Monday, October 1, 2012

Anak kembar pun bergaduh dan berebut

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Ada 1 soalan cepumas yang datang melayang..

" Adakah  anak kembar bergaduh sesama sendiri dan bagaimana menangganinya???"

Oooo sudah tentu mereka bergaduh sesama sendiri.. bila semakin besar sudah pandai berebut barang dan masing2 susah untuk mengalah.. kalau berebut mereka akan menarik rambut, menampar dan mencakar sesama sendiri.. dalam kes anak kembar saya ni.. si adik yang garang.. kakak  kalah dan  lari menyorok  masuk bawah katil..

Sakit jiwa???.. memang boleh sakit jiwa bila mereka mula bergaduh berebut sesuatu.. menanggis.. menjerit.. riuh rendah dibuatnya..suasana sangat tegang..

dan apa yang saya buat.. hehehe.. mungkin agak kejam sikitt..

kes berebut mainan.. sebab mainan tu ada 1 .. senang saja.. saya ambik mainan tu dan buang ..  cakap kat mereka " kalau berebut tak nak berkongsi mama buang.. kalau nak mesti berkongsi" .. bila barang yang direbut kena buang terus diorang pergi mengadu kat papa.. tapi papa buat tak layan.. sebab dah sedih sangat barang kena buat maka kedua2nya berbaik semula.. berhenti menanggis sendiri.. melopong sebab kedua2 melepas..

Beberapa jam kemudian.. dengar bising2 macam bergaduh berebut sesuatu.. terus saya bagi amaran " nak berkongi atau nak mama buang " terus tak berebut.. haha tahu takut..

Saya selalu ingatkan mereka supaya berkongsi dan berbaik sesama sendiri

" kakak adalah adik.. adik adalah kakak.. kamu datang bersama.. kamu berkongsi dari dalam perut mama"

Mungkin sekarang diorang tak faham.. tapi suatu hari nanti diorang akan faham betapa  diorang memerlukan 1 sama lain.







Bawa lari seluar kecik

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Kenakalan budak berdua ni makin menjadi.. sekarang suka bawak larik seluar kecik dan baju kecik .. tak kira yang sapa punya.. dapat kat diorang emm siappp.. masing2 duk cuba nak pakai.. macam2 aksi diorang sampai tersengget2 badan...

kelakar tengok.. 1 lubang kaki  diorang masukkan kedua2 kaki, lepas tu tarik sampai kepinggang.. dengan bangga tunjuk kat mama diorang sambil tanya " mamaaa cantik takkk?"

kalau dapat baju kecik pulak.. siap gelak bagaikan.. sambil sebut "t*t*k" lepas tu gelak balik.. emmm.. entah laa apa yang kelakarnya..

Untuk keselamatan kenalah sorok seluar kecik dengan baju kecik bila dah ambik dari ampaian..



##Pss
haa ni bukan yang mama diorang punya tau.. hahaha kak Ya punya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails