Blog Jahitan Saya

Salam..

Jemput ke blog jahitan saya.. yang baru dibina.. (cam bina umah banglow pulak)..

Setiap projek jahitan yang sudah siap akan di upload..

Sesiapa yang berminat.. boleh mendapatkannya.. harga sangat berpatutan..

Klik pada pic..

Penyusuan susu ibu secara eksklusif sudah 14 bulan

Salam..

hai. hai semua.. budak tecik dah muncul kembali setelah seminggu tak buat nakal kat sini.. tiada aktiviti berblog .. dak tecik hanya duk menyibuk kacau mama sana sini.. panjat segala benda yang ada.. sepah segala kain baju yang dah berlipat.. koyak buku sana sini.. hempas kuat-kuat segala remote yang ada.. fuhh... bahagia betul hidup dak tecik.. yang sakit paler.. tentu laa. mama ngan papa dier.. semak umah.. jahanam semua harta benda.. haduiii..

Tapi tak kisah laa.. dah memang gitu perangai budak kecik kann.. mestilah nakal .. itu tandanya mereka membesar dengan normal.. sihat dan aktif..

Sekarang budak kecik berdua ni dah berusia 14 bulan.. iaitu 1 tahun 2 bulan.. ini bermakna mereka juga menyusu susu ibu secara eksklusif selama 14 bulan.. tidak campur dengan susu formula..

Alhamdulillah.. semoga mereka terus dimurahkan rezeki dengan susu ibu.. supaya kedua-duanya dapat menyusu sehingga berusia 2tahun.. Aminn..

Ini dia.. budak yang suka off pc saya

Salam..

Budak yang suka main off..on .. off.. on .. PC saya.. haiii memang dia nak arwahkan PC mama dia..
dah tak boleh letak CPU atas lantai.. sekarang ni dah angkut letak atas meja.. terus jadik sesak meja..

meh kiter tengok aksi gatal tangan si budak kecik yang nakal tu..



Emmy dengan Mazween

Salam..

Semalam anak angkat makcik sebelah umah datang main-main dengan Emmy.. masa tu Elly dah tido.. kalau tak mesti kecoh jadiknya.. lama jugak diorang berborak-borak.. antara perbualan yang saya faham.. lebih kurang lerr..




Bila Mazween balik.. Emmy terus nanggis.. nak ikut juga..

Sponge Bob ada dimana-mana

Salam..

Dilukis oleh Nadya budak yang umur belum cukup 6 tahun..

Jom layan..




Suka mengigit

Salam..

Selamat pagi semua..

Suka mengigit? Agaknya siapa yang suka mengigit.. Elly ker Emmy?.. sebenarnya kedua-dua suka mengigit.. tapi Elly lebih hebat lagik gigitannya sebab dia dah ada 4 batang gigi... Emmy baru ada 2 batang gigi.. masih malu-malu nak keluar..



Gelagat diorang yang kelakar semalam.. masa saya sedang suap mereka makan.. tiba-tiba Emmy ternampak sebutir nasik kat dagu Elly.. lalu Emmy cuba masukkan nasik tersebut dalam mulut Elly.. tapi bukan nasik yang masuk sebaliknya jari kecik dia yang masuk.. apa lagi elly pun menggigit jari Emmy.. sebab tak rasa sakit Emmy ketawa dan memasukkan lagik jarinya ke dalam mulut Elly dan ketawa suka .. kali ketiga dia masukkan jarinya.. kali ni Elly dah naik minyak dengan gelagat Emmy lalu dia pun mengigit dengan kuat jari Emmy.. apa lagiii.. Emmy pun uwaaaaaaaaaaaaaaa.. tapi lepas tu ok semula..

Keyword paling panjang untuk hari ni

Salam..

Jap nak gelak besar dulu..Hahahahahaha.... keyword panjang.. tajuk pun panjang juga..
jom kiter tengok, apakah keyword iteww..

okkk.. sebelum baca sila tarik nafas panjang duluuu
"penat berjalan mengandung kembar perutku besar sungguh"

fuhhh fenin kepalaku jua untuk memahami ayat ni.. sungguh tunggang langgang..

tapi tak kisah laa apa pun.. untuk pengetahuan orang men google ayat yang panjang itu.. maka ini jawapan dari pengalaman saya..
semasa saya mengandungkan kembar si Elly dan Emmy.. perut saya tidak besar.. kecil jer macam mengandung sorang jer.. sebab saya jenis yang kurus dan berat badan tak naik banyak.. ikut orang juga lahh.. masa berjalan tu tak der la penat sangat.. biasa-biasa jer.. tapi kalau lari memang penat giler.. ehh saya pun dah feninn..
ada jugak yang mencari perkataan yang dibulatkan itewww.. eeee...gatal sungguh kamooo

Gigi sihat putih menawan

Salam..

Selamat pagi semua..
Hari ni saya nak berkongsi tip dan pertua untuk memutihkan gigi serta mengatasi masalah sakit gigi yang di amalkan oleh orang-orang lama..


Memutihkan gigi
Terdapat beberapa cara yang di amalkan untuk memutihkan gigi. Di antaranya adalah

* Ambil biji asam jawa dan goreng tanpa menggunakan minyak sehingga kering. Kemudian tumbuk biji asam jawa tersebut sehingga menjadi serbuk. Gosokkan serbuk tersebut pada gigi. Amalkan selalu dan hasilnya gigi akan kelihatan bersih dan putih berseri.

* Ambil 2 biji pinang tua yang kering dan bakar sehingga menjadi arang. Kemudian tumbuk pinang tersebut sehingga menjadi serbuk. Gosokan serbuk tersebut pada gigi dan dibiarkan seketika. Selepas itu barulah dicuci dengan air.

* Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.

* Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

* Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi.

* Ambil kulit manggis dan bakar. Kemudian tumbuk sehingga halus. Gosokkan pada gigi.

Sakit gigi berlubang
Antara pertuanya adalah

* Cara yang paling cepat untuk menghilangkan rasa sakit ialah dengan menyumbat serbuk bunga cengkih yang telah ditumbuk halus pada gigi berlubang.

* Tumbuk sirih yang dicampur sedikit kapur kemudian letakkan pada gigi yang sakit. Rasa sakit akan berkurangan.

* Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di atas daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

* Tempelkan gigi berlubang dengan hirisan bawang putih. Kemudian dibiarkan selama 1 jam.

* Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Kemudian tumbuk sehingga separuh hancur. Selepas itu masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.

Sakit Gigi Geraham Bongsu
* Panaskan air,garam dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Ke zoo?

Salam

Selamat pagi semua? Dah sarapan ker belum? kami dahhh.. minum susu mama..

Alkisah budak ni semalam.. ajak mama ke zoo nak tengok haiwan liar.. kalau boleh nak main pegang-pegang sekali.. biar betul..tengah-tengah malam buta ni.. haiwan pun dah tido.. tapi oleh kerana sayang punya pasal.. saya dan suami pun layan kehendak mereka.. perjalanan fuhhh.. memang memenatkan...
Sampai jer kat zoo.. budak-budak niiii suka giler.. happy tak hingat donia..main sampai tak ingat nak tido..bukan setakat tengok jer.. diorang siap pegang lagik haiwan-haiwan tu.. emmy suka pegang hipo.. dan yang bes nyer hipo ni pandai bercakap..bukan tu jer.. ular, harimau, puma, orang utan dan mantis jugak menunjukkan kehebatan masing-masing.. sampai ternganga mulut budak-budak ni tengok..

dan satu lagikk..haiwan-haiwan ni memang pandai berkungfu..apaaa???..tak caya?? kalu tak caya tengok kat bawah tu..

"

"

"

"

"

"


hehehe.. zoo atas tilam jerr.. jangan marahhh..

pss..ular tu memang cun .. muka cam Diana Rafar.. tang mata dier kut..

kami sedang berseksi

Salam..

petang semua.. dah mandi ker belum???.. apa?? belumm??? patut laa bau busuk sampai kat sini..

okk..jom itut kami pi mandi..
sebelum tu nak kasi posing maut sikit.. hehehe.. seksi abis niii.. sampai mama terpaksa blur gambar tu..


Minyak lemak ayam

Salam..

Selamat pagi semua..

Hari ni saya nak berkongsi tentang kebaikkan minyak lemak ayam... korang pernah dengar tak tentang minyak lemak ayam ni.. kalau tak.. meh saya nak kasi tau..

okkk.. minyak lemak ayam ni.. korang kena buat sendiri tauuu.. tak der jual kat mana-mana kedai minyak..

bau busukk??.. korang jangan risau.. minyak lemak ayam ni tak der bau apa-apa dan jugak tidak melekit..


cam mana nak buat???
mula-mula korang mestilah kumpul lemak-lemak ayam (yang lembek kuning-kuning tuu)... kumpul banyak lemak tu.. baru boleh dapat banyak minyak.. ayam pulak tak kisah ayam apa pun.. ayam kampung ker.. ayam bandar ker.. ayam dara ker.. ayam jantan ker... semua boleh.. janji ayam noooo..

setelah lemak-lemak itu dibersikan dan disejat air nya.. letakkan dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sambil dikacau.. masak sehingga semua lemak tersebut pecah menjadi minyak.. kemudian boleh laaa korang tapis dan simpan dalam botol..

okkk dah siap..

sekarang saya nak bagi tau.. kebaikkan minyak lemak ayam ni..
kegunaannya adalah untuk disapukan pada kulit yang terkena percikan minyak panas ketika mengoreng.. bila terkena jer minyak panas tu.. korang jangan basuh ngan air tapi korang terus jer sapu minyak lemak ayam ni.. letak banyak-banyak.. Insyaallah memang tak kan lepuh dan mengelembong bahagian kulit yang terkena minyak panas tu.. esok lusa tulat tungging.. kulit itu akan kering dan mengelupas sendiri nya.. tak kan ada parut nyer..

tak percaya??.. sila percaya.. sebab saya dah amalkan sejak zaman anak dara lagik..kat dapur mesti ada minyak lemak ayam ni.. biasa laa.. masa mengoreng tuuuu.. letupan tidak dijangka..

ok tuuu jer.. bye.. bye.

Mesyuarat tangga

Salam..

Amacam??.. Hari ni.. ada rasa lemau dan liat-liat tak badan tuu masa bangun tido pagi tadi.. hehehe.. biasa laa.. hari Isnin kannn.. masih di awang-awangan lagik.. fuhh kalau cam tu.. cepat check akaun nuffnang.. tengok baper dah masyuk..

tapi bagi budak tecik macam kami ni.. tidak ada hari yang membosankan.. bangun tido jer.. terus nak buat aktiviti baru.. tak kira laa .. aktiviti apa.. yang penting kami seronok.. Bahaya?? kami tak tahu lagik apa itu bahaya.. jadik mama kena laa sentiasa mengawasi kami..

selalu nya tempat yang kami suka lepak sambil bermesyuarat ialah kat tangga.. memang bes kat situ.. duduk jer kat tangga tu.. akal datang mencurah-curah untuk buat segala kenakalan dan kegedikan kami.. tak caya?? sila cubaaa.. mesti mai nyer akal tuu..



Payudara sihat dan cantik mengoda

Salam..

Hari ini, saya nak berkongsi info yang sangat berguna dengan kaum hawa diluar sana.. tentang penjagaan aset kita yang sangat berharga iaitu payudara..



Mencantikkan Payu Dara

* Panaskan dua sudu minyak sapi dengan menggunakan api yang kecil dan kemudian sejukkannya. Setelah itu, sapukan pada sekeliling payu dara dengan urutan secara perlahan-lahan selama 15 minit. Kemudian lap sehingga bersih menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air suam.

* Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekeliling payu dara dan jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Menegangkan Payu Dara

* Bagi ibu-ibu yang menyusu anak,mereka merasa bimbang dan takut payudara akan menjadi kendur. Terdapat cara untuk mengatasi masalah itu dengan mengamalkan petua ini.

* Mula-mula, sapukan minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.Kemudian daun sirih tersebut di layak atas api kecil. Apabila sudah layu, ramas daun sirih sehingga lumat dan sapukan pada sekeliling payu dara. Jangan terkena pada bahagian puting. Lakukan sehingga 3 hari berturut-turut. Insyaallah payu dara anda akan kembali tegang.


Payu Dara Membengkak

* Bersihkan daun kacang panjang dan daun sirih. Kemudian ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada payu dara. Lakukan secara berulang-ulang kali sehingga kering. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih.

Keyword nuffnang untuk hari ini

Salam..

Selamat petang??
Fuhhh.. nak hujan laaa.. cepat angkat jemuran di ampaiannn.. nanti basah segala anak-anak sotong iteww..

Hehehe.. ada juga benda yang macam ni orang cari yerr.. "cara hisap buah dada".. kalau kaum ibu yang sibuk mencari.. tak per laa.. mungkin diorang tengah belajar cara nak susukan anak dengan betul .. tapi kalau sebalik nyerr.. heee.. blue sungguh otak tuuu..


Untuk pengetahuan... kat sini memang banyak entri yang menggunakan perkataan "hisap".. tapi bukan yang ada makna blue-blue tu yerr.. disini dak tecik hisap susu ibu..

Merawat ketiak busuk

Salam..

Ketiak sapa yang wangiii ?? sila angkat tangan.. hehehe.. tipuuu .. mana ada ketiak orang tua wangi.. mesti ada jugakk busuk nya.. mungkin tahap kebusukan tuu berlainan untuk setiap individu.. yang pasti mesti ada bau nyaa.. kecuali ketiak kitarong ni.. sentiasa wangiii.. sebab kitaorang masih budak tecik.. tak der lagik hormon untuk ketiak busuk.. tak caya.. mehh cium ketiak kami... emmm wangiiii...ketiak artis pun kalahhh..


Sebenarnya tak susah nak hilangkan bau ketiak busuk ni.. bergantung kepada kerajinan untuk menjaga kebersihan diri.. sebab dah berlambak produk untuk merawat ketiak busuk dipasaran.. siap duit dan cuba yang mana bersesuaian dengan ketiak masing-masing.. tapi kalau dah setiap produk yang dibeli tak berjalan jugak.. emm boleh cuba beberapa petua orang dulu-dulu.. lebih jimat bajet.. tapi kena rajin laa.. kalau setakat sekali cuba jaaa.. memang tak nampak hasil..
* Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.

* Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.

* Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

* Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.

* Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

* Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.

* Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.

pss... cara yang paling senang dan cepat.. yang mama selalu lakukan adalah dengan menyental limau purut pada ketiak.. belah dua dan gosokan pada ketiak.. lakukan seminggu 2 kali.. Insyaallah.. lama kelamaan.. hilang laa bau tengit ketiak tu.. yang penting kena rajin amalkan.. baru nampak hasil..

Sweet & Cute Baby ‘Exploration Time’ Contest

Salam..

Selamat petang semua..
Mood nak berkontes dah mai balikkk..
cewahh.. cewahhh.. menang kalah itu belakang kira..
yang penting kita meriahkan kontes sesama kengkawang blogger.. betul tak??

kontes yang pertama kali nya.. di anjurkan oleh mamalieyna..

Budak berdua ni memang sangatttttttttt sukaaaaaaaaaa memanjat.. aktiviti wajib setiap hari.. setiap hari ada jer benda baru yang diorang cuba nak panjat.. panjat tangga, panjat walker, panjat kotak, panjat meja kopi, panjat katil dannn panjat pokok.. hehehe acah jerrr..kalau mama baring.. dua-dua naik buat kuda.. hadoiii..

Wan Emmy Hakim Dan Wan Elly Hakim
1 Tahun 1Bulan

Ni time kalau mama duk menghadap komputer.. diorang memang gelisah giler.. cari jalan nak join sama.. bergayut kat kaki pun juga.. kadang-kadang tengah mama duk BW.. diorang off jer komputer tuuuu.. terus shut down.. kalau mama riba diorang.. memang tak sempat mama nak taip.. tangan diorang pulak yang lebih laju.. abis nya diketuknya keyboard tu.. sampai setting kat komputer tu boleh ter adjust..

Kenakalan diorang ni bukan bila berdua-duaan jer.. sorang pun menjadi.. ni haaa.. si Emmy adik bushyuk.. suka sangat panjat masuk dalam laci kabinet TV.. memang ngam-ngam laci tu dengan dia.. tak boleh laa nak simpan apa-apa benda kat dalam tu.. nanti abis dia pekerjakan..

okkk tuu jer laa citer nyer akan kenakalan budak berdua niii...

Merawat tumit kaki yang merekah

Salam..

Masalah tumit merekah berpunca daripada proses xerosis, iaitu kekeringan kulit yang keterlaluan. Ia menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis halus.

Pada peringkat awal, garis pecah yang halus ini tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kurang cantik dipandang.

Namun jika tidak diberikan rawatan, rekahan halus ini akan menjadi semakin besar dan panjang membentuk kalus (kulit lebih tebal). Tanpa disedari, rekahan di bawah kalus ini boleh menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit apabila berjalan.

Masalah akan menjadi lebih teruk jika rekahan ini 'pecah' dan berdarah kerana ia mudah mendapat jangkitan. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah.

Antaranya ialah
* Merendamkan kaki dalam air suam selama 10 - 15 minit. Selepas itu , gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan.Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci.
* Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.
* Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.
* Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
* Boleh juga menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya menanpakkan hasilnya.

Kematu di Tumit Kaki
* Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
* Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Potongan rambut mengikut kesesuaian bentuk badan

Salam

Jom berkongsi tip untuk memilih potongan rambut yang sesuai ngan bentuk badan..

Selain usia dan bentuk wajah, bentuk tubuh juga perlu diperhatikan saat ingin bertemu pendandan rambut. Tidak semua orang sesuai berambut panjang dan tidak semua orang juga sesuai berimej ranggi melalui potongan rambut pendek.

Tubuh kurus
* Potongan rambut seharusnya dapat memperlihatkan wajah kelihatan berisi. Untuk tampil feminin, rambut paras bahu, berombak dan dipotong layer sesuai untuk mereka bertubuh kurus. Bagaimanapun, elakkan menggayakan rambut panjang lurus kerana ia akan membuatkan anda lebih kurus. Rambut pendek pula membuatkan anda kelihatan lebih maskulin.

Tubuh gemuk
* Rambut yang tidak terlalu panjang (melepasi bahu) dengan layer pada sisi kiri dan kanan rambut boleh membuatkan anda kelihatan kecil. Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting dan bergelombang kerana ia membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar.

Tubuh kecil atau mungil
* Rambut lurus yang halus sesuai dengan anda. Panjang rambut tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Rambut pendek dengan layer dan gelombang pada bahagian atas kepala juga sesuai.

Tubuh tinggi
* Mungkin mereka bertubuh tinggi tidak menghadapi sebarang masalah untuk menggayakan apa juga gaya rambut. Gaya rambut berombak dan beralun semula jadi boleh merubah penampilan anda kelihatan feminin.

Akal baru lepas demam

Salam..

Apakhabar semua?..
Semoga sihat dan ceria selalu yerr..

Betul laaa.. cakap orang dulu-dulu... budak kecik kalau demam mesti nak dapat akal baru niiii.. hahaha.. hasil nya.. kakak Elly ni pun dah dapat akal baru tauu.. pening paler mama dier..

nak tau akal aper?.. tuuuuu.. sila tengok gambar tuuu..

fuhhh.. Elly .. sekarang ni.. kalau tak nampak kelibat mama..terutamanya masa bangun tidur.. haaa.. nanggis dier.. bergegar umah.. siap ngan kaki tangan bersilat bagaikan.. memang tak makan pujuk dah.. ni kiranya time Elly laaa..

Emmy pun kadang-kadang menjadi jugak... tapi syukur laa.. tak dua-dua sekali.. kalau takkk.. hiii.. boleh meracau jugak mama dier nii..

Emmy ni lepas demam.. nampak lebih berani sikit.. bila dah berdiri pegang benda.. dier dah boleh duduk sendiri... kalau dulu dier nanggis takut jatuh.. kena tolong duduk kan.. sekarang dah boleh berdiri dan duduk balik tanpa bantuan mama.. hanya dengan pegang objek disekelilingnya jerr..

Bunga untuk mama

salam..

masa kat CH.. mama duk kat bilik jer.. alasan nyer malas nak bawak kami jalan-jalan.. tak nak berhujan paler takut demammm.. tapi sebenar nyer, mama nak lepak kat katil jer.. layan tv.. hampehhh tull..

masa papa balik ke bilik.. dia bawak bunga kat mama.. tuuuu.. bunga kat bawah tuu..


terkejut tau tengokkk.. bukan sejambak.. bukan sebakul.. tapi sebaldi bunga.. tak caya.. hehehe.. sila percaya..


pss...aiii papa..nak suruh mama mandi bunga ker?

Equatorial Cameron Highlans

Salam..

Apakhabar semuaa???..

Kami dah sihat dahh??.. setelah dibawa berjalan-jalan kat Cameron Highlands.. menikmati cuaca sejuk berkabus pada waktu malam dan pagi.. panas suam pada waktu tengahari dan hujan bukit pada waktu petang.. percutian yang menyeronokkan ini ditaja oleh wan..

Kami bermalam di hotel Equatorial selama 3 hari 2 malam.. wan ambik bilik yang bersebelahan.. boleh bukak pintu kat dalam tuuu.. makaaa.. kecoh laaa.. keadaan didalam bilik tu.. bila semua berkumpul.. abang iman ngan kak Nadya .. asyik duk melompat atas katil... bilik dah jadik macam tongkang terbalik..

Pemandangan dari bilik hotel tingkat 6.. pemandangan kat CH ni memang hangcusss.. sebab banyak sangat tanah yang telah diteroka untuk pembangunan dan pertanian.. keadaan kat CH ni dah mampat dan sedat.. cam ikan sardin dalam tin..

Dalam bilik.. tempat yang paling Elly suka... panjat kat meja tepi katil.. dia akan duk kat situ tak kira bila masa.. ada jer dia terconggok kat meja tu.. sambil layan tv..

Si Emmy pulak... tempat kesukaan dia.. depan cermin tepi bilik air.. suka sangat dia duk tengok muka dia kat cermin tu.. abis menyembur air liur dia kat cermin tu... geram sangattt..

Mama bebudak ni mula... suka lepak depan TV sambil makan buah strawberi..


memang tak jalan mana-mana.. malas sangattt.. dengan cuaca yang hujan renyai-renyai tu.. atok, wan dan papa jer yang rajin nak jalan sana sini.. pas tu beli makanan banyak-banyak untuk mama yang sedang bertapa kat dalam bilik tuuu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails