tulisan jawi pun makin elok dan lancar.. sekarang giliran dak kembar pula belajar mengenali huruf dan menulis..sungguh mencabar dan menguji kesabaran...




Cara untuk Cucur rangup dan gebu

Salam

Selamat bercuti hari pekerja..
Pagi ni kita buat cucur ikan bilis..

Nak cucur yang rangup diluar dan lembut didalam adalah dengan membancuhnya dengan menggunakan air panas.. air yang panas mendidih yer .. bancuh jangan lembik, agak2 boleh kepal.. terus goreng.. nak besar, kecik atau bertanduk, itu ikut skill masing2 yer..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails