Salam..
Minggu depan dah masuk tahun baru.. juga bermula alam persekolahan.. kelengkapan persekolahan dah siap.. buku latihan sekolah dah beli awal-awal lagik kat koperasi sekolah.. baju sekolah pun dah siap.. untuk anak perempuan.. boleh jahit sendiri baju kurung.. tapi untuk anak lelaki.. lebih baik beli yang siap saja.. sebab baju kemeja dan seluar tu, rumit nak buat.. kalau jahit tak kemas, buruk pulak.. memang tak berbaloi pulak.. hahaha silap2 rosak kain.. kasut dan beg pakai jer yang tahun ni..
Anak-anak masih lagi leka tv dan games lagik.. tidur lewat dan bangun pun lambat.. hahaha.. minggu depan baru ketawan.. termasuk laa dengan mak budak sekali .. subuh-subuh akan kecoh.. penuh dengan drama emosi ..menanggis, teriak dan leterannn..
Dan ini juga bermakna.. masa menjahit saya pun terhad.. hanya boleh menjahit di hujung minggu sahaja..