Kurun Najwa

Kebuasan Tidur

Salam..

Selamat pagi semua.. bersiaran secara langsung dari kerusi empuk Putrajaya dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dari kipas meja setting no 1.. heee..

Si kembar masih lagi dibuai mimpi.. sambung semula cerita mimpi yang terganggu semalam akibat dari kehausan tekak lalu terjaga dan mencari susu .. iaitu mencari mama dia.. lalu menghimpit dan berebut untuk menyusu.. masih lagik haus.. botol air pulak yang mereka cari... begitu lah setiap malam..

Dan sekarang mereka tidur dengan begitu nyenyak dan buas sekali.. mengolek dan tergolek sehingga tidak cukup tilam.. tidak sedar walaupun kedengaran bunyi kapal terbang yang memecah ruang udara bila sekali sekala melintasi rumah..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails