Salam..
Percutian bersama keluarga 3 hari 2 malam di Golden Straits Villas Resort Port Dickson.. sebab anak-anak nak berenang kat swimming pool.. maka situ merupakan pilihan yang tepat..
Sehari RM275 termasuk sarapan pagi.. tapi bedfesnya terlalu bajet hanya ada nasi goreng, bihun sup dan roti sahaja.. minuman teh dan kopi sahaja... anak-anak memang tak kisah.. sebab diorang nak main air jer.. tapi mak budak sangat frust giler sebab tak dapat bedfes lama2.. tak dapat nak jalankan aktiviti angkut mengankut makanan..
Ada 3 bilik .. master bedroom katil queen, toilet kat dalam bilik.. bilik kedua katil queen juga dan bilik ketiga single bed, ada 2 buah katil.. bilik kedua dan ketiga kongsi toilet kat luar.. bahagian dapur hanya ada kabinet dapur sahaja dengan 4 bijik gelas dan 2 bijik cawan, kettle, freezer dan sinki.. amaran keras tak boleh memasak..
Sampai jer.. terus budak berdua ni terjun kolam.. memang tak ada orang lain.. jadik kolam tu diorang lah punya masa tuu..
Budak kembar ni mengintai dari balkoni jer.. tingkat 2.. lewat petang baru kasi diorang mandi sama.. tapi sekejap jer.. sebab budak kecik ni tak tahan sejuk.. mengigil macam nak tercabut tulang.. kesian tengok..
Master bedroom.. bilik saya laa tuu..
Bilik 3.. single bed..
Bilik 2.. my MIL
Ruang tamu