Ikan bakar Umbai Melaka

Salam..

Hari Jumaat, papa bawa pergi makan ikan bakar.. nunn.. jauh di Umbai.. kali pertama sampai kat situ.. nak juga merasai kehebatan ikan bakar kat situ yang selalu diperkatakan tuuu..

Memang banyak gerai ikan bakar kat situ.. pilih jer yang mana suka.. makanan laut juga banyak serta segar.. siap duit sudahhh..

Yang paling ok tuu.. masa makan tak der lalat.. kira boleh makan dengan releks.. tak payah kalut-kalut duk kibas lalat.. aman jer masa makan tuu..





Alhamdulillah.. kenyang betul.. bukan saya jer yang kenyang.. kucing-kucing kat bawah meja tu pun kenyang juga.. sampai dah tak mengieowww..



Dak berdua ni pun baik jer.. langsung tak meragam.. duk diam jer.. sempat saya nak menghabiskan lauk yang banyak tu.. Emmy makan banyak .. Elly tak berapa sangat, sebab dia dah makan nasik lemak masa tunggu ikan bakar tu..

Apa-apa pun memang besss, sedappp dan licinnnn.. mekasih papa.. belanja makan besarrr nyerr..

Makan jap..

Salam..

Penat menjahit.. letih jaga anak..

Angkat telefon.. dailll.. dan bla.. bla.. blaaa..

Tak sampai 30 minit..

Dah ada X- Man.. terpacak kat depan pintu rumah.. dengan ditangannya.. ada ini..




hahaha.. sangat sedap.. bila sekali sekala dapat makan..

psss.. kalau nak makan pizza domino ni.. lebih baik call order dari order kat kaunter.. lebih cepat.. sebabnya.. deal diorang.. kalau penghantaran lebih dari 30 minit.. maka diorang akan bagi 1 pizza percuma.. sooo.. ada berani nak lewat??

Bunga.. oo .. bunga..

Salam..

Nak citer pasal dak kembar ni.. tapi idea macam tenggelam timbul jer.. biasa laa.. kesan daripada penyebaran sel-sel M hari tu.. walaupun sekarang ni.. sel-sel M tu telah berjaya disingkirkan tapi.. tapi .. tapi .. huhuhukk..

Tapi kann.. saya rajin dan suka buat kerja kraf niii.. dan hasil dia.. adalah bunga yang akan kembang mekar di Baju Elly&Emmy.. tungguuu.. akan di upload hasilnya nanti..


pss.. sel M adalah sel MALAS.. bukan sel MANJA tauu..

Elly&Emmy sudah 21 bulan dan masih minum susu ibu

Salam...

Hari ni genaplah usia elly&emmy 21bulan..dan mereka masih minum susu ibu secara esklusif...Alhamdulillah.
Mereka membesar dengan ceria..dan juga nakal dengan berbagai gelagat yang comel dan mencuit hati..

Elly ...memang ligat...aktif melompat, lari dan segala aksi gedik mengediks..
Emmy...masih terkial2 nak mengatur langkah...hari2 dia belajar berjalan tolak kerusi merata rumah..

Sebenarnya saya baru kebah demam...sel M dah merebak keseluruh badan....letih sangat.. Nanti sambung citer lagik..

Sebelum tuuuu.. Al Fatihah untuk blogger Telur dibasuh yang telah kembali ke Rahmatullah...

Top Model.. ehh.. Top Dress

Salam..

Setelah dipujuk oleh mama dia.. dan dijanjikan dengan habuannya.. barulah dak Nadya ni sanggup nak jadi model Baju Elly&Emmy..

dak Nadya ni pemalu sangat orangnya.. kalau nak suruh gaya depan kamera memang dia tak pandai.. semua kena arahkan dia.. termasuk macam mana nak senyum.. hahaha..

Ni pun kiranya dah abis gaya.. terbaekkkk.. nyerrr..

hehehe.. nanti mama nak dera Nadya lagik.. mesti jadik model untuk baju yang mama jahit...


Lady B dan Beauty F

Salam..

Inilah Lady B dan Beauty F yang akan merayap dan terbang di Baju Elly & Emmy untuk mencari bunga..

Jom saya perkenalkan mereka..





Nak tengok hasilnya..sila singgah Baju Elly & Emmy

Akan di upload hasil terbaru.. tunggu..

Ramuan Masker untuk merawat kulit kusam

Salam

Selamat pagi..

Saya nak kongsi beberapa ramuan yang enak.. bukan untuk dimakan yer.. tapi untuk ditempek kat muka.. macam filem Salon lakonan Raja Farah tuu..

hehehe.. tapi kalau saya.. tak sanggup pulak nak tempek kat muka.. sebab buah-buahan/sayur-sayuran itu sangat sedap dimakan..

kalau ada yang teringgin tempek kat muka.. boleh ikut ramuan kat bawah..


Terdapat beberapa ramuan masker/scrub yang boleh di amalkan. Di antaranya ialah:

Betik

Kisar sepotong betik yang telah dibuang biji dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Gaul ramuan sehingga sebati. Kemudian sapukan pada wajah dan biar kering selama 15-30 minit. Selepas itu, bersihkan wajah dengan air suam.


Tomato

Belah sebiji tomato dan gosokkan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.


Mentimun

Potong mentimun secara nipis. Tampalkan pada keseluruhan muka dan dibiarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.


Epel

Kisar sebiji epel yang telah dibuang pulur dan biji. Kemudian dicampur dengan 1 sudu makan madu. Gaul sehingga ramuan sebati dan barulah disapukan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Selepas itu bilas dengan air suam.


Strawberry

Kisar 3 biji strawberry dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-30 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.


Karot

Kisar sebatang karot dan campurkan 1 sudu makan madu. Kemudian sapukan pada wajah dan dibiar selama 15-30 minit. Selepas itu barulah dibilas dengan air suam.

Bakat terpendam dak Elly

Salam..

Hari ni.. giliran Elly pulak nak menunjukkan kehebatan.. asyik cakap pasal dak Emmy jer.. tentu laa dak Elly pun jeles kann...

Agak nyer apa lah bakat terpendam dak Elly tuu..

Jom kiter tengokkk..

Hahaha.. dak Elly tengah syok menyanyi.. belasah jer roti keju buat mikropon.. bila penat berhenti makan dulu.. lepas tu sambung nyanyi balik..

Ini laaa.. akibatnya bila mama diorang suka menyanyi dalam bilik ayer sambil mandikan anak-anaknya..

Aksi tarik maut.. picing tinggi giler.. unsur-unsur geram pun ada jugakk..

Akhirnya tersedar.. diri sedang diperhati.. hehehe.. dia dah malu... terus senggih tunjuk gigi arnab dia tuuu..

Pss.. mama tak kasi laaa.. kak jadik penyanyi(mintak dijauhi)... kalau jadik guru vokal okayyy..

Emmy Si comot

Salam..

Selamat petang..

Ini kisah Emmy si comot.. hehehe ..cam kisah anak kuceng plak kann..

Emmy yang panjang akal dia.. kalau bagi roti yang sapu ngan Nutella coklat... mesti dia akan bukak roti tu dan jilat makan coklat saja.. ni gara-gara papa yang tinggal sudu yang ada coklat kat atas meja.. apa lagik.. bila dak emmy ni, ambik sudu tuuu.. dan jilat.. terus dia cakap"emm shedapp"..

besok tu plak.. dia panjat kerusi kat meja makan tu.. kemudian bawak larik botol Nutella sambil cakap" shedapp.. shedapp"..

Bila sapu ngan coklat putih baru dia tak perasan.. tak der nak bukak-bukak roti tu.. jadi muka tak comot sangat.. kalau tak.. tengokk pun terkejut..



pss mujur laaa dak elly tak buat perangai cam dak emmy ni..

Selamat Hari Ibu

Salam..

Selamt Hari Ibu ..
saya ucapkan pada semua kaum hawa yang bergelar ibu, emak, mama, mak, mommy, ummi dan apa pun gelarannya.. Moga kita terus cekal dalam menjalankan tugas membesar dan mendidik anak-anak.. serta mendapat Rahmat dari Nya..

juga selamat hari ibu untuk diri saya sendiri..

macam mana?... dapat hadiah tak??

saya?? memang tak sangka.. betul-betul mendapat kejutan dari cik abang...

gembira tersebar nunnn.. sehingga keseluruh alam semesta..

hadiah nyaa..

apakah iteww?


"


"


"


"


"


ooo terima kasih kekanda.. gumbira sangat hati dinda ni.. cewahhh..

Alya model kecil Baju Elly&Emmy

Salam..

Hari saya nak perkenalkan seorang model kecil Baju Elly&Emmy.. siapa dia???

Ini lah dia Aliya.. yang mengayakan dress polkadot dan sundress sayang sarawak.. chomelll kan?

Terima kasih Umi Aliya kerana suka dan berpuas hati dengan hasil jahitan saya.. kalau ada yang terkurang.. saya mintak maaf..

Jom kita tengok Alya bergaya..



Menyusu sambil bergusti

salam

Pelikkannnnn? macam mana dak elly dan emmy ni duk bergusti sambil menyusukann. kalau isap susu botol tak pelik. . . tapi isap susu ibu camana nak bergusti plakkk.

hehehe. . sebenarnya. . budak berdua tuu. menyusuuu tapi mama diorang sibuk duk tgk WWF. . haaa gusti. . tengok Rey Mysterio lawan ngan Drew(tak kenal pun). seksi tuuuuu. . pakai sepentot getah jerrrr. .haaaa. , dulu masa solo suka tengok the rock ngan triple H lawan sambil duk buat drama. .sukaaa sangat. .

Budak kecik berdua ni pun tumpang layan juga.Sambil mengisap sambil tengok. . dah kenyang sorang lagik pulak dtg mengisap. . kalau lambat sampai giliran. . mesti mama dier kena gusti plak. . huhuhuk. .

macam ni laaa. . pengalaman menyusu twin. . mama diorang selalu menjadi rebutan. . tiba2 saya rasa sangat berbangga kerana mendapat peluang ini. Alhamdulillah :-)

Berehat sebentar..

Salam ..

Berehat sebentar petang ni.. sambil rancak duk mengopek buah rambutan tak berbulu.. hehehe.. geli ai dengar nyer.. acah jer..

Ni haaaa.. kopek jelly.. semalam 1 balang.. hari ni dah tinggal beberapa bijik jer.. laju jer.. bukan budak yang makan.. tapi mak budak.. ralit ooo.. lepas satu.. satu.. manisss..

Dak elly & emmy dapat pegang jer.. memang tak nak kasi makan.. takut sakit perut pulak..

Kecuaian..

Salam...

Kecuaian?? siapa yang cuai??? Bukan saya yaaa.. tapi cik abang saya.. nak tahu apa??

sila tengok gambar si Elly tu.. perasan tak ???

teng.. tengggg.. ni haaa...

cik abang saya telah melenyek cermin matanya sendiri dengan kereta Ferarinya.. hehehe.. akibatnya... cermin mata iteww telah bertukar menjadik satu hasil seni yang sangat kreatif dan antik...

hehehe.. lepas tu bolah plak cik abang tanya soalan cepu emas.. "Bolehkah kalau pergi baiki?"... tekkkkkkk.. hahaha.. kalau nak kena fire ngan tokey cermin mata boleh juga tryyy...

Psss.. ada saper2 yang suka barang antik.. saya jual murah jaaa.. heee...

Elly&Emmy suka menulis

Salam...

Dak Emmy dah pandai pegang pensel.. dah pandai conteng-conteng kat kertas.. dak Emmy ni tak kidal tapi dak Elly kidal.. ikut macam abang dan kakak yang kidal..

Diorang ni pantang nampak pensel... mesti laju jer diorang rembat... lepas tu panjat kerusi kat meja pulak.. cari kertas.. kalau tak bagi... meraungggg.. fuhhh.. binggit telinga..

Risau jugak.. takut diorang tercucuk ngan pensel tu... eee.. bahaya tull.. kalau bagi crayon .. dah dimakan nya pulak.. bahaya jugak tuuu..

Kesian tengok diorang nak menulis sangat.. jadik saya bagi juga kejap.. dan sentiasa mengawasi mereka.. takut berlaku perkara yang tak diingini plak..

Kongsi resepi

Salam..

Seperti yang dijanjikan.. hari ni saya nak kongsi 1 lagik resepi yang mudah untuk disediakan..
hehehe.. semudah 1,2,3 jer.. dalam 5 minit dah boleh makan..

ok.. ini caranya..
1. Panaskan air dan rebus mee.. 3 minit sudaa..
2. Toskan mee dan letak dalam mangkuk..
3. Gaulkan mee dengan serbuk perasanya.. (minyak,kicap,serbuk cili dan msg..)

siap seperti dibawah.. terbaikkkkk..

Hujan2 ni.. kongsi maggi goreng ngan cik abang.. laju jer cik abang saya kampul.. untuk suapan terakhir tu , siap berebut-rebut lagik..

hehehe.. dan mendapat pujian dari cik abang.. pandainya isteri abang memasak.. secukup rasa.. pada hal hehehe.. dushhh..dushhh... ambik kauu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails