Setengah orang gigih berusaha baru berjaya manakala ada setengah orang berjaya tanpa usaha gigih..

Salam..

Tu diaaaa.. tajuk entri yang paling panjang.. korang sokong tak dengan pernyataan tu?
"Setengah orang gigih berusaha baru berjaya manakala ada setengah orang berjaya tanpa usaha gigih.." macam pusing-pusing pulak pernyataan ni

Kalau saya.. saya sokong penyataan itu.. ada benar juga.. Pada pengalaman saya sendiri..
Masa sekolah dulu.. saya ada sorang kawan .. dia memang tak berapa pulun belajar.. dia hanya beri tumpuan dalam kelas jer... tapi keputusan peperiksaan.. fuhhh.. punya laa bagus.. berbanding dengan saya.. punya la pulun sakat.. keputusan, alahai atas pagar jer..

Tapi tak kisah laa.. sebenarnya nak cerita pasal adik dengan kakak..

Kakak ni jenis yang gigih berusaha.. dan baru berjaya.. manakala adik jenis berjaya tanpa usaha gigih..

Cerita dia macam ni..
Kes pertama...
Masa nak meniarap hari tu.. saya tengok kakak 2, 3, 4, 5 hari duk giat berlatih cuba alihkan badannya.. manakala adik tak buat apa-apa pun.. duk rileks jer.. main sembur air liur adalah.. kemudian seminggu lepastu... kakak dah berjaya meniarap sepenuhnya dan pada masa yang sama adik pun boleh meniarap.. aikk pelik.. tak nampak pun berlatih cam kakak tapi boleh meniarap serentak..


Kes kedua..
Sekarang ni kakak dah boleh menyulur ke sana ke sini.. dah tak lekat atas tilam.. berkat dari usaha gigih kakak berlatih.. angkat dada, angkat montot, ketih sana ketih sini.. manakala adik.. macam biasa.. tengok jer aksi kakak dia sambil main belon.. kebetulan hari ni saya tengok.. adik pun dah menyulur merayap sana sini macam kakak.. aikkk.. bila kamu duk berlatih.. tak nampak pun..


Jadi kesimpulannya bagi saya.. ada betul jugak pernyataan kat atas tu.. hehehe.. tu jer

Wonder Pets membantu anak Squirrel

Salam..

Jom tengok anak squirrel.. sebelum tu kita nyanyi ramai-ramai..

Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…

ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya, di sana…

apa yang penting ?
kerja sama..
apa yang penting ?
kerja sama..

Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu anak Squirrel yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..





Kelakar tengok gelagat diorang.. first time pakai busha.. kakak dan adik sangat teruja tengok katun squirrel kat montot tu.. masing -masing duk lawan tarik seluar..

Busha ni saya beli kat kedai online Mummy Qis...stylobubble ... harga sangat murah.. fuhh.. macam goreng pisang jer.. cepat abis..

Anak kembar artis terkenal berak taik hijau..

**Larangan keras.. jangan makan semasa membaca entri ini.. nanti boleh muntah!

Salam..

Gempaq tak tajuk entri ni?.. Mesti korang tertanya-tanya kan, anak kembar artis mana pulak yer.. setahu saya laa..artis yang ada anak kembar ialah Syarifah Aleeya dan Ziana Zain.. tapi masalahnya bukan anak kembar mereka ni.. fuhh.. kan dah pening kepala nak pikir..


Okey laa.. saya kasi tengok gambar baby tu.. teng.. teng.. tenggg.. kalau dah tengok gambar anak, hehehe tentu korang dah tahu sapa mak baby yang feeling artis tu...

Macam ni citer nya.. pagi tadi masa nak mandi.. si kakak ni berak, .. dan hasil dia warna hijau pandan(ingatkan innity tadi) dan cair tapi tidak berbuih.. mesti laa saya hairan kan.. selalu berak kuning tetiba hijau pulak.. pikir punya pikir.. baru ingat.. semalam kat umah wan kasi kakak dan adik makan bijirin nestum beras neslac.. adik berak okey jer..

Petang tadi kakak berak lagik.. tapi dah kuning balik.. tengok kakak pun okey jer.. tak ada meragam sakit perut atau muntah-muntah.. mungkin kut sebab first time makan bubur yang manis kut.. selalunya makan bubur masak sendiri.. tawar jer..

Info mengenai najis bayi hiaju semasa penyusuan

Najis hijau Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.

Sumber
http://www.babycenter.com.my

Baby Cheetah vs Baby Love

Salam..

Saja-saja nak letak gambar budak berdua ni pakai cd QQ BB minky.. geram jer tengok montot diorang bila pakai cd minky ni.. lembut gebuzz gitu..


Yang paling bagusnya.. kuasa serapan yang lebih tahan lama.. sepanjang duk pakaikan diorang minky ni.. tak pernah bocor lagik.. dan yang besnya inner kat dalam tu lebih tebal sikit.. jadi sangat sesuai pakai pada waktu malam.. tak payah nak double kan inner tu..

Cehhh macam laa dapat komisen duk promot lebih2 ni.. bukan apa nak tolong buat review sikit.. kut kalau ada mama-mama yang teragak-agak nak beli.. lepas baca entri ni.. rasa lebih komfiden.. hehehe sebenarnya saya pun nak beli lagik.. tunggu tuan tanah kedaung bagi lampu ijau jer..

Pss.. untuk aunti Maya yang tanya kat mana nak dapatkan minky ni.. haa mama kami beli kat kedai online Miela77.. tapi kalau rajin survey.. banyak lagik kedai online lain yang menjual minky ni..

Award Top Blogger 2010

Salam..

Fuhhh.. tak sangka.. saya dapat Award Top Blogger 2010.. hehehe ingat kan tak top.. ghupa-ghupanya top juga blog saya ni.. oppss terperasan pulak.

Wokey lah.. mai saya bagi tau sapa yang kasi award ni.. orang nya adalah Nuriz.. saya kenal Nuriz pun masa duk blogwalking.. lepas tu selalu pergi lepak kat blog dia baca entri ... baca diam-diam tak komen pun.. hehehe buruk perangai yer.. Apa-apa pun terima kasih pada Nuriz kerana bagi award ni..

Ceh panjang pulak mak budak ni berucap.. kalau menang kat red kapet .. tak tau laa, sehari semalam kut tak habis berucap!

Sekarang tiba masanya untuk saya hebah kat award ini.. mereka yang tersenarai adalah seperti berikut
  1. Mamalieyna.. antara blogger yang awal saya kenal.. masa kenal Lieyna umur dak Arif dalam 4 bulan gitu.. sekarang dak Arif dah setahun jagung.. fuh cepat tul masa berlalu.
  2. Rose aka mama Rafiq... memang pandai berceloteh.. entri yang dia buat selamber jer.. macam orang duk bercoloteh laaa.. sebab tu kut nama blog dia Pot Pet Mek Rose.. sangat sesuai.
  3. Onniey mama Alya.. selalu hai2 kat chat box tu.. lepas tu kami suka main klik-klik .. bes kan..
  4. Nurul.. sebab hari tu kan.. Nurul tag saya.. ni kira macam nak balas balik laa.. hehehe.. tak laa.. iklas nak bagi kat Nurul.
  5. Ita.. sebab saya suka lepak kat blog Ita.. baca celoteh dia.. tapi tu laa pasal .. saya jarang komen.. masalahnya .. tak tahu nak komen apa.. jangan marah yerrr..
  6. Mama Cira.. sebab suka pi skodeng anak dara dia yang comel kiut miut tu.. putih gebuzz lagik.
  7. Izan.. suka pergi tengok hero-hero Izan nak-nak yang kembar tu.. nampak baik jer diorang.. bayangkan yer 4 hero kecik-kecik.. fuh pening kepala dibuatnya..
  8. Lily mama Qis.. banyak benda yang dapat dikongsikan dalam membesarkan anak-anak dan suka tengok Qis yang bermata bolat tu.
  9. Anje mama Aqish.. Bagus blog Anje ni.. macam-macam info ada.. dari bab anak-anak, shopping hinggalah ker bab blogging.. ada tutorial lagik..
  10. Ena mama Umairah.. blog yang sentiasa di update.. sehari dalam 2 .. 3 .. kali. Memang banyak cerita kat situ.
  11. Acik Mimie.. yang sangat ramah orang yer.. tak caya.. sila percaya.
  12. Eida mama Mika.. suka tengok perkembangan Mika .. kalau nak tahu ... Mika ngan tuwen beza umur lebih kurang 2 minggu gitu..
Fuhhh.. legaaa.. dah siap semua senarai calon... mengikut syarat yang telah ditetapkan.. iaitu

Apa yg perlu anda buat ialah..
1. Thank & link to the person that gave you award.
2. Past this award onto 12 blogger's you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact and let them know they've won the award..

Kakyong’s shoppe 1st Giveaway@Cabutan bertuah

Salam..

Hari ni saya join giveaway yang sangat simpel jer syaratnya.. tapi hadiahnya sangat lumayan tau.. mama-mama yang ber CD mesti suka.. dah dapat agak apa hadiah dia.. nak tahu lebih lanjut.. sila klik pada banner.. jom kita meriahkan giveaway ni..



Opss saya tahu pasal giveaway ni pun dari blog kak ngah.. tu lah kebaikkan kalau kita selalu berblogwalking.. ada-ada jer info yang akan kita jumpa.. macam giveaway ni laa.. okey la.. harap-harap ada rezeki saya nooo..

Cerita di sebalik maskara

Salam..

Make up.. bersolek.. emm perempuan mana yang tak suka kan.. even auw-auww pun lebih over bersolek berbanding kaum hawa. Tak kisah lah bersolek tebal ker nipis ker.. ikut cita rasa sendiri kan. Kalau saya lebih suka dan selesa bersolek cara nipis nampak natural dan lembut jer... tempek sikit bedak, eyeshadow warna koko,krim, peach janji bukan warna terang. Lepas tu suka pakai lip gloss jer.. dah tak berapa minat nak pakai lipstik.. leceh sebab lipstik ni suka bagi bibir kering.. dan last alat solek yang saya suka.. mascara.. kasi lentik tebal bulu mata.. tapi tak lah sampai macam akak Rosita che wan tu.. bulu mata siap boleh buat kipas lagi.. opsss.. terpuji pulak..

Tapi kan kan.. sekarang dah tak pakai maskara semua ni.. di sebabkan oleh satu eksiden.. cik suami la punya pasal niii..

Cerita dia macam ni.. pada suatu hari.. hehehehe.. nak keluar jalan-jalan kan, so saya pun bersiap laa.. zass zusss zasss.. 15 minit siap .. cepat kan.. make up simpel jer.. bedak, eyeshadow, mascara dan lipgloss.. Bila dah siap.. suami memandang saya dengan terpegun siap diteleknya muka saya pada jarak lebih dekat.. Dalam hati saya pada masa tu kan.. fuh kembang-kempeh.. duk pikir mesti dia nak puji betapa cun nya isteri dia bila dah makeup.. Siti Nurhaliza pun boleh kalah..

Tut... tut.. suami saya menarik bulu mata saya..
"Auwww sakit laaaa.. apasal abang tarik bulu mata ayang ni??"

"Laaaa abang ingatkan kaki serangga terlekatkan mata ayang tadi.. tu yang nak tolong buang tu, takut masuk mata"..

Bulu mata tebal kasar cam kaki serangga. pic kredit google

Emm hampeh tul kan.. kalau korang kan.. rasa macam mana.. keciwa tak? Nak bagi jadi cantik tapi lain pulak jadinya.. sejak dari kes tarik bulu mata tu.. saya dah tak pakai maskara.. walaupun masih ada hati nak pakai.. Ni baru pakai maskara .. kalau pakai bulu mata palsu .. tak tau laa apa reaksi suami..

Panduan perkembangan berbahasa dan bertutur(Part 2)


Salam..
Saya nak berkongsi dengan mama-mama mengenai panduan perkembangan berbahasa dan bertutur bagi anak-anak mengikut peningkatan usia. Panduan ini juga meliputi panduan pendengaran yang diperlukan untuk bertutur.

Part1

12 hingga 18 bulan


  • Menuruti arahan -arahan yang ringkas
  • Menunjuk apabila dipinta ke arah orang, bahagian badan atau benda
  • Menggunakan 10 patah perkataan atau lebih

18 hingga 24 bulan
  • Mendengar cerita-cerita dan nyanyian yang ringkas
  • Menggunakan 20 perkataan atau lebih
  • Menggabungkan 2 ayat atau lebih

2 hingga 3 tahun


  • Menuruti 2 langkah arahan seperti "Ambik buku dan letakkan atas meja"
  • Memahani perbezaan perkataan berlawanan makna seperti besar/kecil, panas/sejuk
  • Menggunakan 2 atau 3 ayat untuk memperkatakan mengenai sesuatu benda atau perkara
  • Pada usia 2 tahun, orang lain boleh sesekali sahaja memahami apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak tersebut
  • Pada usia 3 tahun, orang lainboleh memahami keseluruhan perkara yang diperkatakan oleh kanak-kanak tersebut
Sumber
Majalah Ibu&Ayah 2008

No sweat!

Salam

Badan busuk.. berpeluh dan melekik.. eee tak suka tau.. rasa rimas. Kalau ketiak berbau nanti suami pun tak nak bermanja-manja.. baru nak bermesra, tiba-tiba terbau bau ketiak yang busuk masam.. terus hilang mood.. kan dah rugi! Bukan setakat suami jer larik.. anak-anak pun tak nak di peluk-peluk, sebab tak selesa dengan bau badan mama yang sama naik dengan pak janggut berkaki 4. Pendek kata bukan ahli keluarga jer yang tak suka.. orang disekeliling pun tak suka juga.. menganggu ketenteraman lubang hidung.. Fuh malu tau, kalau ada orang yang tegur "eh akak ni mandi tak gosot ketiak ker, busuk mengalahkan mat bangla kerja kontrek jer!

Uwaaaa.. tak mooo.. ketiak mama bau busyuk ashamm

Tapi sekarang tak perlu risau kerana Adidas dapat membantu mengatasi masalah bau badan. Dengan produk terbaru Adidas Action 3 iaitu sejenis deodorant yang mempunyai 3 kuasa hebat bagi menyerap peluh yang berlebihan maka dengan ini dapat menghalang bau badan yang tidak di ingini dan seterusnya dapat memberikan keselesaan serta keyakinan diri pada si pemakai.
Untuk merasa sensasi ketiak wangi, bolehlah dapatkan produk Adidas di pasaraya terdekat. Jangan terkejut.. kalau selepas ni.. suami dan anak-anak asyik nak berkepit bawa ketiak jer.. baru rasa diri lebih di hargai dan disayangi!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Seri Bahasa Community Blogger Award

Salam

Terima kasih. Award dari Cik Seri Bahasa..

Daun selasih daun saderi
Terima kasih sudi beri

Elly and Emmy sudah 7 bulan

Salam..

Alhamdulillah .. sekarang kakak dan adik sudah berusia 7 bulan.. sihat tubuh badan.. selera makan pun besar walaupun nampak tuan punya badan sangat kucik jer..



Perkembangan diorang setakat ini
  • Mulut kecik comel tu suka buat bising.. perkataan yang diorang reti sebut.. mamamm, bah bah, ammm, ehhh, ahhh.. lebih kurang macam tu la bunyi dier
  • Sangat aktif.. suka pusing-pusing badan masa nak pakaikan baju/lampin.. memang susah nak siapkan diorang.. sabar jerr
  • Dah mula angkat dada dan buntut semasa meniarap.. macam cuba nak merangkak
  • Dah boleh pusing 360 darjah masa meniarap
  • Laju mengundur kebelakang masa meniarap.. kedepan baru cuba-cuba
  • Bila letak dalam walker dah pandai merayap
  • Sudah pandai berebut barang mainan sesama sendiri.. masing-masing tak nak mengalah.. maka akan menyerit dan menanggis salah sorangnya
  • Kalau dah pegang sesuatu benda kat tangan mereka.. susah lah nak ambik balik.. punyalah kuat genggaman mereka.. kalau dapat ambik pun.. mereka akan menanggis dan menyerit sekuat hati
  • Dan banyak lagi tapi cukuplah setakat ini
Hari ni dapat tambah lagik stok EBM.. sikucik berdua ni tak berapa nak isap susu waktu siang.. lebih suka nak makan.. jadi susu dia isap main-main.. waktu malam baru diorang pulun isap.. 3 kali jugak kena bagi.. lama pulak tu mengisap.. tapi semua tu tak jadi masalah sebab saya sentiasa on9 sampai lewat malam.. kalau tidur nak kena bangun sampai 3 kali.. lepas tu setiap sorang isap 5 -10 minit.. mau pengsan di buatnya.. tidur bangun.. bangun tidur..tidur bangun.. bangun tidur.. oooo pening kepala.

Kami dah balik dari Temerloh

Salam..

Kami dah sampai umah dalam pukul 2 ptg gitu... mama kasi mamam.. lepas tu kasi mandi.. kami pun tidur.. sekarang baru jaga nak susu..lepas tu nak main..

Semalam kami ke Temerloh.. saja nak join ngan atuk dan wan.. tapi naik kereta masing-masing.. atuk ngan wan balik kampung Kelibut tengok orang bersih kan tanah.. kena pantau .. takut nanti diorang tak buat kerja...

So kami lepak kat hotel Jelai jer.. wan tak kasi ikut balik kampung.. takut tak selesa dengan umah lama nyang.. kesian kat mama.. sebab tak boleh nak bertenet.. line slow sangat.. compaq mama asyik ter off jer sebab terlalu panas.. nak loading dari 1 blog ke 1 blog memang take time.. sempat lagi kalu masa loading tu pi mandi ker, pee-pee, poo-poo, dan kalau rendam mee magi grenti kembang semangkuk!

Kami kan full CD.. tengok kat mana mama kami jemur CD... hahaha... mama kami memang selamber jer.. main sidai jer kat beranda tu.. tingkat 4 pulak tu.. paling tinggi.. satu pekan Temerloh boleh nampak CD kami..

Bersiaran dari Temerloh

Salam..

Selamat pagi kepada sumer kengkawan. Skg saya sekeluarga berada di Temerloh, Pahang. Kepada kengkawan yang datang mengklik blog saya. Ada yang sempat saya balas dan ada yang tidak. Ini adalah kerana internet di hotel sini amat slow dan laptop saya tidak tahan panas kerana laptop saya ditempatkan di atas katil hotel. Kerana terlampau panas, 2 kali laptop saya ter-off secara automatik, mungkin kain cadar menutupi bukaan pengaliran udara pada laptop saya TANPA DISEDARI.

Insya Allah saya akan berkunjung ker blog kengkawan pada malam ini. MAKA BERSIAP SEDIA !!! haha..

sekarang ini saya hendak mandikan baby saya...


stay tune..

wasalam

Panduan perkembangan berbahasa dan bertutur(Part 1)

Salam..
Saya nak berkongsi dengan mama-mama mengenai panduan perkembangan berbahasa dan bertutur bagi anak-anak mengikut peningkatan usia. Panduan ini juga meliputi panduan pendengaran yang diperlukan untuk bertutur.

Lahir hingga 3 bulan


  • Diam apabila mendengar bunyi-bunyian biasa
  • Bertindakbalas kearah bunyi yang kuat dengan berkedit mata, terkejut, berhenti menghisap,menanggis atau terjaga dari tidur
  • Membuat suara garau bila terjaga dari tidur untuk menunjukkan kegembiraan dan keselesaan
  • Menanggis apabila merasa kurang selesa
  • Memandang ke arah mulut orang yang bercakap dengannya

3 hingga 6 bulan


  • Memusingkan kepala atau mata untuk mencari arah datangnya suara
  • Menunjukkan reaksi terhadap sebarang perubahan suara
  • Memberikan perhatian kearah permainan yang mengeluarkan bunyi, muzik dan nyanyian
  • Mula untuk mengeluarkan bunyi-bunyi pertuturan seperti ooo, aaa, eh, ahhgoo, mmm

6 hingga 9 bulan


  • Mula menjawab dan melihat apabila dipanggil dengan nama
  • Tersenyum bila bercakap dengannya
  • Meniru mimik muka
  • Membebel dan mengulang sebutan seperti bababa, mamam, dadada
  • Menyukai permainan seperti "peek-a-boo"

9 hingga 12 bulan


  • Memberikan reaksi kepada bunyi-bunyi yang kuat dan perlahan
  • Memahami perkataan "tidak"
  • Menggunakan 2 atau lebih patah perkataan seperti mama, papa
  • Meniru bunyi-bunyi binatang
  • Membalas lambaian apabila dilambai ke arahnya
Sumber
Majalah Ibu&Ayah

Sepuluh

Salam..

Saya telah di tag oleh Cikmin dan rifhaman .. untuk menjawab tag tersebut mesti mengikut peraturannya iaitu:
  1. Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..
  2. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.
  3. Sila jawab dengan jujur..

[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata.

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Tak tahu!

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Honda Civic TypeR
Mesin jahit sulaman yang canggih.
Sebuah bilik yang dipenuhi dengan baju dan kasut.
Sebuah banglo di pinggir desa.
Wang simpanan yang menceceh sejuta ringgit.

[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Hakim Ayob

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Seorang yang penyabar dan tidak cepat marah.
Bukan jenis yang suka mengungkit.
Pandai berjimat dalam mengatur perbelanjaan keluarga.
Bukan seorang yang kedekut kerana setiap bulan dia yang bayarkan wang pinjaman PTPTN saya dan menghantar wang belanja emak dikampung.
Tidak suka melepak dikedai kopi dengan menghabiskan masa bersama kawan-kawan.

[#6] Bila tarikh anda couple?
January 2001

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Kereta kehabisan petrol kat lebuhraya masa bulan puasa. Kes terlupa tengok meter. Saya dan anak-anak terpaksa menjadi pak pacak kat tepi jalan sementara suami meminta bantuan.. perasaan ketika itu sangat malu sebab mana ada orang naik kereta lupa isi minyak, sungguh luar biasa. kalau kereta rosak, itu perkara biasa.

[#8] Lagu tema cinta anda?
Macam tak sesuaikan.. tapi nak buat macam mana.. masa bertentang mata (ada cas letrik bzz bzz) .. lagu ni tengah berkumandang.. jadi kalau terdengar lagu ni dapat rasa getaran panahan mata masa tu.. (cehhhh ayattt)



[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Tolong kakanda ...jangan cakap/cerita benda yang sama berulang-ulang kali.. lemau telinga adinda hendak mendengarnya.

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
Rasanya 10 orang kawan saya sangat sibuk.. jadi tak payah ganggu mereka!

Kanak-kanak memerlukan cermin mata hitam

Salam..
Biar betul? Kecik-kecik dah bagi pakai cermin mata hitam.. ni mesti kes nak bergaya sakan..

Ini merupakan salah satu tangapan sesetengah orang bila melihat kanak-kanak memakai cermin mata hitam.. sebenarnya tangapan itu salah, kerana kanak-kanak berisiko tinggi mengalami kerosakkan mata bila terdedah pada cahaya terang disebabkan mereka tidak memiliki keupayaan perlindungan seperti mata orang dewasa.

"Emm.. sampai hati mama buat muka kakak cam nii"

Cara melindungi mata anak daripada pancaran matahari
  • Jangan membiarkan anak-anak berada dibawah mataharidari jam 10 pagi hingga 4 petang.
  • Memakaikan anak-anak cermin mata hitam kerana ia dapat mengurangkan kilauan dan menapis 99-100% sinaran UV.
  • Memakaikan topi yang bertepi lebar atau topi besbol.
  • Melarang anak-anak supaya tidak memandang terus pada arah matahari.
  • Mengambil sejumlah makanan yang mengandungi vitamin A seperti hati, telur, susu, buah-buahan yang berwarna oren, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan brokoli.
Sumber.
Di olah dari Majalah Ibu&Ayah Jun2008

Cara memasukkan adsense untuk blog bahasa melayu

Salam

Ada orag bertanya kepada saya..

saya pun baru tahu dalam berblogwalking, caranya adalah dengan menambah kod (yang berwarna oren) di dalam adsense script.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila ke Blog info tips.

Terima kasih dari kami

Salam

Kepada semua yang menjayakan aktiviti senaman jari pepagi buta ni.. kami ucapkan berbanyak terima kasih.. walaupun kami sekarang tengah nyenyak tidur diulit kencing.. jangan serik untuk terus bersenam lagik.. besok kami tangok muka mama dah jadi macam panda.. sayang pada mama dan kamu semua yang bekerja keras.. muah.. muahhh..


Dua buffered earning untuk Coretan Uda untuk pertama kalinya

Salam
Pagi tadi saya check akaun Nuffnang... perkara wajib yang mesti dilakukan setiap hari.. walaupun tahu hasil tak seberapa.. tapi suka nak check.. sebab nak tengok berapa unik visitor yang dapat untuk sehari.. tapi alang-alang dah masuk, mesti nak tengok berapa earning yang dapat.. bila klik jer.. saya nampak ada 2 buffered yang sedang on..

Apa lagi suka hati laaa.. kira ini kali pertama saya dapat buffered earning untuk Coretan Uda.. setelah berblogwalking selama 2 minggu dan hasilnya unik visitor untuk setiap hari adalah 150.. lebih kurang lerr.. Oo.. terima kasih Nuffnang..

Untuk kawan yang belum pernah mendapat buffered earning.. boleh mencuba mengikut cara saya iaitu
1. Mesti isikan survey yang nuffnang mintak tu..
2. Rajin blogwalking kerana dapat meningkatkan jumlah unik visitor seterusnya trafik pun meningkat.. kalau semua dah meningkat.. ni yang membuatkan nuffnang suka nak bagi.. tak percaya.. sila percaya.

Untuk mengetahui tips dan trick untuk tackle nuffnang bolehlah terjah blog Aried

Ibu menyusu secara eksklusif pun boleh mengandung?

Salam
Minggu lepas, mama ada datang rumah.. masa duk sembang kat dapur, mama ternampak pil Noriday saya,lalu bertanya.. "ni pil apa?".. Saya pun bagi tahu mama yang saya ambik pil perancang tu.. sebab sesuai ngan saya dan elok untuk ibu menyusu.. Terus jer mama zasss dengan ketidak percayaannya akan keberkesanan menggunakan pil.. sebab masih ada risiko untuk mengandung.. kalau ikutkan mama, dia lebih suka saya mengunakan implano macam beras opps biras saya.. senang.. kasi masuk ikut berapa tahun nak .. lepas tu.. kompem selamat.. kalau termengandung jugak.. memang tuhan nak bagi rezeki..

Jadi saya pun cuba menyakinkan mama bahawa penggunaan pil pun selamat.. sebab saya dah menyusu anak sepenuhnya, lagi pun serasi dengan badan.. jadik tak mungkin akan mengandung.. Lagik pun tentera jepun tidak menjajah lagik... Hehehe.. terus saja mama zasss" haa tu lagik bahaya.. tentera jepun tak datang, nanti tiba-tiba dah makan budakkk..".. saya pun gelak-gelak jer.. takkan kot boleh jadik macam tu..

Tapi kan.. kan.. masa duk baca metro terjumpa artikel ni..

Wanita menyusu eksklusif berbadan dua


KAEDAH penyusuan badan secara eksklusif bagi tujuan mencegah kehamilan hanya berkesan sekiranya semua (bukannya salah satu) syarat di bawah dipenuhi:

* Usia bayi yang dilahirkan di bawah empat bulan (ada pendapat yang mengatakan enam bulan)
* Menyusu badan sepenuhnya
* Belum didatangi haid

Sekiranya salah satu syarat terbabit tidak dipenuhi misalnya selepas tempoh usia sembilan bulan seperti dalam keadaan anda, kaedah ini tidak lagi dijamin keberkesanannya dan anda terdedah kepada risiko kehamilan.

Pada setiap pemeriksaan antenatal ini, anda digalakkan berbincang dengan doktor anda mengenai kaedah pencegah kehamilan yang terdapat di pasaran.

Jika anda ingin menyusu badan, kaedah tidak berhormon (seperti IUD) ataupun kaedah berhormon progestin saja (seperti pil tertentu, suntikan depo atau implan) boleh digunakan, pilihlah yang bersesuaian dengan anda. Bacaan seterusnya

Ni dah mula pikir banyak kali.. takut beb..

Si kakak ni pun dah pandai angkat kaki.. lepas tu isap jari kaki.. orang tua cakap.. tu nak adik laa.. tapi tak kisah la.. kakak dah dapat adik dah..

Yang kisahnya.. si adik ni.. pun mau isap kaki.. ooo tidak.. kamu tak boleh ada adik lagik.. teruk badan mama.. baru nak pulih..

**mama(MIL)

Booties baby yang dihiasi dengan Yoyo

Salam
Inilah hasil yang dimaksudkan.. 2 pasang booties yang dihiasi dengan Yoyo.. untuk dipakai oleh kakak dan adik.. macam mana okey tak? Kalau tak okey pun.. kira okey jer la.. saya mak budak baru belajar..


Kalau nak tahu cara membuatnya .. boleh rujuk pada entri ini.. okey selamat mencuba!

Saya gembira bila mat laju sampai

Salam..
Lalalalalalalaaaaaa.. kena menyanyi dulu, sebab hati gembira.. pukul 10 pagi tadi.. dengar hon motor depan rumah.. jengok tengok.. ooo... rupa-rupanya mat laju aka mamat poslaju dah duk tunggu depan pintu pagar.. Syoknya barang yang saya beli dah sampai..

Tu dia budak dua orang ni tengah berebut.. tarik-tarik.. agak-agaknya apa yang ada dalam tu ekkk


Ini dia barang yang dibeli... 1 set romper 5 helai ... saya beli kat kedai online Shahlyiana Collections banyak romper yang comel-comel kat situ dengan harga yang berpatutan.. boleh juling bijik mata tak tahu nak buat pilihan.

Tuan kedai jugak bermurah hati bagi saya keychain tanda menghargai pelanggannya.. terima kasih.

Hahaha.. kalau hati gembira pengeluaran pun meningkat. Yeppyy..

Magibon vs Mamebon

Salam
Siapa yang kenal Magibon .. alaaaa.. Magibonnn.. yang rendam ngan air panas.. lepas tu dia kembang.. sangat comel kan.. kalau tak kenal jugak sila cari kat Utube..

Tapi saya tak nak cakap pasal Magibon tu.. tapi ni haaaa.. Magibon saya.. ada persamaan jugak kan.. kan.. Mata bolat.... mulut kecik kiut miut.. idung kembang mekar.. dan hanya bergusi saja..

Yang bes nya.. Magibon ni ada kembar dia.. nama dia Mamebon.. serupa tapi tak sama kan.. mata pun bolat jugak, mulut kecik super mucung cam mama..

Perkembangan terbaru Magibon dan Mamebon pada umur 6 bulan 3 minggu adalah..
Mulut sangat bising.. dah pandai sebut.. mam.. mamm.. bah.. emm.. ahh.. entah apa lagik.. sembur menyembur memang sangat expert..
Tangan sangat pantas.. apa yang dicapai.. kompem dapat punya..
Sangat aktif.. nak pakaikan cd pun susah.. suka meniarap.. dah macam karipap pusing ... cam mek Rose cakap kat Rafiq
Sudah pandai berinteraksi sesama sendiri, berebut mainan, kau picit aku dan aku picit kau..
Dan banyak lagik laa.. tak tersenarai la pulak..

Bila Lori kangaroo sampai...hati saya pun gembira

Salam..
Pagi tadi dalam pukul 10 lebih gitu.. masa saya duk sidai kain kat ampaian.. tiba-tiba berhenti sebuah lori kangaroo .. bapak la besar .. terkejut saya...mamat lori tu pun terkejut jugak tengok muka saya yang separuh siap... ghupa-ghupanya barang yang saya beli dah sampai.. agak-agaknya .. apa ekkss..

Teng.. tengggg.. ini dia .. CD QQ Baby Snazzy Minky..

Comel tak? Yang bes nya tu.. kain dia jenis baldu.. lembut gebus gitu.. dah tu, ada 9 corak yang sangat cantik dan ceria.. ooo saya dah tangkap cintan tau.. rasa cam nak beli lagik.. geram.. geramm.. saya beli kat kedai online Miela77 yang tengah buat promosi pakej istimewa dan preorder.. tak caya.. pergi tengok sendiri!

Tak sabar nak bagi diorang pakai.. mesti comel.. heeeee..

psss.. nilah salah satu cara yang menyumbang peningkatan pengeluaran susu.. lalalalalalalaaaaa

Mari buat Yo Yo

Salam ..
Tahu tak macam mana nak buat yoyo? Alaaa yoyo.. eeee.. bukan yang budak laki suka main tu.. tapi yang niii

Macam mana? Dah tengok ghupa, mesti tau buatkan.. senang sangat .. kalau tak tahu jugak saya kasi tahu.. Mula-mula gunting kain bentuk bulat.. lepas tu lipat dan jahit jelujur disekelilingnya.. setelah siap jahit jelujur, boleh lah tarik benang sehingga terjerut dan seterusnya matikan jahitan.. dah siap.. senang kan..

Masa saya menjahit yoyo .. teringat pulak zaman kanak-kanak.. dimana saya, emak serta 2 orang kakak suka menjahit yoyo .. sehingga mendapat berbeg-beg banyaknya.. kemudian kita orang cantumkan yoyo-yoyo tersebut... untuk jadikan alas meja kopi, almari, peti ais, tv pendek kata untuk setiap benda yang boleh di alas. Tapikan.. pada masa tu .. saya tak tahu pulak yang nama dia yoyo... yoyo aaannnnnnn betul!

Selain dari alas.. yoyo juga boleh dijadikan aksesori pada pin rambut, baju, seluar .. apa-apa ajer lah.. mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.. Untuk menaikkan seri yoyo tu(poyo betul ayat) boleh letakkan butang, manik, kain felt mengikut citarasa masing-masing..

nampak macam biskut raya pulak! hehehe.. mentang-mentang tengah puasa ni..

Sebenarnya ada sebab kenapa tiba-tiba saya main yoyo oppss buat yoyo ni.. Agaknya apa yer?.. Hehehe.. nanti saya tunjukkan hasilnya.. tungguuu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails