Kurun Najwa

Kakak .. tolong kemas meja!!

Salam..

Kalau korang bawak anak-anak makan kat kedai.. lepas makan tu macam mana keadaan meja makan itu?? adakah meja masih bersih dan saki baki makanan terletak elok jer.. tak sepak sana sini.. ataupun emmm..

Hehehe.. kalau saya yang beranak pinak ni.. memang susah nak kekalkan keadaan macam sebelum makan tu.. meja berterabur makanan jer.. memang susah nak kawal anak-anak kecil ni masa makan.. bukan tak ajar.. tapi mengambil masa..

sebab tu kalau makan .. saya lebih suka makan kat kedai / medan yang lebih santai sahaja.. nanti tak da lah tuan kedai nak jeling-jeling bila tengok kedai dia bersepah makanan.. kalau kat rumah.. keadaan bersepah makanan kat dapur tu biasa laa.. lepas tu mama diorang kemas.. kalau kat kedai.. tak ada lah saya nak kemas.. biar jer pekerja yang buat.. masa ni anak-anak pun dah laju kesana kesini.. kalau kena cas lebih untuk keadaan yang bersepah tuuu .. kami redhaa.. hahaha.. jangan sampai kena maki kat belakang sudah laaaa..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails