Pemakaian masker memberi kesan baik pada kulit muka

Tak pernah2 dalam hidup pakai masker.. tiba2 jer dah terjebak dalam misi memperabihkan duit untuk melangkah kealam kecantikkan kulit bagaikan pelakon dan penyanyi korea.. hehe ayat poyo sungguhh..

yang sebenarnya cuaca panas sangat.. nak2 kat putrajaya ni.. rasa kering sangat kulit muka.. bila kena tempek dengan masker ni... pehhh.. nikmat duniawi sungguhhh.. sejukkk mejukk..

dan yang sebenar2nya juga.. Guardian tengah buat sale.. untuk masker terpilih.. 2nd buy boleh beli dengan harga rm0.80.. pandai betul strategik perniagaan diorang yer..





bagi yang baru nak pakai mask, saya sarankan pakai 2-3 kali seminggu, baru rasa ada kelainan pada kulit muka, rasa lembih lembut, licin, segar dan liang pori pun nampak mengecil.

kebaikkan pakai mask, dapat membuang sel kulit yang mati dan melembapkan kulit wajah. Pemakaian yang teratur dapat menampakkan hasil pada kulit wajah, iaitu kulit kelihatan segar, licin, gebu dan juga dapat melambatkan proses penuaan, mengurangkan lekuk kedutan kerana kulit kelihatan anjal.

Senaman untuk paha dan punggung

Hari ni dengan semangat yang berkobar-kobar macam obor.. hehe.. jangan terpadam sudah lerr.. maka saya mencabar diri melakukan senaman squat.. tak susah pun.. hanya tunggek- tunggek.. tapi kesannya lepastu.. pehhh .. ketaq lutut.. nak jalan pun mengigil.. paha pun sakit.. terutama sekali masa nak turun tangga.. rasa macam nak terlipat saja kaki .. hehee.. dahsyat kannn..

sila percaya.. kalau tak percaya cuba buat.. kalau rajin buat senaman squat ni.. hasilnya paha jadi pejal berotot, perut kempis dan punggung jadi bulat dan melentik.. pehhh.. macam pinggang dan punggung kerengga.. ekk kerengga ada punggung ker?

kalau ada yang nak mencabar diri sendiri buat senaman squat ni.. boleh ikut cabaran ni yer.. tadi saya dah buat 50 kali.. hasilnya..emmm.. mana nak nampak lagi ler.. poyo betul :P .. paha sakit giler ada ler.. mengigil jugak  nak siap 50 tuuu...


Cara untuk melakukan senaman squat..

Baca Novel

Hasil mengalakkan dan mendorong minat  anak2 membaca buku.. tersangkut sekali ngan mama diorang sekali.. ketagih baca novel pulak.. mengalahkan orang mabuk bercinta.. kemudahan dah ada.. guna jer laa.. jadi ahli kat pusat pembelajaran kejiranan putrajaya presint8.. keahlian setahun utk kanak2(budak sekolah) rm6 boleh pinjam 2 buah buku manakala utk dewasa rm16 setahun boleh pinjam 3 buah buku..

banyak buku kat situ.. tapi tak laa sebanyak buku kat presint9.. situ lagi bes.. tapi kalau pergi kat situ.. budak tak nak masuk library pula.. mesti nak terjun kolam pulak..







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails