Kurun Najwa

Anak murai tersesat dalam rumah

Salam

Anak murai ni tersesat masuk dalam rumah.. terbang masuk bilik 3 orang anak dara tu.. apa lagi tutup pintu pakat lawan tangkap... berpeluh2 nak dapat tangkap.. terbang pusing2 rendah atas kepala jer tapi nak cukup jer, laju jer anak murai tu menggelak.. sampai penat orang yang nak tangkap dan juga anak murai tu, nampak mulut ternganga.. penat la tu.. penat terbang.. akhirnya mendarat kat belakang frame gambar.. letih sangat2 laa tu.. apa lagi terus kena cekup.. ni kalau kucing yang cekup dah lama jadi lauk..

boleh laa, budak2 ni pakat pegang.. kali pertama dapat pegang usap2 kepala burung.. seronok laa... siap mintak suruh bela, tak bagi lepas.. mana boleh.. kesian kat murai tu.. dia pun nak hidup terbang bebas.. jadi ramai2 pakat lepas.. terus jer anak murai tu terbang hinggap kat dahan pokok depan rumah..dalam hati bersyukur kerana masih boleh terbang bebas..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails