Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur

Salam..

Percutian 3hari 2 malam bersama anak-anak di Swiss Garden Residences Kuala Lumpur.. hehehe biar betul... duduk di putrajaya tapi tidur hotel kat kuala lumpur..

emm.. betul.. betul.. betulll..

Bilik studio, kecik giler.. katil king size.. tapi lengkap dengan freezer, kettle, hair dryer, peti keselamatan, LCD tv, seterika dan papan seterika... RM388 sehari tidak termasuk sarapan pagi..mahal kan.. tu laa.. hotel 4 bintang.. banyak pelangcong asing..



Waktu malam bawak anak-anak pergi jalan kat Bukit Bintang.. peluh jugak ketiak masa menapak tu.. dukung budak kembar lagik sambil meredah orang ramai.. eee.. tak sukaaa..

Lepak sekejap sambil tengok artis jalanan mendendangkan muzik dari lagu-lagu popular ABBA, spice girl, kitaro dan hentah apa2 lagik..

Jumpa banyak orang patung yang merlip merlap..goldenman, silverman, maroonman.. tapi tak ambik gambar pun.. sebab dak kembar ni.. tengokk dah nanggiss..

Bila balik kat hotel.. suami asyik pasang video klip Aizat Sungai Lui.. gara-gara nampak goldenman..




PSS..

Sebenarnya percutian di hotel ini adalah free.. salah satu cara untuk mempromosikan pakej pelancongan.. hehehe..apa kejadah kann.. nak duk hotel kat kuala lumpur.. baik tido kat rumah sendiri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails