Buah besar terjuntai ini terdapat di sebuah Taman Dapur yang terletak dikawasan tanah tinggi berbukit bukau yang dikenali sebagai Cameron Highland .. Saya percaya, sesiapa yang berkunjung kesitu.. mesti akan menyentuh buah terjuntai itu dan bergambar bersamanya.. untuk di jadikan kenang-kenangan...
Kami sekeluarga pun tidak melepaskan peluang untuk untuk menyentuh dan bergambar dengan buah besar terjuntai itu...
Bermula dengan sang suami yang berbadan macho lagik gagah perkasa.. bukan satu saja yang disentuh.. tapi dua sekali gusss.. mujur tak dipulas dan diramas-ramas buah itu.. kalau tak tentu jadik sayur air seperiuk..
Bila dilihat papanya sudah menyentuh buah itu.. mestilah anak-anak pun teringin menyentuh juga.. maka kenalah papa yang sangat kasihkan anak-anaknya mengangkat sorang demi sorang..
Bermula dengan Elly.. tersenyum bangga lagik macho sang suami ketika mengangkat anaknya..
Kemudian di ikuti dengan Emmy.. masih lagik mengekalkan mood kemachoan..
Dan di ikuti dengan Nadya.. secara mendadak tenaga digunakan untuk mengangkat anaknya yang seorang ini.. hingga rasa tergugat rasa kemachoan tadi.. tapi cuba disembunyikan..
Akhirnya tibalah giliran sang isteri pula yang menyentuh buah besar terjuntai ini.. dengan fikiran yang melayang.. emm.. bilalah buah ini nak dibuat sayur air..
Hari itu kami sekeluarga berasa puas hati kerana dapat menyentuh buah besar terjuntai ituuu.. dan kami pun pulang dengan hati yang riang gumbira..