Sunday, August 25, 2013

Elly & Emmy sudah 4 tahun

Assalamualaikum..

Happy belated birthday utk dak elly dan emmy.. sudah berumur 4tahun pada 19 ogos 2013..

diorang dah pasang azam baru iaitu "nak cepat besar".. tak sabar nak capai umur 7 tahun.. sebab dah tak sabar nak masuk darjah 1.. amboiiii.. semoga semangat yg berkobar2 nak kesekolah bertahan sampai pada masanya.. kalau tak letih mama, pagi2 dah jadi tarzan.. nak kejut korang pergi sekolah..

doa mama utk elly dan emmy
"Ya Allah.. Kau kurniakan kesihatan mental dan fizikal yang baik pada anakku ini.. semoga nereka menjadi anak2 yang solehah.. mencapai kejayaan didunia dan juga di akhirat.. aminnn..


Sunday, August 18, 2013

Potongan rambut gaya Bobcut

Assalammualaikum..

Cantik pulak gaya rambut potongan Bobcut ni.. nampak cute kan?.. rasanya dak kembar comel buat gaya rambut cam ni.. sebab bentuk muka diorang kecik dan cute..

teringin nak cuba gunting.. tapi masalah sungguh... diorang mesti  tak reti duk diam masa gunting..kepala  toleh sana sini..silap2 tak jadi bobcut.. botak terus.

kalau nak gunting kat kedai.. lagik tension.. meraung dak kembar ni.. konon nak buat bobcut last2 kena "bakar" nagn tukang gunting rambut plak.. huhuhukk..


Saturday, August 17, 2013

Nak cantik juga

Assaalammualaikum..

Kaum hawa dengan kecantikkan mmg sudah sebati.. kalau ada yang tidak bernaluri utk mencantikkan diri.. ahaa .. itu sudah anehhh.. mungkin ada tersilap kat mana2.. kena cekkk balikk..

saya suka nak bercantik.. walaupun tak berapa nak cantikkk.. asalkan  hati cantik dan bahagia..
 sooo.. lomoq jangan tak lomoq

wangii tauu.. krim apakah itu??


 hehe.. krim tangan ..saja buat gempaq ..

* loghat utara lomoq ertinya sapu

Friday, August 16, 2013

Ayam Bakar Berempah, salad dan tempoyak sebagai Santapan hari ini

Assalammualaikum..

Hari tu ada terbaca artikel yang mengatakan .. orang yang suka tangkap gambar makanan dan pos kat  fb, blog dan sebagainya.. di lihat sebagai seorang yang menghadapi masalah psikologi mental dalam kehidupannya..

ahhaaa.. suka suki jer org yg tulis artikel tu.. jelesss lerr tuu.. sebab dia tak boleh makan byk.. sebab diet kutt.. atau pun ada penyakit kronik kena jaga pemakanan..

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim .. jemput makan




 tak kisah laa. .. nak tempek juger gambar makanan kat sini.. yang pasti sy tau yg tak der sakit mental2 ni.. yang ada sakit mental tu, mahkluk yg berbulus tuuu...tengok muka diaa.. tapi yang pasti bahagian dia pun ada juger.. tunggu tuan kau selesai makan dulu..



Thousand island dressing ..product of Malaysia

Assalammualaikum..

minggu ni mmg layan selera habihh.. 1 dapur dah bau wangi..mana ker tidak thousand island mak yg bekalkan dari kampung aroma dia power sungguh.. sebagai penambah selera.. walahh.. memang bertambah selera.. siap bertambah nasik.. ni kalau robert de niro ker al pacino makan.. mau lupa skrip 4 hari 5 malam..

 ni kalau budak2 datang beraya mintak duit, kasi salam cium tangan lama2 .. silap2 boleh insaf diorang ni.. perbetul ni niat datang beraya tuu..



Trick bagi anak makan tomato + bawang besar

Assalammualaikum..

Susah kan nak ajak anak2 makan sayur.. bertuah yer kalau yang jenis suka makan sayur, tak payah nak susah2 nak buat trick bagai.. hidang jer terus ngapp..

nak kena potong cantek2 ler.. kalau boleh potong mcm2 bentuk .. haiwan, bunga.. tahap kecekapan tangan dan kretif yg tinggi diperlukan.. silap haribulan.. hancuss sayur2 tu..

anak sulung 10thn mmg tak makan sayur.. buat pi laa macam mana pun .. mmg tak jalan.. sanggup sembelit dari makan sayur.. tu diaa punya laa ta sukaaa..

anak  kedua 9thn.. pun tak suka sayur.. yg dia makan pun karot sj.. sebab terpengaruh dengan katoon bugs bunny.. wat sap doc??

si kembar.. ok.. pasal makan.. byk senang.. susah sikit sj.. tapi kena ada trick juger laa.. kalau nampak  bulat2 sayur depan mata mmg tak makan juger..

ni salah 1 trick nak suruh makan sayur tomato + bawang..
emm.. masak spagetti goreng.. kisar tomato + bawang besar (2,3 bijik).. dah tu tumis sampai wangi.. campur dengan sos tomato spagetti (nak ada bau dan rasa pasta spagetti).. dah bukan tekak orang itali... so wajib letak kicap sikit.. bg ada kick..bila dah pekat baru masukkan spagetti yg telah direbus tadi..

hasilnya.. tadaaaa.. kan dah makan  tomato ngan bawang..
ekekeh.. yg sebenarnya mama diorang dah buntu tak tahu nak masak apaaaa..

ada juger trick nak bagi anak2 suka makan brokoli.. si kembar ni pun dah kena ngan trick nii.. so sekarang mmg suka makan brokoli.. dah tak takut bila tengok sayur tuu.. nak tahu caranya cam mana?? nanti sy citer yerr..




Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalammualaikum..

hehe... baru nak wish yer.. haha..  tak kisah laa.. walaupun dah seminggu lebih .. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua..

minggu depan nak puasa enam dan puasa ganti, sementara syawal masih ada.. boleh rebut peluang utk dpt pahala.. juger tak nak bertangguh puasa ganti.. makin bertangguh makin malas pulak.. hissshh syaitonnn..

Ni blog zombie elly emmy

Assalammualaikum..

emm .. baru nak menghadap blog yer.. kesian blog elly emmy nii.. dah jadik blog zombie.. mana ker tidak nya.. dah setengah tahun tak ber update.. mujur ada nyawa lagik.. walaupun nyawa2 zombie.. tapi mak tak kisah lahh.. mood nak berblog dah maii.. nak juger menaip kat sini.. boleh juger lepas giannn..

macam budak emmy ni.. memang suka benar buat muka zombie.. nak usik orang konon.. pada hal dia yg penakut.. sikit2 ada hantu... alasannnn..


kucing ni pun dah macam zombie juger.. dah ronggak.. gigi habih bersepai.. sebab suka bertumbuh belakang umah... gara2 berebut bini. .. hisss..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails