Amy Search diperintah bayar RM18,000

Salam

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penyanyi Amy Search membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang melecur akibat terkena tomyam panas di Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.

Hakim Sabariah Othman memutuskan bahawa sebagai majikan, Amy boleh dipertanggungjawabkan apabila kecuaian dilakukan oleh pekerja ketika dalam tugas. Metro

Senyum untuk semua

Salam..

Selamat pagi semua..

Jom hiasi hari Jumaat yang mulia ini dengan senyuman... senyuman yang suci murni dari hati.. semoga terpancar cahaya keimanan dan kebahagian di mata..

Bonus untuk hari ni.. jom tengok senyuman adik yang susah sangat nak senyum bila berhadapan dengan kamera..

Hehehe.. bye.. bye

Anak dara yang kuat merajuk

Salam..

Anak dara saya ni.. si Nadya.. akhir-akhir ni kuat merajuk.. kalau merajuk habis segala barang mainan terbang.. tapi tak kesah laa .. barang mainan dia.. kalau rosak... senang terus boleh masuk tong sampah.. tak payah nak teruk kena kutip kemas segalanya... hehehe jangan barang mama ngan papa yang melayang dah lerr.. kan ada yang makan penampar terbang..

Jom tengok budak kuat majuk ni buat apa kat muka dia..

Nampak tak? Merah kat bahagian mulut tu.. Mana tak nyer .. dia pi kepam gelas kat mulut.. sedut itik punya teknik.. hasilnya mulut dia pun jadi kembang.. terkejut jugak masa saya tengok muka dia.. ingatkan kena apa.. lepas tu terus gelak jer..

Hehehe.. gamuk la budak ni.. habis terbang barang mainan... nak sentuh barang mama tak berani.. main kutuk-kutuk jer.. cakap kamera mama buruk laa..

kesudahannya.. kamera pun merajuk jugak.. tangkap gambar Nadya jadi muka hantu... dia tengok pun takut.. hehehe..ingat dia sorang jer tahu merajuk.. kalau mama merajuk.. tak tahu laaa..

Biskut gula ising aka biskut cotek

Salam..

Siapa suka makan biskut kecik ni? Sila klik iklan saya.. hehehe..

Biskut kecik yang sangat popular sejak zaman kanak-kanak lagik.. dikenali dengan banyak nama panggilan.. biskut gula ising, biskut gula, biskut butang, biskut warna-warni, biskut bunga, biskut cotek ...

Masa kecik saya panggil dia.. biskut bijik asam... sebab tengah makan biskut ni sambil tolong mak kopek asam... nak makan pun kena ada stail.. mula pilih warna yang digemari.. tentu lah warna pink.. laju jer makan. .. ngap tang gula dulu.. fuh nikmat bila gula ising tu cair dalam mulut..

Susah juga sekarang nak beli biskut ni.. ada kat kedai tertentu jer.. harga sekilo sekarang sudah 13 inggit.. fuhhh.. mahal yer.. melambung naikk..

Kakak dah boleh duduk

Salam..

Semalam bila saya tengok kat play pan tu.. hehehe.. kakak dah duduk.. sambil duk tersenggih... suka hati laa tu... usaha dia nak duduk dah berjaya... bersemangat betul kakak ni... memang ringgan tulang..

Jom usha adik pulak..

"

"

"

"



Adik duk berlatih dalam mimpi.. mama dah faham sangat ngan perangai adik ni..

Pagi ni.. tengok2.. adik nak panjat tangga.. tengok.. tengokkk.. dia memang tak suka praktis.. terus bergerak jer..

Akhirnya kena tangkap ngan papa.. masuk kat play pan.. kena kuarantin.. hehehe.. padan muka adik..

Ekzema

Salam..

Jom berkongsi info penting..

Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

pic google

Apa penyebab ekzema?

* Keturunan.
* Alahan
* Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
* Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
o Infeksi virus.
o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
o Lain lain jangkitan.
* Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan

Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti :

* Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
* Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
* Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

* Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
* Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
* Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
* Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

* Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
* Elakkan mandi air panas/suam.
* Elakkan memakai baju berlapis-lapis
* Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
* Elakkan dari fabrik yang kasar.
* Jangan gunakan sabun apabila mandi.
* Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
* Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Sumber
Info Sihat

Kami sudah 8 bulan

Salam..

Hehehe.. budak berdua ni sudah 8 bulan.. tapi diorang sangat kucik laaa.. berat baru 5 kilo lebih.. ..tapi mamam bukan main lagik berselera.. tu yang saya tak risau sangat.. Walaupun kecik.. diorang sangat aktif.. kalau naik walker.. memang merata diorang pergi.. mesti kena tutup semua pintu bilik .. terutamanya pintu dapur.. suka nak pergi dapur nak tolong mama memasak..

Kalau meniarap pulak.. memang tak cukup lantai diorang nak tolong mop.. Kalau besar rajin macam ni.. senang mama.. goyang kaki jer yerr..


Akibat dari keaktifan diorang.. dendanya... hahaha.. kena kuarantin kat dalam play pan.. habis laaa.. pakat lawan tarik rambut pulak..

Pss.. pakai baju dari Sweet pinky stuff yang menang kontes hari tu..

Contest "Tunjukkan Bakat Anda"

Salam..

Hehehe.. tak tahu ada bakat ker tidak.. tapi rasa nak join jugak.. Kontes merekacipta header ini di anjurkan oleh cik Ery.. kalau ada yang berminat nak join.. klik pada banner...


Header nyer

untuk paparan sebenar, sila klik


Invitation to Premiere Screening of Ip Man 2

Salam..

Betul tak tipu ni.. saya dapat 2 tiket wayang Ip man.. Memang saya sangat happy.. terima kasih nuffnang.. entri ni

Tapi sayang .. saya tak dapat pergi pulak.. sebabnya
Pada keesokkan harinya encik suami ada kursus dan meeting.. jadi terpaksa tidur awal dan rehat secukupnya..

Saya rasa susah hati pulak nak tinggalkan budak berdua ni.. walaupun dah ada stok EBM untuk mereka.. mungkin sebab saya tak pernah tinggal diorang sebelum ni... asyik berkepit jer.

Tak pa laaa.. bukan rezeki saya.. saya passing kat blogger yang lain jer.. Pada sesiapa yang pergi nanti.. selamat ber enjoy yaaa..

Kepada Nuffnang pulak.. jangan serik nak kasi lagik yer.. kalau ada kelapangan .. grenti saya pergi.. lama dah weii tak tengok wayang nii.. asyik buat wayang jer.. oppssss...

Kerang bercili

Salam..

Hehehe.. pagi ni saya nak berkongsi resepi. resepi kerang bercili semalam tu.. yang ratah sampai hijau... sebenarnya segan jugak kan nak kongsi resepi yang masak main campak2 ni.. tapi untuk tidak mengecewakan Ummi Fitrah bertanya.. jom try


Bahan-bahan
Kerang sekilo dibasuh dan disejat
Kacang buncis/botol dipotong
Daun kunyit.. hiris nipis
Belacan sebesar ibu jari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan untuk pes cili(kisar)
Cili api 15 tangkai
Cili merah 5 tangkai
Serai 3 batang
Bawang merah 8 ulas
Bawang putih 5 ulas
Halia sebesar ibu jari
Tomato sebiji

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bahan pes.. masukkan belacan, gula dan garam. Masak hingga pecah minyak.. Kemudian masukkan kerang dan kacang buncis/botol.. kacau goreng sampai masak..(bila kerang dah terbukak tandanya dah masak).. sebelum angkat, taburkan daun kunyit yang dipotong halus tadi..

Pss.. Resepi try and error dari Uda.. boleh ubah sukatan bahan-bahan mengikut kesesuaian anak tekak masing-masing.. okey selamat mencuba..

Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 9 utk Eida & Hakim

Salam ..

Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 9 utk Eida & Hakim ... siapa pulak Eida ni..

heheheee.. saya laaaa ..tu.. Uda aka Eida..


Semoga Allah terus memberkati dan memberikan Rahmatnya pada saya sekeluarga.. Amin.

Saya dapat hadiah tadi.. dari suami.. beli kat giant jer.. jom tenggok apa dia..

"

"

"

"

"

Seperiuk kerang.. ratah sampai hijau..

Marathon tag dan award

Salam

Lama dah duk bertagak nak buat .. tapi tak jadik2 juga.. laa ni cheq nak selesaikan semuanya..

Tag ni dari Ira kecik dan Simiey

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.


Ini gambarnya.. sorang budak perempuan sedang berlakon bercakap ditelefon.. nama dia Nadya Hakim.. Gambar di ambik kat Hotel Green Park Temerloh masa tahun baru cina yang lepas.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Award dari Raksasa Laut dan Budak SkemA

Terima kasih

1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Saya tikam dia balik.. tapi dari depan tau.. acah jer.. kalau member tu jenis suka main tikam-tikam masih boleh layan lagik.. tapi kalau jenis suka tikam dari belakang ni.. baik tak payah buat kawan..

2. 6 orang di hati anda ?
~ Suami
~ Anak-anak
~ Ibu bapa dan mertua
~ Adik- beradik
~ kawan-kawan di alam nyata
~kawan-kawan di alam maya

3. Anda rasa anda comel ?
~Yaaaaa.. sangat comel .. hehehe. .. sila muntah jauh-jauh yer..

4. single or taken ?
~dah ada anak 4.. wakaka..

5. blog yang anda suka ?
~ blog pasal blogging, hiburan, masakan tak kisah laa apaapa pun..

6. adakah bilik anda kemas setiap hari ?
~ Jom tengok

7. lagu terakhir yang anda dengar ?
~nanti jap nak ingat..

8. last text message ?
~ hotlink suruh top up

9. last phone call ?
- Abang nak balik ni.. dah masak ker belum???

10. hari terakhir anda menangis ?
- Sebulan yang lepas

11. list lima faberet colour anda .
~ Hitam, putih, biru, pink dan purple.

12. orang terakhir anda ber"ym" ?
~ tak

13. game yang anda paling suka ?
Tak berapa suka games sangat.. Zuma boleh laa kut..

14. adakah anda peminat MCR ?
~MCR tu ape..

15. apa perasaan anda semasa jawab tag ni ?
~Tak selesa basah ketiak weiii

16. anda rasa tag ni best ?
~seriusss tak besss langsungg..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Award dari Abg Feroz yang suka gulink-gulink..

Terima kasih

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Award dari budak hijau.. Ingat Hijau Ingat Daus

Terima kasih

Ajai dapat anak perempuan

Salam..


Tahniah kepada komposer dan penyanyi terkenal, Ajai kerana telah dikurniakan seorang anak perempuan semalam. Hasil daripada perkahwinan keduanya dengan Norliza Mohamad Ilias.

Bayi yang diberi nama Danisha itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh.

Sumber Kosmo

Penurunan Berat Badan

Salam..

Berkongsi info mengenai penurunan berat badan

  • Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
  • Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
  • Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
  • Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
    • Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
    • Elektrolit tidak normal
    • Kekurangan nutrien
    • Peningkatan asid urik
    • Kehilangan protein dan otot
  • Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
  • Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
  • Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .
Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan

Objektif Pengurusan Pemakanan
  • Untuk menurunkan berat badan
  • Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
  • Untuk menghalang peningkatan berat badan .
  • Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
  • Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
  • Untuk mengurangkan pengambilan kalori.

Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur

  • Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
  • Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
  • Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
    1. menggunakan sedikit minyak semasa memasak
    2. mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
    3. meningkatkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran , buah-buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
    4. minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat
Sumber
Info Sihat

Saya yang tengah gatal tekak

Salam ..

Selamat pagi semua.. semoga sihat dan ceria semuanya disamping menjalankan tugas harian ..

Memang saya tengah gatal tekak.. tapi bukan gatal tekak nak pi audition menyanyi yer.. gatal tekak berkokok... memang parah... tak tahan rasa gatal kat anak tekak tu.. kalau boleh nak garu jer dengan berus gigi..

Bila malam jer.. time tidur makin menjadi pulak gatal tekak ni... kelakar .. sampai semalam suami tegur.. dia cakap saya tidur keluar bunyi macam-macam.. ghimau laa.. gajah laa.. beruang laa.. pendek kata segala bunyi binatang buas.. Hehehe saja dia nak buat lawak pulak..

Bila minum ubat batuk.. makin menjadi pulak gatalnya .. tapi rasa okay sikit bila minum air suam atau panas.. mungkin kuman kat tekak tu dah mengelupur dan kurang aktif sikit bila terkena air panas..

Dalam duk gatal tekak.. rasa teringin pulak nak makan aiskrim.. huu.. parahhh ni...

Be My 19,099th Visitor

Salam..

Jom layan giveaway.. kali ni main hit kaunter jackpot.. nombornya 19 099.. Saya tahu giveaway ni pun dari besan saya aka cikmin.. wahhhhhhhhhhhhhhhh caya laaa besan.. ari tu berjaya hit kaunter dan memenangi hadiah sebuah handbag sembonia..

Dan kali ini tuan blog iaitu Dr. Faryn mahu membuka peluang sekali lagi kepada pengunjung blog nya untuk hit 19099 dengan hadiah yang serupa.. jadik apa tunggu lagik.. jom serbu ramai-ramai..

kalau nak join sila klik pada banner.. ok

Perancang keluarga

Salam

Berkongsi info bagi merancang keluarga

Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.
Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:

  • Berumur diantara 20 dan 35 tahun
  • Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
  • Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
  • Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
  • Pasangan ingin mempunyai anak

Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor diatas tidak di penuhi.
Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?

  1. Kaedah semulajadi
    • Kaedah masa subur
    • Suhu badan asas
    • Kaedah cairan dan lendiran faraj
    • Kaedah gabungan
    • Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan
  2. Kaedah halangan
    • Kondom
    • Topi servik
    • Diafram
  3. Hormon
    • Pil
    • Implan
    • Suntikan
  4. Alat dalam rahim
  5. Kaedah kekal
    • Ikatan tiub fallopian/peranakan
    • Pembedahan mengikat saluran mani lelaki

Apakah faedah merancang keluarga?
Faedah-faedahnya termasuklah:

  • Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
  • Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
  • Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini
  • Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
  • Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga

Apakah kaedah yang sesuai untuk saya?
Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan anggota kesihatan.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah perancang keluarga:

  • Umur wanita tersebut
  • Taraf kesihatan
  • Keberkesanan kaedah
  • Kaedah yang disukai individu
  • Kaedah yang terdapat di klinik

Bagaimana untuk saya tahu yang saya tidak hamil sebelum memulakan perancang keluarga?
Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil.
Wanita tidak hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai criteria seperti di bawah:

  • Dalam masa 7 hari selepas haid normal
  • Dalam masa 7 hari selepas keguguran
  • Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi
  • Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid
  • Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir

Sekiranya kehamilan belum lagi dipastikan, anda perlu :

  • melakukan ujian kehamilan air kencing atau
  • tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)


Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?

  1. Hormon (pil)
    • Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
    • Selepas keguguran- mulakan serta merta
    • Selepas kelahiran :-
      • Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
      • Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula
  2. Suntikan hormon
    • Mulakan dalam masa 7 hari haid
    • Mulakan serta merta selepas keguguran
    • Selepas kelahiran
      • Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
      • Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak
  3. Alat dalam rahim
    • Semasa haid
    • Serta merta selepas keguguran
    • 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks
  4. Kaedah kekal
    • Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
      • serta-merta selepas melahirkan atau
      • 6 minggu selepas melahirkan atau
      • Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
      • Bila-bila masa
    • Lelaki (Vasektomi)
      • Bila-bila masa


Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan berkesan untuk mengelak kehamilan
Keberkesanan Pil perancang yang di gunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala keberkesanan Alat dalam rahim pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil pil kombinasi hormone paket 21 (seperti Marvelon, Nordette)

  • Lambat memulakan
    • Tidak melakukan seks atau menggunakan kondom atau gunakan bahan pemusnah sperma sehingga anda mengambil turutan 7 pil.
  • Terlupa 1 pil
    • Ambil serta-merta dan sambung yang lain seperti biasa.
  • Terlupa 2 atau lebih pil
    • Gunakan kondom untuk selama 7 hari
    • Ambil pil hormon
    • Kira berapa bilangan pil hormone yang masih tinggal dalam paket, jika 7 biji atau lebih, makan pil yang tinggal seperti biasa. Jika kurang dari 7 pil hormone yang tinggal, makan baki pil yang tinggal itu seperti biasa dan mulakan paket baru pada hari esoknya.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal pil hormone progestin ? (cth, Noriday)
Ambil pil terakhir yang tertinggal serta-merta. Elakkan seks. Sambung mengambil pil berikutnya seperti biasa. Jika tidak dapat mengelak dari melakukan seks, gunakan kaedah perancang yang lain selama 48 jam.

Sekiranya tiub fallopian/ peranakan saya telah diikat?
Kaedah pembedahan adalah kaedah kekal dan pembedahan untuk membukanya dapat dilakukan tetapi mungkin tidak akan berjaya.

Di manakah saya boleh mendapat khidmat bantuan untuk perancang keluarga?
Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga.

Sumber
Info Sihat

Perbualan bayi dengan Tuhan

Salam..

Cerita untuk dikongsikan bersama..

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Imej google

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.


"Sampaikan! lah walau satu ayat"

Sumber
Mesra.net forum

“If I am Ip Man master, I would …”

Salam..

Kalau saya seorang Ip man master mestilah saya akan menggunakan kehebatan itu untuk menolong setiap orang yang memerlukan pertolongan .. Membenteras segala jenayah dimuka bumi ini demi keamanan dan keselamatan sejagat..

Tapi sebelum itu.. kena lah berlatih dulu.. kalau tak macam mana nak pertahankan gelaran master..

Jom saya bawa anda semua mengikuti sessi latihan saya..

Kalau dah master.. kat mana-mana pun boleh berlatih..

Mesti berada dalam keadaan bersedia..

Lepas tu boleh fire semua penjahat.. grenti patah leher ni..

Okey.. apa macam ? Hebat tak sessi latihan kungfu saya.. kalau penjahat tengok.. mesti larik tak cukup tanah..

Nak tahu lebih lanjut mengenai jalan cerita Ip man master boleh baca kat Nuffnang dan kalau nak join kontes sila ke http://www.gsc-eonbankcard.com/

Achik Spin maut kemalangan di Lebuh Raya Lekas

Salam ..

Al Fatihah untuk arwah Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin .. semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman..


"SEREMBAN 17 April - Penyanyi, Achik Spin, 27, meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) sebelum susur keluar Pajam arah selatan dekat sini lewat petang ini." Bacaan selanjutnya..


Saya rasa bersimpati keatas isteri dan anak-anak beliau yang kini telah kehilangan insan yang disayangi serta tempat untuk bergantung .. semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini..

Contest Hijau

Entry Melekat.. sila scroll kebawah untuk entri terbaru..

Salam..

Sapa suka makan kacang panjang.. boleh klik pada banner.. nanti boleh dapat kacang semangkuk.. hehehe.. acah jer..

Saya baru jer tau pasal kontes ni.. jadi pada sesiap yang berminat nak join .. cepat-cepat yer.. tarikh akhir kontes 16 april 2010.. sapa lambat.. nanti geget kacang panjang..

Hadiah yang ditawarkan adalah 4 watermark kepada 4 orang yang bertuah..

Gambar hijau saya adalah ..

Seekor ibu burung merbok dengan sepasang anak sedang mandi ketika hujan. Gambar di ambil semasa saya berpantang dikampung.. masa tu cuaca sangat panas.. hampir seminggu hujan tidak turun..

Tapi bila hujan turun.. terus burung merbok ini terbang turun dan mandi dengan membuka sayap masing-masing.. kali pertama saya tengok burung yang bebas terbang akhirnya turun ketanah untuk mandi dan bermain air hujan.. bertapa besarnya Rahmat hujan yang turun..

Coretan Uda sudah di jelajah..

Salam ..

Hehehe.. saya rasa sangat gembira sebab blog Coretan Uda sudah di jelajah.. oleh siapa? Tentu korang dah boleh teka kan? Siapa lagik kalau bukan En Ben.. yang betul-betul bersemangat dan gigih memenuhi setiap permintaan semua orang ..

Jom baca apa yang En Ben tulis pasal Coretan Uda..

"Macam blogger profesional jer empunya blog ni ... UDA yang tinggal di Putrajaya ( erk ) berminat nak menambahkan lagi kenalannya dalam dunia blog ini ..

Haaa .. banyak infomasi blog ni ..tak rugi jadi geng ni ... Blognya pun kemas dari blog aku ... jauh cantik la .. Best best .."


Walaupun ringkas jer.. tapi cukup buat saya terberangan jadi cam Mak Merah


Apa-apa pun .. terima kasih En Ben yerr...
Hehehe .. kalau sudi promote ler lagik..

Saya tertidur bila dihimpit dengan Teddy dan Bunny

Salam..

Akhir-akhir ni.. saya tak berapa sempat nak BW pukul 12 malam.. sebabnya dalam pukul 10 mlm budak berdua tu jaga dari tidur.. main sampai puas hingga letih .. dalam pukul 11 lebih diorang nak tidur balik..

Masa nak tidur ni.. mesti diorang nak berkeping bawah ketiak sat.. ambik bau sambil nyonyot.. Mama nya baring tengah .. budak berdua ni baring kiri kanan.. senang saya nak kasi susu sambil baring.. bergilir-gilir ler diorang ni isap.. saya pulak sekejap pusing kiri .. sekejap pusing kanan.. sampai laa kedua-dua kenyang dan tidur..

Kesudahannya.. saya yang kerja pusing kiri pusing kanan pun tertidur sama.. sedar-sedar dah pukul 2..3 pagi.. ambik ko..

Macam mana lah saya tak tertidur .. kalau di apit kiri kanan dua makhluk ni..


Redmummy aka mak merah

Salam..

Sapa yang tak kenal ngan redmummy aka mak merah.. banyak kali dah keluar paper.. kat tv3 pun dah pernah keluar.. terbaru sekarang kat metro..

Saya mula baca blog mak merah ni.. sejak tahun 2007 lagik.. masa tu beliau menggunakan blogspot sehinggalah beralih ke dotcom .. saya masa tu, tak ada blog.. jadi apa lagik.. silent reader jer laa... huhuhukkk.. satu kerugian kan..

Kalau nak berjaya .. kenalah ikut panduan yang mak merah kasi tu.

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
  • Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
  • Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
  • Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
  • Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
  • Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
  • Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
  • Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Sepasang kembar telah didera oleh ibu sendiri

Salam..

Lagik kes penderaan kanak-kanak.. kali ini melibatkan pasangan kembar.. mereka di percayai telah didera oleh ibu kandung mereka sendiri.. Ini kerana si ibu mengalami sindrom berblog maka si anak telah menjadi mangsa...

Untuk mengesahkan kesahihan kejadian ini.. sila tgk gambar kat bawah iteww..



Eeee.. sampai hati mama buat kami cam ni .. malu tau.. kalau Ayep dengan Faheem tengok, mesti diorang gelak guling-guling..

Jelajah Blog Ibu

Salam..

Fuhh.. siapa yang tak kena dengan Encik Ben.. seorang blogger yang sangat popular.. Saya telah diajak oleh Ain pada beberapa hari yang lepas untuk menyertai segmen baru iaitu Jelajah Blog Ibu oleh Encik Ben.. tapi baru hari ini saya berkesempatan untuk turut serta.. harap tidak terlewat.

Info mengenai Blog Coretan Uda
Yang pasti blog ini wujud semperna kehadiran mereka dalam hidup saya sekeluarga

Okey bagi mama-mama yang ingin blog kalian di jelajah oleh Encik Ben.. sila klik sini

Semoga Encik Ben sudi menjelajah dan memberi pandangan yang membina untuk saya memperbaiki kelemahan yang ada bagi meningkatkan prestasi penulisan saya :)

Kisah si adik yang nakal

Salam..

Selamat pagi semua..

Sebelum itu jom tengok gambar adik emmy kat bawah ni.. agak-agaknya apa yang dia tengah buat tu.. main cak-cak ker?

Budak kecik ni sangat aktif menyulur.. kalau letak atas tilam.. sekejap jer.. tengok-tengok dia dah tolong mop lantai.. merata dia pergi.. sampai bawah meja kopi pun dia masuk parking.. fuh pening kepala saya.. tu belum tambah ngan kakak.. memang bersih lantai umah saya.. hehehe..bertuahkan saya.. ada anak-anak yang rajin tolong mopkan lantai..

Suatu hari budak kecik ni merayap kat meja kopi.. kat atas tu ada beg pakaian diorang yang baru saya kosongkan.. kebetulan tali beg tu tergantung dan sampai dicapai .. apa lagik.. terus dia tarik.. Emm.. beg yang terbuka tu terus jatuh dan tersekup atas kepala dia.. memang muat-muat jer dia dalam beg tu.. apa lagik terkejut kambing laa adik.. terus nyerit.. saya tengok gelagat dia memang kelakar..

PS.. ni nasib baik benda yang tidak merbahaya.. bayangkan kalau atas meja itu ada air kopi panas.. tentu parah.. jadi nasihat saya kepada mama-mama.. sentiasalah kita berhati-hati dan peka mengawasi anak-anak kecil.. kemalangan boleh berlaku dimana jua walaupun di rumah sendiri..

Ciuman maut

Salam...

Ciuman sangat bermakna dalam kehidupan seseorang kerana ciuman dapat meluahkan rasa cinta dan kasih sayang. Tahu kah anda bahawa ciuman juga boleh mengundang maut bagi sesetengah individu. Individu yang dimaksudkan adalah kanak-kanak kecil.

Ini kerana terdapat sejenis penyakit yang dipanggil sebagai mononukleosis. Secara amnya, ia didefinisikan sebagai jangkitan yang dinamakan Epstein-Barr virus (EBV). Ia berupaya menyebabkan pelbagai simptom alahan seperti selesema, batuk dan juga sakit tekak.
Virus ini biasanya melibatkan kanak-kanak dan boleh merebak melalui rembesan air liur, batuk serta bersin.

Antara petanda dijangkiti mononukleosis ialah pesakit mungkin berdepan dengan gejala seperti demam, kelesuan, hilang selera makan, sakit tekak dan bengkak kelenjar terutama di bahagian leher. Bacaan seterusnya

Slot Akasia AdaMaya di Tv3


Salam..

Vavavaaa.. sekarang ni semua orang pakat duk cerita pasal drama AdaMaya yang di angkat dari filem I'm Not Single.. lakonan mantap Lisa Surihani sebagai Maya bersama Sein Ruffedge sebagai Adam. Drama romantik yang mencuit hati.. mana tak nya.. mula-mula marah-marah.. benci-benci.. sebab kes kena kahwin paksa atas pilihan mak bapak.. Tapi bila dah jadi suami isteri.. perlahan-lahan cinta pun mula meresap kejiwa.. sehingga membuahkan hasil.. lahir seorang permata hati...

Tapi kebahagiaan tu sekejap jer.. niii datang pulak si setan Dani lakonan Faisal Yusup bekas kekasih Maya masa di universiti.. cuba merampas Maya dari Adam.. walaupun hakikatnya dia tahu Maya sudah bahagia disamping Adam dan mereka telah dikurniakan seorang anak.. Maka bermulalah srategik jahat yang di atur oleh si Dani ni.. untuk menjatuhkan rumahtangga Maya dengan Adam..
Ni laa manusia kalau tak guna akal pikiran yang waras.. cetek agama.. bini orang pun dia nak .. macam tak ada anak dara lain.. (hehehe.. tapi dalam drama ni berbaloi laa.. sebab cik lisa tu muka cun melecun)..

Dapatkah Adam dan Maya mempertahankan kebahagiaan rumahtangga mereka serta berjayakah Dani merampas Maya dari pangkuan Adam?.. Jadi kalau nak tahu kesudahan cerita AdaMaya.. mohhh ler ramai-ramai kita pakat jadi pak pacak setiap hari Isnin hingga hari Khamis pukul 6.30ptg hingga 7.30mlm di TV3 ...

Psss .. tak suka muka kedua-dua hero dia.. tapi okey la sikit dari di ambiknya Ada Bayor yang jadik hero.. mau pengsan cik lisa tengok muka hero hitam legam..

Tips Mengenal Tangisan Bayi

Salam..

Jom berkongsi info mengenai tanggisan bayi..


Tangisan “Aku ingin menyusu”
Bayi Anda akan mulai menangis jika lapar. Tangisannya biasanya berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil napas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas, demikian seterusnya. Mengatasinya, susui dia hingga kenyang. Atau, jangan-jangan memang sudah waktunya makan?


Tangisan “Lampinku basah”
Bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Jika lampinnya basah ia akan menangis kerana merasa tidak selesa. Tangisan ‘pengumumam lampinku basah” biasanya perlahan, kemudian semakin kuat. Anda juga boleh memperhatikan bahwa ia mengeliat-geliat di tempat tidurnya. Untuk mengatasinya, segera periksa lampinnya, ia barangkali memerlukan lampin yang baru.

Tangisan “badanku sakit”
Semua bayi menangis jika ia merasa sakit. Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian ia terengah-engah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Jalan keluar, cubalah temukan apa yang membuatnya kesakitan. Pegang perutnya, jangan-jangan kejang. Goyang-goyang tangan, kaki atau leher dan kepalanya. Jika ia menjerit lebih kuat ketika menggoyang bahagian tertentu, mungkin ada yang sakit kerana terjatuh tanpa sepengetahuan Anda. Tuamlah bahagian yang sakit dengan air hangat.

Tangisan “aku bosan”
Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti saja. Tangisan jenis ini dirancang untuk mendapat perhatian Anda. Maka, tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan. Dan, ia akan tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan. Mengatasinya, ganti aktivitinya. Misal, temani dia bermain, menyenandungkan nyanyian, membacakan cerita. Atau boleh juga diajak jalan-jalan.

Tangisan minta dukung
Bayi Anda akan menjadi cengeng jika penat, walaupun ia mungkin tidak ingin tidur. Ia akan merengek dengan menjengkelkan. Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa ketika, dan mungkin Anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Mengatasinya, buailah ia perlahan-lahan sampai akhirnya ia tertidur.

Tangisan kesepian
Bayi Anda senang bergaul. Ia ingin Anda selalu berada di sisinya. Jika merasa kesepian, tangisannya akan terdengar menyedihkan. Seakan ia tengah sedih atau marah. Mengatasinya, luangkan waktu bersamanya paling tidak sampai ia tenang. Jika Anda perlu menyelesaikan sesuatu, gendonglah ia sampai tenang, kemudian lanjutkan pekerjaan anda bersamanya di sisi Anda.

Sumber
http://www.suri.my

Cute & Creative Picture

Salam..

Emmmm.. kontes.. lagik dan lagik.. Jom mama-mama kita join beramai-ramai.. cepat jangan berlenggah lagik.. tarikh tutup dah dekat.. kalau berminat.. klik pada banner tu..






Nama:Wan Elly Hakim & Wan Emmy Hakim
Umur: 7 bulan setengah
Asal: Putrajaya
Emel & nama pengirim: puanuda@yahoo.com (Puan Uda)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails