Kurun Najwa

My Elly Emmy 2 tahun 9 bulan

Hari terakhir dalam bulan May.. Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan menikmati kehidupan bersama orang2 yang disayangi dan meneruskan aktiviti seharian..

Terkini.. my elly dan emmy sudah mula mesra kamera.. terutamanya emmy.. elly masih ligat kesana kesini masa nak bergambar..

Akhirnya dapat juga saya ambil gambar dia orang berdua.. bukan senang nak dapatkan gambar yang macam ni.. ada-ada jer.. gelagat diorang.. tak boleh diam jap.. sorang kesana.. sorang ke sini.. bila sorang dah bersedia sorang lagik menyorok plakk.. hehehe.. baru tauuu... susah jugak jadi jurugambar yang tangkap gambar budak kecik ni.. mencabar kesabarannn.. lucu pun yer juger..

Elly dan Emmy yang mengayakan Pillow Case Dress

Elly dan Emmy kecik saja orang nya.. berat Elly baru 10.2kg dan Emmy 10kg.. itu yang ditimbang bulan lepas.. ada peningkatan berat badan.. tapi terlalu sedikit.. kalau nak dibandingkan dengan selera makan diorang.. haa... memang tidak merisaukann.. mesti ikut saya nii.. heee.. perasan japp..

Perbezaan ketinggian.. sudah nampak ketara.. elly lebih tinggi.. kalau nak bandingkan fizikal.. memang elly lebih segalanya berbanding emmy..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails