Cubaan pertama Patchwork

Salam

Saja nak cuba projek patchwork ni.. potong kain kecik-kecik lepas tu jahit semula.. susun mengikut kreativiti.. memang sangat besss projek ni..

Perkara yang paling penting adalah ketepatan ketika memotong kain dan juga ketepatan bucu-bucu ketika mencantum kain-kain kecik itu.. baru menampakkan hasil yang kemas dan cantik.. tapi ini lah yang saya gagal.. totally gagallll.. antara seribu alasan tu adalah..

Potong kain menggunakan gunting.. sepatutnya mesti menggunakan set rotary cutter baru mendapat saiz dan potongan yang tepat..




Akibat daripada kain yang dipotong tidak bergitu tepat.. maka kain-kain kecik yang dijahit itu tidak mendapat susunan bucu yang tepat.. maka hasil pun tak comel..




Berlaku kekeliruan ketika menyusun kain kecik untuk dijahit .. maka terhasillah susunan yang berterabur.. akibat daripada tidak catat pada kertas dulu..





Kesimpulannya.. perlu banyak latihan lagik.. dan set rotary cutter adalah wajib untuk kerja patchwork.. tapi harganya.. mak datin.. comel betulll.. boleh bikin suami saya tak hadam makan untuk seminggu.. heee..

dan juga..gangguan dari tenaga kerja yang tak diperlukan :PPP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails