Friday, January 28, 2011

Penanggan limau mandrin

Salam.

Ouch .. ouch .. hari ni mama, papa dan emmy sakit perut.. rasanya sebab semalam pakat duk makan limau mandrin.. pagi tadi dah kecoh semua.. emmy tiba-tiba jer menanggis kuat tapi mata masih pejam.. lepas tu... dengar bunyi cam cirit jer.. terus bangunkan dia.. check tengok.. haaaaa.. dah belambak dalam CD.. busyukkk..

Lepas tu giliran papa dengan mama pulak.. silih ganti masuk tandas.. mujur kakak Nadya dan elly ok..

Petang ni semua dah ok.. perut terkejut kut.. limau mandrin tu ada yang manis.. ada yang masam.. kena yang manis, laju jer makan.. kena yang masam.. haaa berkerut muka nak habis..

Tapi buah limau mandrin yang kat bawah ni memang special.. tak da jual kat mana-mana pasaraya... rasa dia memang unik.. kejap manis.. kejap masam.. kejap berangin .. kejap tawar.. hahaha..

Bagaimana Nak Tahu Jantina/Sex Komputer Anda ?

Salam,...



Hey.. . korang nak tau tak... PC a.k.a Komputer yang kita gunakan skg ni pun ada jantina samada lelaki atau pompuan tau.

Nak tau macam mana ?? haa.. sila ikut camni...

langkah 1:
Buka Notepad

langkah 2:
Just copy-paste perkataan di bawah
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

langkah 3:
Simpan file tadi dengan extension .vbs (contoh jantina.vbs)

langkah 4:
Double klik file tadi. Kita akan dapat tau JANTINA melalui suara yang berbunyi I LOVE YOU


=========
Nak tau tak? pentingnya jantina komputer kita ???

sebab kalau kita ada dua komputer yang berlainan jantina, tak boleh duduk dekat.
nanti batal air semayang... HAHAHAHA !!!

P/S: ada PC yang bunyi cam pondan macam PC adik saya. PC saya for sure lelaki... sebab tu saya asyik nak lekat jer......... :)))))

Tuesday, January 25, 2011

Daya Imitasi kanak-kanak

Salam..

Selamat pagi semua...

"Daya Imitasi kanak-kanak" topik yang dibincangkan dalam WHI semalam..

Imitasi merupakan tindakan seseorang yang meniru/menyalin gaya orang lain tidak kira dari segi sikap, percakapan, penampilan serta apa jua tindakan dari individu yang lain.

Manakala, menurut wikipedia bahasa Indonesia
Imitasi atau meniru adalah suatu proses kognisi untuk melakukan tindakan maupun aksi seperti yang dilakukan oleh model dengan melibatkan indera sebagai penerima rangsang dan pemasangan kemampuan persepsi untuk mengolah informasi dari rangsang dengan kemampuan aksi untuk melakukan gerakan motorik. Proses ini melibatkan kemampuan kognisi tahap tinggi karena tidak hanya melibatkan bahasa namun juga pemahaman terhadap pemikiran orang lain.

Imitasi saat ini dipelajari dari berbagai sudut pandang ilmu seperti psikologi, neurologi, kognitif, kecerdasan buatan, studi hewan (animal study), antropologi, ekonomi, sosiologi dan filsafat. Hal ini berkaitan dengan fungsi imitasi pada pembelajaran terutama pada anak, maupun kemampuan manusia untuk berinteraksi secara sosial sampai dengan penurunan budaya pada generasi selanjutnya.
Kanak-kanak yang belajar melalui imitasi merupakan kanak-kanak yang bijak kerana pembelajaran melalui imitasi adalah lebih efektif daripada pembelajaran melalui pengajaran atau pendidikan secara langsung.

Maka ibubapa tidak perlu merasa risau seandainya anak-anak mereka selalu berimitasi sebaliknya terus memberikan galakkan dan sokongan kepada mereka tetapi dengan kawalan dan perhatian kerana kita tidak mahu anak-anak ini meniru perkara-perkara negetif yang akan memberikan kesan buruk pada tingkahlaku mereka.

Semalam elly&emmy pun berimitasi.. mereka meniru perbualan di telefon.. elly&emmy pandai menyebut perkataan "hello" kemudian berbual dalam bahasa mereka.. kemudian di akhiri dengan ucapan "bye-bye".. sangat comel gelagat diorang ni..


Jom berkongsi daya imitasi anak-anak kalian pula.. mesti menarik kannn??

Monday, January 24, 2011

Roti Jala

Salam..

Selamat petang semua..

Petang ni.. saya dan anak-anak menjamu selera dengan roti jala..

Suka... sukaaa.. sebab perut pun dah kenyang dan.. dan menjadi jugakk roti jala saya ni..

selalunya tahu makan jer.. buatnya tak pandai.. dan malas juger..



oppss.. berbalik pada entri semalam... banyak yang bertanya mengenai cara saya mengajar anak membaca.. sebenarnya banyak jugak cara yang saya gunakan.. termasuklah kad imbas.. tapi cara tu tak berapa menjadi dengan anak-anak saya.. diorang buat main jer.. koyak ler.. gigit ler.. memang susah nak tarik perhatian diorang.. meroyan jugak ler saya nak bagi diorang kenal huruf..

ok lahhh.. nanti saya cerita lagik yer.. sekarang korang jamu mata dengan roti jala saya tuu..

Sunday, January 23, 2011

Cara saya mengajar anak membaca

Salam..

Hari saya nak berkongsi teknik/cara saya mengajar Nadya membaca.. Nadya pandai membaca ketika umur 4 tahun.. tapi tidak berapa lancar..hanya tahu membaca. .. perkataan yang suku katanya seperti "ba, bu , ka, ko dan sebagainya"..perkata yang ada suku kata seperti "nya, nga, kha dan sebagainya".. dia tidak tahu tahu ..

Jadi untuk meningkatkan kelancaran dia membaca.. saya belikan dia buku cerita ini.. yang dijual di Giant dan Tesco.. harganya rm8.99 sebuah.

okkk.. apa yang bagus mengenai buku cerita ni?


Pertama buku ini dia sediakan dalam 2 versi.. itu bahasa dan english..
Buku bahasa .. perkataannya dicetak dengan hitam dan merah untuk menunjukkan suku bahasa supaya mudah dibaca.. Nadya akan membaca buku ini setiap hari.. mula-mula dia tak dapat nak bunyikan perkataan yang ada "nya, nga" tapi lama kelamaan dia sudah kenal dan tahu untuk menyebut perkataan yang ada suku kata tersebut.. sekarang dia boleh baca dengan lancar.. kalau diberikan suratkhabar pun dia sudah boleh membaca.. mungkin ada juga perkatan yang tersangkut.. yang terlalu sukar untuk di eja.. tak pa laa.. masih dalam proses pembelajaran..


Manakala buku english pulak dengan perkataan ringkas dan mudah untuk disebut...
Secara automatiknya.. bila Nadya sudah faham jalan cerita dalam bahasa jadi tidak ada masalah untuk dia faham jalan cerita dalam english.. hanya perlu terangkan perkataan tertentu sahaja.. mula-mula dia akan ikut saya membaca.. untuk menyebut setiap satu persatu perkataan tapi sekarang dia dah tahu membaca walaupun tak berapa lancar.. tapi saya nampak akan perkembangan dia ..

dan lagikk.. buku ini mengandungi 16 cerita pendek dan disertakan dengan ilustrasi yang berwarna-warni yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca..

Kawan-kawan pula macam mana mengajar anak-anak membaca??... jom kongsi pengalaman dan teknik bersama..:)

Saturday, January 22, 2011

Tat Telur

Salam..

Percubaan pertama kali buat tat telur..

Hasil dier.. boleh lahh.. untuk minum petang nanti..


Resepi dari google..

***peringatan untuk diri sendiri

filling kena kurangkan gula dan air.. bagi pekat sedikit!

Thursday, January 20, 2011

Cerita tentang anak-anak

Salam..

Selamat bercuti..

Hari ni tak der la ke mana-mana.. duduk rumah ajer.. melayan dan melihat kerenah anak-anak saja.. yang besar dengan ragamnya.. bermain, bergurau, bergaduh.. terpekik sana terpekik sini.. memang kecoh suasana.. yang kecik pulak dengan ragamnya.. panjat sana panjat sini.. bila letih.. menanggis cari mama.. nak menyusu..

Ini Elly .. kalau di agah .. cepat saja beri respon.. gelak mengekek jer.. dia memang suka gelak.. sampai bila mandi nak gosok daki pun tak boleh.. geli sangat.. tu baru gosok lenggan belum lagi gosok kat leher, ketiak mahu pun dada..

Elly juga tak kisah jika orang yang tidak dikenali mendukungnya.. dia buat muka selamber jer.. menanggis tak ... senyum pun tak.. kalau orang yang dukung pandai ambil hati dier.. jap lagik dengar laa ketawa dier..

Ini Emmy... berderai gelak tawanya bila kena agah.. tak kisah siapa yang agah .. memang dier gelak jer.. tapi kalau nak dukung dier.. memang dia tak layan.. tak suka orang yang tak dikenali mendukungnya..cam jinak-jinak merpati laa.. makan ditangan.. bila nak pegang.. emm.. hampehh.. buat orang geram jer..

Ini abang Iman dengan kakak Nadya.. budak berdua ni suka main aksi dushh.. dushh.. otomen.. sama jer ganas dier.. bergurau memang tak hingat dunia.. kasar plak tu.. kejap gaduh.. kejap baik.. main lasak sangat.. time makan kedua-duanya dah tidur lena berbantalkan paha mama..

Si Elly yang sedang didukung oleh pekerja the store..

Wednesday, January 19, 2011

Elly&Emmy sudah 17 bulan dan mereka masih minum susu ibu secara eksklusif

Salam..

Selamat pagi semua..

Alhamdulillah.. hari ni genap umur elly&emmy 1 tahun 5 bulan dan yang mengembirakan hati saya adalah .. mereka masih menyusu susu ibu secara eksklusif.. rezeki yang Allah berikan pada mereka.. susu ibu yang mengalir bagaikan sungai.. tiada hentinya.. syukur Alhamdulillah Ya Allah..
Mereka juga sihat dan cergas.. elly sudah pandai mengatur langkah.. setakat ini sudah boleh melangkah ke pelukan mama manakala emmy belum mahu berdiri dengan sendiri.. hanya menolak kerusi untuk berjalan..

Dari segi pertuturan.. sudah mula cuba mengikuti apa yang disebut.. walaupun lain jer bunyinya.. dan mereka selalu berlatih bertutur sesama sendiri.. nada bertutur tu dah ada.. tapi menggunakan bahasa baby, baby, baby ohh..

Dan paling saya suka.. bila tengok mereka dah pandai berpeluk-pelukkan sesama sendiri.. sambil memandang muka masing-masing... aaaaaaaa.. so sweettttt...

Tuesday, January 18, 2011

Kami takut mandi swimming pool..

Salam..

Selamat pagi semua..

Ini lah wajah budak yang takut nak mandi kat swimming poll.. bila mama diaorang letak kat tepi swimming pool tu.. baru jer celup-celup kaki kat dalam air.. terus mengigil ketakutan.. dan uwaaaa.. kedua-dua pasang lagu.. kuat plak tu.. akhirnya tak jadi mandi.. tengok abang ngan kakak jer..

Bila nak naik kebilik.. mama try letak diaorang kat air.. haaaaa.. suka pulak.. rasa takut dah hilang... tapi sowyyy lahhhh yang oiii.. dah lewat...

kesudahannya malam itu... kakak sibuk berlatih berenang ngan pelampung abang .. hahaha.. dia nak lepas giannn kutt..


Besok jer laa.. kakak..

Monday, January 17, 2011

Costa Rica Hotel & Apartments Port Dickson

Salam

Apakabar semua..

3 hari berholiday kat Port Dickson.. sewa apartments Costa Rica.. sebab anak-anak nak sangat mandi swimming pool.. jadi kat situ lah pilihan terbaik.. kerana apartment Costa Rica/Hotel Le Paris ada menyediakan swimming pool..

paling seronok ianya menghadap permandangan laut.. sungguh cantik..

Sewa apartment ni semalam rm3++ termasuk sarapan pagi.. terdapat 3 bilik tidur(king, queen dan 2 single bed) dan 2 toilet..

ruang tamu dengan set sofa dan tv tanpa astro..

ruang kabinet membancuh minuman dan sinki membasuh pinggan mangkuk tapi tidak sediakan dapur untuk memasak..

Permandangan yang boleh dilihat dari apartment



Sarapan pagi yang terlalu bajet.. tak banyak pilihan hidangan dan juga tidak sedappp..

tuu.. seperti yang saya katakan tadi.. kelebihan Costa Rica ni adalah .. swimming pool dan ianya menghadap laut..

Friday, January 14, 2011

Surat untuk mama

Salam..

Surat layang yang ditinggalkan untuk saya.. tepi pc.. dari kak Nadya yang sangat enjoy untuk pergi ke sekolah.. kak Nadya sudah lancar membaca.. tapi kalau menulis banyak ejaan yang salah..

dan lukisan kucing oren... yang dilukis tanpa tekap.. hobi kakak nadya yang suka melukis..

Thursday, January 13, 2011

Mama papa pulun makan cepat-cepat..

Salam..

Ini cerita budak berdua ni kat kedai makan.. diorang memang tak duduk diam.. jeless kat mama diorang yang tengah tekun menyudu dan menyedut ABC.. amboii sedap betulll... sejuk sampai meresap ke otak..

sedap betul ABC ni.. patut mama Nafira dan kak Anis suka makan..

si Elly dah geram tengok ABC.. tapi mana boleh kasi.. sejukkkk tuu.. akhirnya mamam kaki jer laa dia..

Si Emmy pulak.. dah panas montot tunggu .. dah buat macam-macam aksi.. mujur tak jatuh tergolekk.

Macam ni laa.. kalau ada anak kecik makan kat kedai... mesti diorang buat macam-macam aksi nakal... kasi makanan bekal diorang pun, dah tak layan.. kechur dengan makanan yang mama papa diorang makan plak..

Jom Berkelah Dengan Geng Kembar!!!!

Salam..

Apa kabar semua..

Ishh.. baru nak buat entri berkelah ngan kembar.. maaf yer abah auni, auni dan auni.. ini lah akibatnya kalau suka bertangguh.. dan menyibuk-yibukkan diri..

Berbalik pada entri ini " Jom Berkelah Dengan Geng Kembar" yang di anjurkan oleh abah AMRAFAHAN (Auni, Auni,Auni sikembar3) pada

Tarikh: 12 Feb 2011 (Sabtu)

Masa: 4 petang

Tempat: Taman Canselari, Presint Diplomatik Putrajaya

Tujuan gathering ini adalah untuk berkenal-kenalan secara nyata disamping mengeratkan tali silaturahim sesama blogger tidak kira mempunyai anak kembar atau tidak.. pendek kata sesiapa saja boleh join.. nak tahu syarat lebih lanjut.. klik pada banner..

Jom ramai-ramai join..boleh tengok secara live Elly&Emmy yang kecik kenit ni(hehehe.. bajet cam fofular pulak)

dah kasi tahu papa, wan, atok.. diaorang pun berminat nak join sekali .. nak tengok geng-geng kembar.. Insyaallah kalau tak ada apa-apa halangan .. papa, mama, wan, atok, kak nadya, abang iman dan kami elly&emmy akan berada si situ..

ok sekarang giliran kami nak ajak kawan-kawan..

Cikmin.. blogger yang mula-mula kenal.. sebelum kelahiran Elly&Emmy.. juga menantu Faheem

Cik Puan Nurul.. PC BF Elly&Emmy.. banyak bagi nasihat kat saya tentang BF..

Si Gorjes Syida.. satu geng ngan saya.. hehehe.. cekedingggg..

Mamalieyna.. blogger yang awal saya kenal... selalu bagi komen.. hero mama sweettt..

Mek Rose.. juga blogger yang lama saya kenal..

Mama Mika.. ingat masa mengandung dulu.. selalu mengikuti kisah mama mengandung dan bersalin Mika.. besday Elly&Emmy(19.08.09) ngan Mika(07.08.09) bulan yang sama kan??

Tuesday, January 11, 2011

Deerland Park Bukit Rengit, Lanchang, Pahang

Salam

Masih lagi cerita Janda Baik..

lepas makan kami sekeluarga meneruskan lagi perjalanan.. jauh juga tuu.. ke Deerland Park Bukit Rengit, Lanchang.. tempat tu memang menarik sekali.. sebabnya haiwan kat situ semuanya mesra dengan orang kerana telah dilatih.. korang boleh pegang.. usap-usap.. beri makan dan seterusnya.. cheese smileeeee.. dengan haiwan-haiwan tersebut..








Tiket masuk pun tak mahal.. rm6 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak.. selain dari haiwan kat dalam photo ni.. ada ular sawa dan kalau berani boleh letak kat leher untuk bergambar.. burung puyuh dan boleh kasi makan ditapak tangan, arnab, cempelai yang jugak boleh dipegang tapi berbau busuk..

Sebenarnya nak tengok gajah mandi kat kuala Gandah.. tapi hari dah lewat.. gajah sudah tido daaa.. lain kali lahh.. anak-anak pun teringin nak pergi lagik..

itu saja karangan saya untuk hari ini.. bye.. bye..

Sunday, January 9, 2011

Saufiville Resort Janda Baik

Salam..



Suka lepak kat pondok sambil bagi ikan koi makan jari.. gemok-gemok belaka ikan koi tu.. dan jinak .. siap boleh pegang lagi..


Boleh berenang kat swimming pool.. yang menghadap pemandangan bukit bukau.. air memang sejuk giler..


Ruang tamu dan sudut bacaan.. novel penuh almari..



Ada 6 bilik semuanya.. tilam memang empuk..

Cantikkann.. dan harga semalam RM1500 weekday dan RM2000 weekend..

untuk maklumat selanjutnya... sila layari SAUFIVILLE RESORT@JANDA BAIK

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails