Saya nak jadi seorang SMOCKER

Salam

Selamat pagi kawan-kawan sekalian.. Semoga kalian sentiasa ceria dan sihat selalu.. :)

Saya sekarang tengah belajar smocking.. smocking ni tak keluar asap tauuu..tapi tetap memberikan satu ketagihan dan kepuasan..

SMOCKING yang dimaksudkan adalah.. hehehe.. merupakan satu jahitan..kuang..kuanggg..

Belajar dengan bergurukan Youtube dan blog-blog sahaja.. sebab buku yang diorder belum sampai lagik.. tension saya..

Jom tengok hasil dari latihan saya..

latihan1
latihan2
latihan3
latihan4
Tunggu hasil smocking untuk baju budak berdua ni nanti :)

Golden Straits Villas Resort Port Dickson

Salam..

Percutian bersama keluarga 3 hari 2 malam di Golden Straits Villas Resort Port Dickson.. sebab anak-anak nak berenang kat swimming pool.. maka situ merupakan pilihan yang tepat..

Sehari RM275 termasuk sarapan pagi.. tapi bedfesnya terlalu bajet hanya ada nasi goreng, bihun sup dan roti sahaja.. minuman teh dan kopi sahaja... anak-anak memang tak kisah.. sebab diorang nak main air jer.. tapi mak budak sangat frust giler sebab tak dapat bedfes lama2.. tak dapat nak jalankan aktiviti angkut mengankut makanan..

Ada 3 bilik .. master bedroom katil queen, toilet kat dalam bilik.. bilik kedua katil queen juga dan bilik ketiga single bed, ada 2 buah katil.. bilik kedua dan ketiga kongsi toilet kat luar.. bahagian dapur hanya ada kabinet dapur sahaja dengan 4 bijik gelas dan 2 bijik cawan, kettle, freezer dan sinki.. amaran keras tak boleh memasak..

Sampai jer.. terus budak berdua ni terjun kolam.. memang tak ada orang lain.. jadik kolam tu diorang lah punya masa tuu..

Budak kembar ni mengintai dari balkoni jer.. tingkat 2.. lewat petang baru kasi diorang mandi sama.. tapi sekejap jer.. sebab budak kecik ni tak tahan sejuk.. mengigil macam nak tercabut tulang.. kesian tengok..
Master bedroom.. bilik saya laa tuu..

Bilik 3.. single bed..

Bilik 2.. my MIL

Ruang tamu

Potongan RM10 untuk Baju Elly&Emmy

Salam

Untuk sesiapa yang berminat untuk membeli hasil jahitan saya.. sila berkunjung ke Baju Elly&Emmy.. potongan harga sebanyak RM10 untuk setiap helai baju yang available.. sila rebut perluang ini.. sangat murah.. berbaloi untuk penjimatan wang anda..

Projek Recycle : Seluar Ali Baba

Salam..

Untuk projek recycle kali ini adalah seluar potongan Ali Baba.. seluar potongan besar yang dijahitkan getah pada hujung kaki seluar.. supaya nampak kembong bila dipakai..

Material yang digunakan adalah daripada baju Batik Bali .. kain yang lembut dan lembik.. memang sangat selesa dipakai..

Sehelai baju dapat sehelai seluar ..


Anak skodeng emak..

Salam..

Tajuk entri sangat panass.. kalau yang ada gejala otak biru, mesti terpikir yang bukan-bukan.. nak-nak yang mengoggel permasalah tersebut.. eeee..

Kejadian yang sangat memalukan ini telah berlaku pada diri saya.. heee... inilah akibatnya kalau pakai kain batik sarong kat umah.. memang akan menjadi mangsa pencabulan oleh anak sendiri ;P

Akibat daripada saya leka duk ambik gambar si kembar ni.. sedar-sedar sorang telah hilang... rupa-rupanya, dia dah masuk dalam kain sarung mama dia..

Inilah orang yang skodeng mama dia.. lagik..lagikkk.. si Emmy.. memang nakal sungguh dak teciik nii..

Projek recycle: Skirt Jeans

Salam..

Projek recycle kali ini adalah.. skirt jeanns yang ringkas... untuk mencomelkan skirt tersebut.. boleh jahit sulaman bunga, tampal felt, reben, butang dan sebagainya.. mengikut kreativiti masing-masing..

Material terpakai adalah dari pada seluar jeans papa.. hehehe.. dah koyak bontut..

sebelah kaki seluar dapat sehelai skirt..




Emmy si anak kucing

Salam..

Macam-macam ragam si kembar niii.. aksi spontan minggu ini ..

adalahh.. teng.. teng .. tengggg..

Si emmy yang tido dengan comel sekali.. dan paling bess.. tempat yang menjadi pilihan dia.. hehehe.. macam anak kucing pulak dia niii.. emmy.. emmy.. meow.. meoww..


Cubaan pertama Patchwork

Salam

Saja nak cuba projek patchwork ni.. potong kain kecik-kecik lepas tu jahit semula.. susun mengikut kreativiti.. memang sangat besss projek ni..

Perkara yang paling penting adalah ketepatan ketika memotong kain dan juga ketepatan bucu-bucu ketika mencantum kain-kain kecik itu.. baru menampakkan hasil yang kemas dan cantik.. tapi ini lah yang saya gagal.. totally gagallll.. antara seribu alasan tu adalah..

Potong kain menggunakan gunting.. sepatutnya mesti menggunakan set rotary cutter baru mendapat saiz dan potongan yang tepat..




Akibat daripada kain yang dipotong tidak bergitu tepat.. maka kain-kain kecik yang dijahit itu tidak mendapat susunan bucu yang tepat.. maka hasil pun tak comel..




Berlaku kekeliruan ketika menyusun kain kecik untuk dijahit .. maka terhasillah susunan yang berterabur.. akibat daripada tidak catat pada kertas dulu..





Kesimpulannya.. perlu banyak latihan lagik.. dan set rotary cutter adalah wajib untuk kerja patchwork.. tapi harganya.. mak datin.. comel betulll.. boleh bikin suami saya tak hadam makan untuk seminggu.. heee..

dan juga..gangguan dari tenaga kerja yang tak diperlukan :PPP

Kebuasan Tidur

Salam..

Selamat pagi semua.. bersiaran secara langsung dari kerusi empuk Putrajaya dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dari kipas meja setting no 1.. heee..

Si kembar masih lagi dibuai mimpi.. sambung semula cerita mimpi yang terganggu semalam akibat dari kehausan tekak lalu terjaga dan mencari susu .. iaitu mencari mama dia.. lalu menghimpit dan berebut untuk menyusu.. masih lagik haus.. botol air pulak yang mereka cari... begitu lah setiap malam..

Dan sekarang mereka tidur dengan begitu nyenyak dan buas sekali.. mengolek dan tergolek sehingga tidak cukup tilam.. tidak sedar walaupun kedengaran bunyi kapal terbang yang memecah ruang udara bila sekali sekala melintasi rumah..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails