Kurun Najwa

Terima kasih kawan-kawan

Salam..

Selamat beristirehat bersama keluarga terchenta..

Saya ucapkan terima kasih atas pandangan dan nasihat kawan-kawan.. mengenai kerisauan saya terhadap perkembangan Elly&Emmy yang sudah berusia 16 bulan dan masih menyusu susu ibu dimana perkembangan fizikal mereka agak kecil dan masih belum boleh berjalan lagik.. kalau nak dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya mereka.. sudah ligat berlari kesana-sini..

Suami saya pun turut membaca pandangan dan nasihat kawan-kawan itu.. dan kami merasa lega dan yakin untuk terus memberikan Elly&Emmy susu ibu.. yang terbaik untuk mereka..

Saya akui.. kalau tidak mendapat pandangan dan nasihat dari kawan-kawan yang berpengalaman menyusu dan membesarkan anak-anak.. ketabahan dan semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan ibu agak goyah.. kerana kadangkala rasa risau dan pemikiran yang negatif akan mempengaruhi diri seterusnya mengambil jalan yang mudah.. iaitu dengan memberikan formula milk pada mereka..(semoga ini tidak akan berlaku)

Sekali lagi terima kasih kawan-kawan yang bergelar mama, ibu, ummi dan apa saja panggilan .. sayang korang.. :)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails