Last projek 2012 lakaran ke hasil

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Sebagai penutup 2012 .. projek peplum dengan bow atas bahu kiri kanan..
 

dan hasilnya



 
untuk tempahan sila ke
http://www.facebook.com/pages/Baju-Elly-Emmy/113577708686900

 

BEE menerima tempahan

 Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Pengumuman..
 
BEE sedia menerima tempahan gaun, jubah, peplum dan lain2.. pada yang berminat untuk mengayakan hasil tangan BEE boleh LIKE BEE untuk pertanyaan dan tempahan..



 

http://www.facebook.com/pages/Baju-Elly-Emmy/113577708686900

Anak kembar pun bergaduh dan berebut

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Ada 1 soalan cepumas yang datang melayang..

" Adakah  anak kembar bergaduh sesama sendiri dan bagaimana menangganinya???"

Oooo sudah tentu mereka bergaduh sesama sendiri.. bila semakin besar sudah pandai berebut barang dan masing2 susah untuk mengalah.. kalau berebut mereka akan menarik rambut, menampar dan mencakar sesama sendiri.. dalam kes anak kembar saya ni.. si adik yang garang.. kakak  kalah dan  lari menyorok  masuk bawah katil..

Sakit jiwa???.. memang boleh sakit jiwa bila mereka mula bergaduh berebut sesuatu.. menanggis.. menjerit.. riuh rendah dibuatnya..suasana sangat tegang..

dan apa yang saya buat.. hehehe.. mungkin agak kejam sikitt..

kes berebut mainan.. sebab mainan tu ada 1 .. senang saja.. saya ambik mainan tu dan buang ..  cakap kat mereka " kalau berebut tak nak berkongsi mama buang.. kalau nak mesti berkongsi" .. bila barang yang direbut kena buang terus diorang pergi mengadu kat papa.. tapi papa buat tak layan.. sebab dah sedih sangat barang kena buat maka kedua2nya berbaik semula.. berhenti menanggis sendiri.. melopong sebab kedua2 melepas..

Beberapa jam kemudian.. dengar bising2 macam bergaduh berebut sesuatu.. terus saya bagi amaran " nak berkongi atau nak mama buang " terus tak berebut.. haha tahu takut..

Saya selalu ingatkan mereka supaya berkongsi dan berbaik sesama sendiri

" kakak adalah adik.. adik adalah kakak.. kamu datang bersama.. kamu berkongsi dari dalam perut mama"

Mungkin sekarang diorang tak faham.. tapi suatu hari nanti diorang akan faham betapa  diorang memerlukan 1 sama lain.







Bawa lari seluar kecik

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Kenakalan budak berdua ni makin menjadi.. sekarang suka bawak larik seluar kecik dan baju kecik .. tak kira yang sapa punya.. dapat kat diorang emm siappp.. masing2 duk cuba nak pakai.. macam2 aksi diorang sampai tersengget2 badan...

kelakar tengok.. 1 lubang kaki  diorang masukkan kedua2 kaki, lepas tu tarik sampai kepinggang.. dengan bangga tunjuk kat mama diorang sambil tanya " mamaaa cantik takkk?"

kalau dapat baju kecik pulak.. siap gelak bagaikan.. sambil sebut "t*t*k" lepas tu gelak balik.. emmm.. entah laa apa yang kelakarnya..

Untuk keselamatan kenalah sorok seluar kecik dengan baju kecik bila dah ambik dari ampaian..



##Pss
haa ni bukan yang mama diorang punya tau.. hahaha kak Ya punya..

Suka tarik perhatian

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Hari ini dah last september 2012.. masa berlalu dengan pantas.. dak kembar pun dah berusia 3 tahun 1 bulan tapi fizikal  masih lagik kecik tenik .. badan tak berisi hanya meninggi.. bagus juga macam tu kann..

Badan saja kecik.. tapi mulut.. huaaa.. pandai sungguh dia berkata-kata.. walaupun sebutan tu pelat.. tapi dapat paham apa yang diorang cakap tuuu.. macam ada 1 hari tuu..

Adik : mama nak tuuu?
mama: tak boleh dikkk..
adik: alaaa.. kekut laa mama niii..

haha.. tengok tuu.. pandai dia cakap mama dia kedekut..

mereka juga suka menyapa dan menyentuh orang .. haaa.. selalunya bila pergi pasaraya laa kann.. kalau orang tu bagi respon kat mereka.. bertambah-tambah suka dan gelak ketawa .. memang memecah kesunyian alam..

pernah 1 hari tu.. papa tengah beratur nak beli bugger... adik pergi tarik perlahan baju seorang makcik yang beratur kat depan tu.. lepas dia tarik dia menyorok belakang papa dia.. makcik tuu pun toleh.. muka dah lain.. (haha macam dah salah sangka).. mujur saya nampak.. saya tegur adik.. bagi makcik tu dengar.. lepas tu makcik tu pun senyum bila nampak adik yang duk sorok2 tu.. lepas tu saya cerita kat cik suami yang tak tahu apa2 tu.. haha.. nasib naik tak dapat penampar free..


Pelik dengan bayang-bayang sendiri..

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh ..

Budak kembar berdua ni memang pelik sangat tengok bayang2 mereka.. maklum laa.. tak pernah main tengah panas.. jadi tak pernah nampak bayang2 sendiri..

Hari tu masa pergi pantai Batu Itam  Baserah Kuantan .. dapat la diorang main tengah panas dengan tiupan angin pantai yang kuat .. maka sungguhlah jakun sekali..






Kat pantai tu juga ada sekor kuda... bertambah2 seronok diorang.. Elly sangat takut dengan kuda tuu.. tapi Emmy suka sangat.. jenuh saya pegang tangan dia kuat2.. sebab dia nak terkam kat kuda tuuu.. huhuhukkk.. takut saya.. takut dia kena tendang ngan kuda pulakk..


 

Ijat dah jadi ibu..

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh..

Tahniah Ijat.. kamu ibu muda yang tabah.. tanpa suami disisi tapi kamu bisa mengharungi segala kesakitan.. melahirkan 3 anak yang comel.. dan kamu mampu memberikan susu badan kepada mereka..

Haaaa....Mesti korang tertanya2.. siapakah Ijat? Adakah orang biasa , artis atau orang kenamaannn??? Tak tauuu.. mehh nak bagi tau.. tapi kalau dah tau jangan marah yerrrr.. nanti kena jualll :PPP

Sebenarnya.. sebenarnya.. Ijat adalah.. adalahhh.. ahhhh.. korang tengok jer laaa sendiri gambar kat bawah tuuuu.. lalalalalalalallalalalalalalalalalalalalaaallalalalallalalalalalalalalalalalalalala











Walaupun Ijat ni tak cantik.. tapi dia sangat handal menangkap segala binatang.. antaranya segala keturunan cicak.. keturunan tikus.. burung..


Masih bertali pusat..


Muka suci tak ada dosa :PP


Tak nak pandang..

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh..

Ooo.. hari rasa tak nak menjahit.. pandang pun tak nakkk.. kerna hatiku dah kau bawa terbang.. heee.. hampehh sungguh..


nak bermalas-malasan saja.. tapi ada pulak suara kecil duk memanggil2.. " cepatt jemur lahh kamiiii".. haha.. nuuu kain sebakul tak berjemur lagik.. kenalah selesaikan tugasan dulu... lepas ni boleh lepak depan pc..


Mari tekan LIKE

Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh..

Mari tekan LIKE untuk page saya.. saya jahit .. dan anak kembar saya Elly dan Emmy jadi modelnya.. diorang sekarang dah suka dengan kerjaya diorang sebagai model tak berbayar.. bila berposing berbagai gaya.. tapi bila tengok photonya, banyak yang reject.. hampehh sungguh..

 Ini adalah photo yang di anggap paling terbaik dalam banyak2 photo yang emmmmm tak terbaik :(

lepas tu .. tengok kat komputer... pakat gelak ramai2.. haha..

salah 1 aktiviti yang menyeronokkkan..

Kalau suka tekan LIKE

 


Kalau tak suka pun tekan LIKE

 


Kalau 50 - 50 pun tekan LIKE

Lawak pagi


Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan selamat pagi..

Tengah duk belek2 dan fikir2 nak potong kain.. kali ni nak buat baju sendiri pulak.. tapi sebelum tu kena pi perkena kopi panas dulu..

tiba2.. saya tergelak besar sebab suami buat lawak

"belilah baju elly dan emmy ehh tapi dah beli nanti ellly ngan emmy nak pakai baju apa pulak???"

dusshhh sedas cik suami ni baru tauuuu.. haha buat macam telur kat bawah niiii..

Bila dah gelak pagi2 ni baru rasa bersemangat dan hilang mengantuk.. tq cik suami yer.. dengan lawak 20sen tuuu.. ok la ni nak pi buat kopi.. jom minumm..

Kerja mengubahsuaian sedang dijalankan

Assalamualaikum..

Haa.. bunyinya macam tengah gigih mengubah suai rumah jer yerr..

sudah berkulapuk blog niii.. kena susun atur balik.. tapi saya seorang yang simpel saja(alasan terbaikk).. tak der laa ada penambahan baru.. hanya main heret sana sini.. buang apa yang tak patut.. dan letak nama kumpulan yang syok di sebut.. jadi kawan2 yang dah ada dalam blog list.. tengokk .. korang dapat keluarga apaaa...

Mungkin penulisan kali ni tak berapa nak cerita mengenai budak kembar tu.. yelaa.. diorang dah besar..lagi pun dah tak BF ..tapi mana lah tauuu kann..


pict header FB saya .. eida elhakim

ps... kalau sudi mari LIKE page baju dak kembar ni..

http://www.facebook.com/pages/Baju-Elly-Emmy/113577708686900

Catatan puasa 2012

Sebagai peringatan..

My Iman umur 9 tahun berjaya puasa 26 hari.. ok la bagi budak lelaki yang baru belajar berpuasa..

My Nadya 8 tahun berjaya puasa 28 hari... budak perempuan memang bagus.. senang sikit nak ajar dia berpuasa.. sabar tahan lapar dan dahaga..

My elly dan emmy 3 tahun .. tertentulah tak puasa.. cukup jam dah mintak susu.. masih kecik tenik..

Mamanya.. kuang.. kuang.. kuanggg.. sudah tentu la tak penuh puasanya.. kalau penuh puasa.. haaa.. lain pula ceritanya..

Elly & Emmy on Metro 22 ogos 2012.. Mental, emosi kena kuat

Elly dan Emmy di Metro semalam.. bersama dengan geng kembar Amrafahan (3 Auni) dan Affan dan Afnan (dua hati menjadi satu)



Artikel on9 boleh baca di sini

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2012


Selamat hari Raya Aidil Fitri

Maaf zahir dan batin

Homemade Dress Elly Emmy


Cantik tak?

Boleh tengok kat Page Baju Elly Emmy..

Macam2 corak ada.. Love, Polkadot, Butterfly.. jom LIKE ramai-ramai..

Roti Cunai

Al kisah budak kembar yang baru belajar menyebut perkataan baru..

suatu petang..

Si kembar Elly dan Emmy sedang menikmati roti canai.. dan diorang pun mula berborak..

Elly : emmm.. sedapnya roti cunaiii..

Emmy : bukan kakkk.. roti canaiiiii..

bila saya dengar.. rasa kelakar plak.. dan tengok gelagat diorang.. haha.. bertambah2 kelakar lagii..

Pada mulanya.. dua2nya tak pandai nak sebut roti canai.. duk sebut roti cunaii.. saya selalu duk perbetulkan sebutan diorang.. "bukan roti cunai laaa.. roti canaiii "..

dan akhirnya.. Emmy yang dapat ingat sebutan yang betul.. sekarang ni dia selalu tegur si Elly plakk..


My Elly Emmy 2 tahun 9 bulan

Hari terakhir dalam bulan May.. Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan menikmati kehidupan bersama orang2 yang disayangi dan meneruskan aktiviti seharian..

Terkini.. my elly dan emmy sudah mula mesra kamera.. terutamanya emmy.. elly masih ligat kesana kesini masa nak bergambar..

Akhirnya dapat juga saya ambil gambar dia orang berdua.. bukan senang nak dapatkan gambar yang macam ni.. ada-ada jer.. gelagat diorang.. tak boleh diam jap.. sorang kesana.. sorang ke sini.. bila sorang dah bersedia sorang lagik menyorok plakk.. hehehe.. baru tauuu... susah jugak jadi jurugambar yang tangkap gambar budak kecik ni.. mencabar kesabarannn.. lucu pun yer juger..

Elly dan Emmy yang mengayakan Pillow Case Dress

Elly dan Emmy kecik saja orang nya.. berat Elly baru 10.2kg dan Emmy 10kg.. itu yang ditimbang bulan lepas.. ada peningkatan berat badan.. tapi terlalu sedikit.. kalau nak dibandingkan dengan selera makan diorang.. haa... memang tidak merisaukann.. mesti ikut saya nii.. heee.. perasan japp..

Perbezaan ketinggian.. sudah nampak ketara.. elly lebih tinggi.. kalau nak bandingkan fizikal.. memang elly lebih segalanya berbanding emmy..

Gigi Elly serpih

Kenakalan budak berdua ni.. yang suka bergurau, bergaduh dan bergurau lagi.. akhirnya menyebabkan gigi Elly serpih..



Elly tukang gigit

Ceritanya begini.. seperti biasa mereka bergurau dan bergelak sampai tak hinggat dunia... asyik bermain dengan botol kosong minuman yogurt bliss yang abang mereka minum dan campak merata2 tuu..

Elly mengigit bahagian atas botol yang berpenutup manakala Emmy memusing botol tersebut.. maka bila seorang mengigit dengan kuat dan seorang lagi memusing dengan kuat.. dengan itu terjadilah kejadian gigi serpih.. dan yang kelakarnya Elly sendiri tak perasan yang gigi dia dah serpih.. mungkin tak rasa sakit masa tuu..

Bila Elly senggeh.. saya rasa macam ada yang tak kena dengan muka dia.. bila perhati betul2 baru perasan.. rupanya gigi dia dah serpih.. rasa geramm jerrr.. sebab tak sepatutnya jadi macam tuu.. dah laa gigi depan dia macam rabbit.. nampak ketara sangat..

Emmy tukang pusing

Elly & Emmy sudah bercerai susu pada usia 2 tahun 8 bulan

Sekian lama menyepi..

Cerita terkini mengenai Elly dan Emmy..



Sekarang mereka sudah bercerai susu badan.. sudah hampir sebulan..

Ini adalah kerana saya tidak tahan dengan sikap mereka.. kerana mereka suka mengigit dan menghisap dengan kasar.. hahaha.. mengamuk saya pada hari tuuu.. 29 april 2012 bila emmy mengigit dengan kuat.. dan pada masa itu saya telah berkeras hati dan bertekad hendak menceraikan susu badan pada mereka..

Maka bermulalah perang emosi antara si ibu dengan anak kembarnya..

Pada hari pertama larangan menyusu 30 april 2012..

Aksi menanggis dan mengamuk memang cukup hebattt.. susah nak hilangkan rasa "ketagih" mereka..bila mereka datang dekat jer.. saya cuba jauhkan diri.. hahaa.. sebab saya tahu tujuan mereka...

bila hendak minum susu, saya berikan mereka susu formula.. oleh kerana dahaga.. mereka tiada pilihan.. dan mereka makan nasi, roti, sayur , buah-buahan seperti biasa.. maka ini tidak merisaukan saya untuk meneruskan rancangan menceraikan susu.. kerana mujur mereka tidak pandai untuk mogok laparr.. kalau tak mesti susah sayaaa..

Waktu malam memang sukar.. kerana mereka nak menyusu hingga terlelap.. jadi bila tak bagi.. menanggis laa sehingga terlelap.. elly ok sikit.. sebab dia boleh terima susu botol.. emmy langsung tak nak.. menanggis dan menanggislah emmy sampai tertidur.. seminggu juga lahh keadaan ini berlarutan..

Emmy bila terjaga tidur tengah malam .. menanggis lagi.. beri susu botol dia tak mahu.. dia nak minum air sahaja.. lepas minum air dia sambung tidur.. sampai ke siang.. Elly bila bangun tidur dia minta susu botol.. memang tak ada masalah dengan elly..

Minggu ke2 bercerai susu.. mereka dah tak berapa mintak.. hanya kadang2 datang buat manja menyondol-yondol macam anak kucing.. hehehe ada makna tuuu.. saya cakap kat mereka.. " tak bolehhh".. mereka berdua senggehh sahaja..

Minggu ke3.. si Elly menanggis .. boleh yerr.. tiba-tiba saya pulak yang nak menyusukan dia.. baru nak kasi tetiba baru teringat.. apa pulaaa.. mereka kan sudah diceraikan susu.. hahaha.. rasa lawak pulak..

Sekarang dah masuk sebulan mereka cerai susu.. dan mereka sudah tidak mintak.. makin hari makin lupa.. dan sekarang sudah ligat dibibir mereka minta susu botol.. terutamanya Elly..

Alhamdulillah ... misi menceraikan susu sudah berjaya.. dan kini ianya menjadi kenangan terindah.. pengalaman menyusukan si kembar Elly dan Emmy selama 2 tahun 8 bulan adalah suatu yang teristimewa dalam hidup saya..

wekkk.. selamat pagi

Selamat pagi dan berehat dihujung minggu..



Pesanan dari Elly.. selalu-selalu lah makan epel hijau.. bagus untuk kesihatan.. " An apple a day Keeps the doctor away"

Tolong saya

Al kisahnya.. budak kembar ni leka bermain.. entah macam mana kaki bangku tu boleh termasuk dalam baju si adik.. tapi dia tak sedar, bila nak bangun dah tak boleh sebab baju dia tertarik.. dia dah panik.. mula menjerit dan nak menanggis..

Datang si kakak memberi bantuan.. cuba meenarik adik dia.. tapi oleh sebab orang yang nak tolong pun sama saiz dengan si mangsa.. maka tiada kejayaan lah disitu.. walaupun dah guna sepenuh tenaga yanng ada..

saya masa ni.. duk pandang jer.. sambil picit punat kamera saja... hahaha.. saja nak tengok gelagat diaorang.. nak tengok apa lagik iktiar diorang..

duk sat... dengar adik duk jerit mintak tolong.. kakak pun sama juga... saya bbuat2 lambat nak tolong.. adik dah nak menanggis.. kakak pun nak nanggis jugak, risau tengok adik dia yanng tak boleh bergerak tuu..


Moralnya..
walaupun selalu bergaduh... berebut benda.. tapi kalau salah sorang dalam kesusahan..seorang lagik mesti akan cuba membantu.. begitulah adat adik beradik..

Rosak lagik

Ini adalah antara kad reader saya yang rosak.. begini lah rupa isi perut didalamnya.. dan jugak bakal rosak.. kad reader yang saya tengah pakai sekarang niii..

nyampahhh.. asyik rosak jerrr.. sebab tu lahhh saya tak dapat nak menabung tuk beli cincin jutaan ringgit.. asyik duk beli kad reader jerrr... heeee... tuuu tak kira lagik nak beli jarum mesin jahit yang punnn asyik duk patah ...

Nasi Arab

Motif : TERINGIN

Mood : LAPAR

Nasi Arab dari Restauran Nasi Arab Bangi dekat dengan kedai pameran perabot jalan nak ke stesen bas Bangi Kajang.. ini restauran nasi arab yang origanal.. memang memang orang arab.. semua pekerjanya adalah lelaki..

Dan ada 1 lagi Restauran Nasi Arab.. yang ini terletak dalam area stesen bas Bangi Kajang.. yang ini nama saja Restauran Nasi Arab.. tapi tuannya adalah orang Pakistan.. tokeynya adalah wanita dan pelayannya lelaki yang memakai perhiasan rantai .. tak reti nak cakap melayu.. main angguk-angguk saja.. akhirnya.. lain yang di order.. lain yang sampai..

Harga kedua-dua nasi arab di sini adalah jauh lebih murah.. berbanding dengan harga nasi arab di Putrajaya..

Sekian laporan dari orang teringin nak makann nasi arab lagik :PPP







Kuning telur kembar Elly&Emmy

Masak pecahkan telur tadi.. dapat kuning telur berkembar tu.. hehehe.. special tuu ada smile face lagikk..

Muka senyum tu adalah Emmy.. sebab dia memang suka bergurau .. kurang moody2, nanggis2 jugak mengamuk..

Muka masam mencebik itu.. tentulah Elly.. suka nanggis dan mengamuk kalau orang tak ikut cakap dia.. kuat memberi arahan.. semua orang dia mengarah.. dia rasa besar.. walaupun kecik.. mungkin panggil dia "kakak".. rasa tinggi pangkat kut..

Al kisah buah besar terjuntai

Buah besar terjuntai ini terdapat di sebuah Taman Dapur yang terletak dikawasan tanah tinggi berbukit bukau yang dikenali sebagai Cameron Highland .. Saya percaya, sesiapa yang berkunjung kesitu.. mesti akan menyentuh buah terjuntai itu dan bergambar bersamanya.. untuk di jadikan kenang-kenangan...

Kami sekeluarga pun tidak melepaskan peluang untuk untuk menyentuh dan bergambar dengan buah besar terjuntai itu...



Bermula dengan sang suami yang berbadan macho lagik gagah perkasa.. bukan satu saja yang disentuh.. tapi dua sekali gusss.. mujur tak dipulas dan diramas-ramas buah itu.. kalau tak tentu jadik sayur air seperiuk..

Bila dilihat papanya sudah menyentuh buah itu.. mestilah anak-anak pun teringin menyentuh juga.. maka kenalah papa yang sangat kasihkan anak-anaknya mengangkat sorang demi sorang..


Bermula dengan Elly.. tersenyum bangga lagik macho sang suami ketika mengangkat anaknya..


Kemudian di ikuti dengan Emmy.. masih lagik mengekalkan mood kemachoan..


Dan di ikuti dengan Nadya.. secara mendadak tenaga digunakan untuk mengangkat anaknya yang seorang ini.. hingga rasa tergugat rasa kemachoan tadi.. tapi cuba disembunyikan..


Akhirnya tibalah giliran sang isteri pula yang menyentuh buah besar terjuntai ini.. dengan fikiran yang melayang.. emm.. bilalah buah ini nak dibuat sayur air..

Hari itu kami sekeluarga berasa puas hati kerana dapat menyentuh buah besar terjuntai ituuu.. dan kami pun pulang dengan hati yang riang gumbira..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails