Thursday, August 28, 2014

Elly dan Emmy sudah 5 tahun

Pantas masa berlalu.. budak kembar yg dulu kecik, lambat jalan.. pendek kata memang agak kurang/lambat pembesaran berbanding anak2 yg sebaya dengan usia mereka.. sekarang sudah berusia 5 tahun.. Alhamdulillah mereka sihat, cergas, juga byk berceloteh.. tidak menunjukkan akan ketinggalan pertumbuhan mental dan fizikal dengan anak2 yg sebaya dengan mereka..

Dulu semasa mereka bayi, saya cuba membayangkan, bagaimana keadaan mereka bila berusia 5 tahun dan lebih2 lagi bila hampir melangkah kealam persekolahan.. anak yg bagaimanakah mereka ni? fizikal mereka? pergaulan? kenakalan? kepetahan bercakap?.. Alhamdulillah sekarang sudah terjawab.. mereka anak ceria setiap masa.. manja.. suka dibelai dan diberi ciuman.. pendek kata suasana di rumah sentiasa riuh dengan tawa mereka, gurauan mereka, tangisan mereka, pergaduhan mereka, perebutan mereka, serta pelbagai penanyaan/ persoalan dari mereka. Syukur pada Allah kerana memberi nikmat ini kepada saya.

"semoga Elly dan Emmy menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat. dapat berbakti pada ibubapa dan negara. sentiasa dilimpahi dengan Rahmat dari NYA. Amin"




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails