Wednesday, July 27, 2011

Penyusuan anak kembar bukan merupakan Tandem Nursing

Salam

Saya ingatkan kalau menyusu anak kembar dikira sebagai Tandem Nursing ..Rupa-rupanya tidak kerana

istilah tandem nursing lazimnya digunakan untuk menyusu lebih dari seorang anak (berlainan umur) serentak.


Bila membaca penerangan dari Puan Mardziah (DSI) dan rujukan yang disertakan, baru saya lebih faham mengenai istilah Tandem Nursing. Terima kasih kepada puan kerana telah memperbetulkan kesilapan saya memahami apa itu Tandem Nursing ..

Maka disini saya ingin kongsi apa yang telah di emailkan kepada saya. Diharapkan ianya dapat membantu menambah ilmu penyusuan anak untuk ibu-ibu diluar sana:)


Contohnya

Saya sedang menyusu anak sulung (3 tahun) dan anak kedua (1 tahun 4 bulan) dan sedang mengandung anak ketiga. Ini yang dinamakan tandem nursing.

Puan Mardziah Mohd Lokoman

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
http://malaysianbfpc.org/
Blog: http://duniasusuibu.com/


Rujukan

http://www.kellymom.com/bf/tandem/

http://www.llli.org/nb/nbtandem.html

Wednesday, July 20, 2011

Menanggis pun kena ada gaya..

Salam..

Selamat petang semua..

Semalam kita bereksperimen.. hari ni.. kita beraktiviti plak.. aktivitinya adalah... menanggis dengan penuh gaya..bes tau aktiviti niii.. boleh tarik perhatian orang disekeliling..dan seterusnya menaikkan darah ..hehehe.. terutamanya untuk mama .. hahaha.. nanti abis lahhh terpelanting timun yang bertempek kat muka mama tuuu... yesss..mission berjayaaa!!!!

Menanggis bukan dengan aksi biasa-biasa saja tau.. kena ada gaya.. contohnya macam gambar kami kat bawah ni... lepas ni.. kawan-kawan boleh try yaaa.. hasilnya mesti mengagumkan.. dusss..panggg..

Aksi golek-golek kuch kuch hota hai..haii.. dari elly



Aksi nanggis muka gangster dari emmy



ok selamat mencuba kawan-kawan ;PPP

Tuesday, July 19, 2011

Eksperimen merasa air berbikabonat

Salam..

selamat petang semua..

Hari ni.. dak kembar nak tunjuk 1 eksperimen yang sangat mudah.. iaitu cara untuk merasa air berbikabonat supaya lidah tidak berasa pedih..pedass..dan terkezutt.. untuk kawan-kawan yang seusia dengan kami.. boleh lah mencuba yaa :)

Cara paling selamat dan bijak dari elly.. lidah pun tak rasa sakit...



Tapi Awas.. jangan tiru cara emmy.. kesudahannya.. nanti terjelir lidahh..


okkk.. selamat mencuba dan menikmati minuman berbikabonat..;ppp

Monday, July 11, 2011

Kekal Muda dengan ZELL-V (Trevel pack)

Salam

Selamat petang semua..

Siapa kat sini yang makan suplemen ZELL-V.. yang Rosyam Nor jadik duta tu?? Atau pun teringin nak mencuba ZELL-V.. kalau nak email saya eidaelhakim@gmail.com

Harga untuk trevel pack(10 kapsul) RM220 harga pasaran.. kalau berminat email saya untuk harga istimewa.. tapi bagi ibu yang mengandung dan menyusu tidak boleh yaaa..sebab anda dah cunn.. heheh..

ZELL-V merupakan supplemen ekstrak dari plasenta biri-biri yang mengandungi 15000mg plasenta biri-biri segar dan kaya dengan faktor pertumbuhan yang penting untuk tubuh badan. Dihasilkan melalui terapi selular yang canggih dari new Zealand, Switzerlan dan Amerika Syarikat..



Tuesday, July 5, 2011

Harimau jadian..eh.. kucing jadian..

Salam..

Selama petang semua.. baru berkesempatan menghadap blog ..

Tak tahu nak cerita apa.. hanya nak kongsi gambar si Elly dan Emmy yang suka bermain dengan topeng.. suka sangat bergurau senda sesama sendiri.. kalau bergaduh pun boleh tahan jugak.. kedua-dua hebat.. tak nak mengalah.. tapi masih boleh dipujuk lagik.. kiranya makan dek pujuk juga..

Jom lerr tengok gambar .. si Emmy yang katunn sikit nii.. suka buat lawak..

Masa ni dia suruh kiter pakaikan topeng kat dia.. lepas tu dia agah kat elly.. gelak saja si elly.. Bila dah jemu pakai.. dia kasi kat mama dia pulak.. suruh pakai.."Nah.. Nahh..Nahhh.." kalau tak layan.. abisss laaa.. golek-golek kat lantai tuu..

Jadi mama dia pn kena layan jugaaa... bila mama pakai topeng .. kedua-dua budak ni gelak golek-golek.. buat bunyi kucing, diorang gelak.. buat bunyi harimau pun diorang gelak.. memang tak takut kena sakat.. suka berbakul-bakul pulak..

Saturday, July 2, 2011

Salam Julai

Salam..

Heheheh....sudah lama tak ber update blog ni...Semoga kawan-kawan sentiasa ceria dan dilimpahi rahmat dari Nya..

dengan kesibukkan seharian menguruskan rumahtangga.. kerenah anak-anak yang makin membesar.. semakin hari semakin nakal..

Keadaan MIL yang tidak sihat.. selepas menjalani pembedahan jantung... setiap hari bergelut dengan kesakitan dan kesesakan nafas.. Moga Allah mempermudahkan segalanya dan My MIL kembali sihat...seterusnya mengembalikan keceriaan dan menghilangkan keresahan dihati orang kesayangan saya.. MY HUBBY HAKIM..

Apa-apa pun keadaan.. kehidupan mesti diteruskan.. senyuman mesti dibibir.. walaupun dihati awan mendung berarak :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails