Kurun Najwa

Elly & Emmy sudah bercerai susu pada usia 2 tahun 8 bulan

Sekian lama menyepi..

Cerita terkini mengenai Elly dan Emmy..



Sekarang mereka sudah bercerai susu badan.. sudah hampir sebulan..

Ini adalah kerana saya tidak tahan dengan sikap mereka.. kerana mereka suka mengigit dan menghisap dengan kasar.. hahaha.. mengamuk saya pada hari tuuu.. 29 april 2012 bila emmy mengigit dengan kuat.. dan pada masa itu saya telah berkeras hati dan bertekad hendak menceraikan susu badan pada mereka..

Maka bermulalah perang emosi antara si ibu dengan anak kembarnya..

Pada hari pertama larangan menyusu 30 april 2012..

Aksi menanggis dan mengamuk memang cukup hebattt.. susah nak hilangkan rasa "ketagih" mereka..bila mereka datang dekat jer.. saya cuba jauhkan diri.. hahaa.. sebab saya tahu tujuan mereka...

bila hendak minum susu, saya berikan mereka susu formula.. oleh kerana dahaga.. mereka tiada pilihan.. dan mereka makan nasi, roti, sayur , buah-buahan seperti biasa.. maka ini tidak merisaukan saya untuk meneruskan rancangan menceraikan susu.. kerana mujur mereka tidak pandai untuk mogok laparr.. kalau tak mesti susah sayaaa..

Waktu malam memang sukar.. kerana mereka nak menyusu hingga terlelap.. jadi bila tak bagi.. menanggis laa sehingga terlelap.. elly ok sikit.. sebab dia boleh terima susu botol.. emmy langsung tak nak.. menanggis dan menanggislah emmy sampai tertidur.. seminggu juga lahh keadaan ini berlarutan..

Emmy bila terjaga tidur tengah malam .. menanggis lagi.. beri susu botol dia tak mahu.. dia nak minum air sahaja.. lepas minum air dia sambung tidur.. sampai ke siang.. Elly bila bangun tidur dia minta susu botol.. memang tak ada masalah dengan elly..

Minggu ke2 bercerai susu.. mereka dah tak berapa mintak.. hanya kadang2 datang buat manja menyondol-yondol macam anak kucing.. hehehe ada makna tuuu.. saya cakap kat mereka.. " tak bolehhh".. mereka berdua senggehh sahaja..

Minggu ke3.. si Elly menanggis .. boleh yerr.. tiba-tiba saya pulak yang nak menyusukan dia.. baru nak kasi tetiba baru teringat.. apa pulaaa.. mereka kan sudah diceraikan susu.. hahaha.. rasa lawak pulak..

Sekarang dah masuk sebulan mereka cerai susu.. dan mereka sudah tidak mintak.. makin hari makin lupa.. dan sekarang sudah ligat dibibir mereka minta susu botol.. terutamanya Elly..

Alhamdulillah ... misi menceraikan susu sudah berjaya.. dan kini ianya menjadi kenangan terindah.. pengalaman menyusukan si kembar Elly dan Emmy selama 2 tahun 8 bulan adalah suatu yang teristimewa dalam hidup saya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails