Cabaran yang besar mengajar anak yang tak nak belajar

Salam

Selamat petang semua, saya sekarang tengah sakit jiwa. Tengah mengajar anak lelaki yang tak berminat nak belajar. Sekejap menyanyi, sekejap menyerit, usik adik, conteng buku latihan.

Uwaaaaa..memang tak tahan dengan sikap dia. Kalau ada darah tinggi memang naik mencanak, kalau ada sakit jantung memang boleh kojol cepat. Rasa macam nak bagi saja penampar terbang kuat2.

Ya ALLAH kuatkanlah KEIMANAN hamba mu ini, untuk mengajar anak yang bernama IMAN niiii.

2 Tahun 6 bulan.. akhirnyaaa..

Salam..

Setelah 2 tahun 6 bulan menyusukan elly dan emmy dengan jayanya tanpa kehadiran "askar merah".. akhirnya subuh tadi mereka telah berjaya menakluki kawasan "terpencil" iteww..

Mula laa saya risau.. mahu pakai pertahanan apa untuk setiap bulan nanti.. takut bercuti lagik 10 bulannn... uwaaa.. tak sanggup makkk...

Terkini giliran Elly pulak demam

Salam..

Masih dengan citer demam lagik.. demam ni banyak episod macam kisah telenovela pulakkk.. kali ni kena kat Elly .. Emmy dan kak Ya dah sihat..

bila Elly yang demamm.. punyalah susah nak bagi dia makan ubat.. kena pegang tangan dan picit mulut, paksa dia makan ubat.. yang masuk dalam tekak tu sikit saja.. habis dia luah..

Abang Iman sorang yang tak kena demam .. mintak2 jangan kena laaaa.. sebab minggu ni abang Iman ada periksa..

Zombie ke Mesyuarat PIBG

Salam..

Mornen semua...selamat istirehat ....

Saya yang dah macam zombie ni..tengah bersiap2 nak kemesyuarat PIBG..anak2 yg demam ni wan atok jaga jap...

Tak da lah nak tunggu mesyurat sampai habis pukul 12tgh..saya pun dah rasa letih...kepala asyik pikir bantal jer...hahaa.memang betul2 zomberr laaa.

Giliran kak Ya pulaa demam

Salam

Selamat pagi...


Demam dah merebak kat dalam rumah no8 niii...mangsa terbaru adalah kak Ya..hari dah ponteng sekolah..semalam dah bawak ke pusat kesihatan..

Dan pagi saya rasa dah jadi macam zombie..letih.. Dan juga rasa seperti nak makan orang...ngaunggg..

Rawatan segera untuk Anak demam

Salam..

Semalam saya dan suami bawa emmy ke Pusat Kesihatan Universiti UPM... Suhu badan emmy 37C ..tapi dia nampak letih sebab dah tak berselera makan..kat dalam mulut dia ada tonsil, baru nak jadik.. Nasihat doktor.. Sebelum tonsil tu membesar dan pecah..elok beri minum air banyak...

Hasil pemeriksaan doktor beri ubat demam paracetamol sirap dan juga yang masukkan kat buntut, antibiotik, vitamin c serta multivitamin appeton..

Nasihat doktor..

4 perkara penting yang memerlukan ibubapa membawa anak demam segera mendapat rawatan diklinik
**suhu badan tinggi
**hilang selera makan , tidak aktif seperti biasa
**muntah dari separuh makanan yg dimakan
**naluri hati seorang ibu

Hari ni emmy dah ada selera nak makan juga aktif seperti biasa..walaupun tak bersihat betul..

Emmy demam

Salam...

Selamat pagi...
Hari ni dak emmy dah demam..semalam badan dah rasa panas.. Tapi tak lah terlalu panas..tengok muka letih jer ..dak elly sihat lagik...janganlah berjangkit pulak...tapi selalunya kalu sorang demam yang sorang lagi pun demam juga.

Blog masih wujud..

Salam..

oh blog.. saya terlupa akan kewujudan kamu!!!

Dusssshhhh.. kiri kanan sebijik.. saya akan merajinkan diri mengupdate kamu.. banyak cerita yang nak di taipp disini .. tapi selalu terbantut jer ...

haippp.. nak kena babap .. dak elly ngan emmy niiii.. asyik nak netekk jer. ... hahaha.. alasan sebab mamanya tak sempat nak mengupdate blog.. terbaekk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails