Al kisah buah besar terjuntai

Buah besar terjuntai ini terdapat di sebuah Taman Dapur yang terletak dikawasan tanah tinggi berbukit bukau yang dikenali sebagai Cameron Highland .. Saya percaya, sesiapa yang berkunjung kesitu.. mesti akan menyentuh buah terjuntai itu dan bergambar bersamanya.. untuk di jadikan kenang-kenangan...

Kami sekeluarga pun tidak melepaskan peluang untuk untuk menyentuh dan bergambar dengan buah besar terjuntai itu...



Bermula dengan sang suami yang berbadan macho lagik gagah perkasa.. bukan satu saja yang disentuh.. tapi dua sekali gusss.. mujur tak dipulas dan diramas-ramas buah itu.. kalau tak tentu jadik sayur air seperiuk..

Bila dilihat papanya sudah menyentuh buah itu.. mestilah anak-anak pun teringin menyentuh juga.. maka kenalah papa yang sangat kasihkan anak-anaknya mengangkat sorang demi sorang..


Bermula dengan Elly.. tersenyum bangga lagik macho sang suami ketika mengangkat anaknya..


Kemudian di ikuti dengan Emmy.. masih lagik mengekalkan mood kemachoan..


Dan di ikuti dengan Nadya.. secara mendadak tenaga digunakan untuk mengangkat anaknya yang seorang ini.. hingga rasa tergugat rasa kemachoan tadi.. tapi cuba disembunyikan..


Akhirnya tibalah giliran sang isteri pula yang menyentuh buah besar terjuntai ini.. dengan fikiran yang melayang.. emm.. bilalah buah ini nak dibuat sayur air..

Hari itu kami sekeluarga berasa puas hati kerana dapat menyentuh buah besar terjuntai ituuu.. dan kami pun pulang dengan hati yang riang gumbira..

Mengintai dari kejauhan sungguh pilu

Al kisah seorang budak yang bernama Emmy.. muka toyer baru bangun tido... masih keliru.. di manakah saya?.. kenapa disekeliling saya hijau saja???.. tertanya-tanya.. dimanakah mama?

Lalu mengintai dari kejauhan.. mencari kelibat mama yang dikasihi.. masih belum kelihatan... mama.. di manakah mamaaaaa..


Tiba-tiba... nunnnnnn... disana.. ternampak mama... mama sedang bersiar-siar bersama Elly.. tidak pula mama memandang ke arah saya.. dalam hati terasa sesuatu.. perasaan yang aneh... berat semacam..


Akhirnya perasaan itu tak dapat ditanggung lagiii...hiba dan pilu.. kenapa mama tinggalkan saya disini? menanggis dan terus menanggis.. sambil memanggil mamaaaa...


Dan apa yang saya mampu lakukan??.. menanggis dan terus menanggis.. menunggu mama untuk datang memujuk hati saya.. yang terasa ditinggalkan..

Sebutan pelat Emmy yang mesti akan kena BAN

Anak pelat bercakap... memang rasa kelakar kalau kita tahu apa yang dia nak sebut.. tapi dia sebut jadik bunyi lain pulak..

Hahaha.. al kisah Emmy lagikkk..

PerKataannya adalah KUCING

ok giliran Elly

Mama: kucingggg

Elly: kucinnnn...

Mama: waaaa.. pandai nyaaaa... (sambil peluk2 cium dak Elly)

Sekarang giliran Emmy pulak..

Mama : kucinggg..

Emmy : kutengggg..

Mama : kucingggg..

Emmy : kutenn...

Mama : kucingggggggggggg...

Emmy : koteeee

Mama : Lohhhhh... apa dah jadik.. sambil gelak sampai berair bijik mata..

Akhirnya Emmy memanggil kucing dengan sebutan "kote"... kuang.. kuanggggg...

Papa cakap... bahaya ni.. kalau bawak makan kat luar.. kalau dia nampak kucing.. mesti menyerit panggil "koteee"...hahaaa.. anak..anakkk

Kisah bijak Emmy

Tengok tak sepuluh kisah bijak susu dutch lady yang ditayangkan tv tuuu.. Masing-masing dengan kisah bijak anak yang tersendiri. Kalau saya kena pilih kisah bijak yang bess. .Eemmm tak tahu pulak yang mana satu.

Saya pun ada kisah bijak juga. . Kisah bijak Emmy. . Memang bijak sangat. . Saya pun tak sangka emmy akan buat macam tu. . Tanpa disuruh plak tu. . Yelaaaa budak baru umur 2tahun 7bulan. .Kalau bagi arahan pun bukannya faham pun. Itulah yang ada difikiran saya. . Tapi sebenarnya. . .Tekkkkkkkkk. . Salah sama sekali. . Anak-anak zaman sekarang memang sangat bijak.

Ceritanya begini. .

Semalam dah pukul 11 malam. . Tapi masing2 tak menunjukkan ciri2 orang nak tidur. . Suka duk melayan kerena ellydan emmy yang tengah syok berjoget. . Menari terlompat2. . Papa pun sibuk merakamkan aksi mereka dan saya belum lagi memakai baju tido.

Selepas habis aksi joget2. . Elly dah pergi berbaring kat tilam. .Emmy saya tengok duk usik2 baju kat tempat sangkut baju. .Jadi saya pun buat tak kisah laa. .dalam kepala fikir bila laaa budak ni nak tido. .

Tiba2 emmy datang kat saya, sambil menghulurkan baju tido pada saya "mamaaa. . Tukar baju. .Mamaaaa. . . Tidoooo" terkejut saya. . Terpegun seketika. . Ya Allah. . Bijaknya emmy niiii. . Langsung saya tak sangka yang dia sibuk duk panjat tadi sebab nak ambik baju tido bagi kat saya. .. Maknanya dia dah belajar dan memahami satu perkara iaitu masa tido harus tukar pakaian. Sebab setiap malam dia tengok mama dia tukar baju tido dulu. .

Gembira saya tengok cara emmy semalam. . Mama bangga dengan kamu emmy. . Walaupun kamu kecik lagik tapi kamu bijak dan cepat memahami sesuatu perkara dengan pemerhatian kamu itu.

Perbualan elly dan emmy

Salam.

Perbualan dak kembar elly ngan emmy masa potong kuku kat luar rumah..

Elly: mamaaaa.. Nyamukkkk kasut..mamaaaaa ( bagitau hinggap atas kasut)

Terus dak emmy menyampuk.

Emmy: Bukannnn kakkkkk.. Lalattttt..(sambil jari tunjuk digerakkan kiri kanan, paler pun geleng2)

Saya pandang diorang.. Haaaa.. Bijakkkk..kelakar pulak tengok gelagat diorang.

Akhirnya elly pun setuju.

Itu adalah lalat bukan nyamuk!!!

Seronok dengar diorang bercakap, ada perkataan yang betul sebutannya, ada yang pelat dan ada yang bunyi cam bahasa mahluk asing jaaa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails