Kurun Najwa

Kisah bijak Emmy

Tengok tak sepuluh kisah bijak susu dutch lady yang ditayangkan tv tuuu.. Masing-masing dengan kisah bijak anak yang tersendiri. Kalau saya kena pilih kisah bijak yang bess. .Eemmm tak tahu pulak yang mana satu.

Saya pun ada kisah bijak juga. . Kisah bijak Emmy. . Memang bijak sangat. . Saya pun tak sangka emmy akan buat macam tu. . Tanpa disuruh plak tu. . Yelaaaa budak baru umur 2tahun 7bulan. .Kalau bagi arahan pun bukannya faham pun. Itulah yang ada difikiran saya. . Tapi sebenarnya. . .Tekkkkkkkkk. . Salah sama sekali. . Anak-anak zaman sekarang memang sangat bijak.

Ceritanya begini. .

Semalam dah pukul 11 malam. . Tapi masing2 tak menunjukkan ciri2 orang nak tidur. . Suka duk melayan kerena ellydan emmy yang tengah syok berjoget. . Menari terlompat2. . Papa pun sibuk merakamkan aksi mereka dan saya belum lagi memakai baju tido.

Selepas habis aksi joget2. . Elly dah pergi berbaring kat tilam. .Emmy saya tengok duk usik2 baju kat tempat sangkut baju. .Jadi saya pun buat tak kisah laa. .dalam kepala fikir bila laaa budak ni nak tido. .

Tiba2 emmy datang kat saya, sambil menghulurkan baju tido pada saya "mamaaa. . Tukar baju. .Mamaaaa. . . Tidoooo" terkejut saya. . Terpegun seketika. . Ya Allah. . Bijaknya emmy niiii. . Langsung saya tak sangka yang dia sibuk duk panjat tadi sebab nak ambik baju tido bagi kat saya. .. Maknanya dia dah belajar dan memahami satu perkara iaitu masa tido harus tukar pakaian. Sebab setiap malam dia tengok mama dia tukar baju tido dulu. .

Gembira saya tengok cara emmy semalam. . Mama bangga dengan kamu emmy. . Walaupun kamu kecik lagik tapi kamu bijak dan cepat memahami sesuatu perkara dengan pemerhatian kamu itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails