Sunday, April 15, 2012

wekkk.. selamat pagi

Selamat pagi dan berehat dihujung minggu..



Pesanan dari Elly.. selalu-selalu lah makan epel hijau.. bagus untuk kesihatan.. " An apple a day Keeps the doctor away"

Thursday, April 5, 2012

Tolong saya

Al kisahnya.. budak kembar ni leka bermain.. entah macam mana kaki bangku tu boleh termasuk dalam baju si adik.. tapi dia tak sedar, bila nak bangun dah tak boleh sebab baju dia tertarik.. dia dah panik.. mula menjerit dan nak menanggis..

Datang si kakak memberi bantuan.. cuba meenarik adik dia.. tapi oleh sebab orang yang nak tolong pun sama saiz dengan si mangsa.. maka tiada kejayaan lah disitu.. walaupun dah guna sepenuh tenaga yanng ada..

saya masa ni.. duk pandang jer.. sambil picit punat kamera saja... hahaha.. saja nak tengok gelagat diaorang.. nak tengok apa lagik iktiar diorang..

duk sat... dengar adik duk jerit mintak tolong.. kakak pun sama juga... saya bbuat2 lambat nak tolong.. adik dah nak menanggis.. kakak pun nak nanggis jugak, risau tengok adik dia yanng tak boleh bergerak tuu..


Moralnya..
walaupun selalu bergaduh... berebut benda.. tapi kalau salah sorang dalam kesusahan..seorang lagik mesti akan cuba membantu.. begitulah adat adik beradik..

Monday, April 2, 2012

Rosak lagik

Ini adalah antara kad reader saya yang rosak.. begini lah rupa isi perut didalamnya.. dan jugak bakal rosak.. kad reader yang saya tengah pakai sekarang niii..

nyampahhh.. asyik rosak jerrr.. sebab tu lahhh saya tak dapat nak menabung tuk beli cincin jutaan ringgit.. asyik duk beli kad reader jerrr... heeee... tuuu tak kira lagik nak beli jarum mesin jahit yang punnn asyik duk patah ...

Nasi Arab

Motif : TERINGIN

Mood : LAPAR

Nasi Arab dari Restauran Nasi Arab Bangi dekat dengan kedai pameran perabot jalan nak ke stesen bas Bangi Kajang.. ini restauran nasi arab yang origanal.. memang memang orang arab.. semua pekerjanya adalah lelaki..

Dan ada 1 lagi Restauran Nasi Arab.. yang ini terletak dalam area stesen bas Bangi Kajang.. yang ini nama saja Restauran Nasi Arab.. tapi tuannya adalah orang Pakistan.. tokeynya adalah wanita dan pelayannya lelaki yang memakai perhiasan rantai .. tak reti nak cakap melayu.. main angguk-angguk saja.. akhirnya.. lain yang di order.. lain yang sampai..

Harga kedua-dua nasi arab di sini adalah jauh lebih murah.. berbanding dengan harga nasi arab di Putrajaya..

Sekian laporan dari orang teringin nak makann nasi arab lagik :PPP







Sunday, April 1, 2012

Kuning telur kembar Elly&Emmy

Masak pecahkan telur tadi.. dapat kuning telur berkembar tu.. hehehe.. special tuu ada smile face lagikk..

Muka senyum tu adalah Emmy.. sebab dia memang suka bergurau .. kurang moody2, nanggis2 jugak mengamuk..

Muka masam mencebik itu.. tentulah Elly.. suka nanggis dan mengamuk kalau orang tak ikut cakap dia.. kuat memberi arahan.. semua orang dia mengarah.. dia rasa besar.. walaupun kecik.. mungkin panggil dia "kakak".. rasa tinggi pangkat kut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails