Kurun Najwa

Stop Child Abuse

Salam..

Saya rasa sangat sedih, marah, geram dan berbagai perasaan berkecamukan yang tak dapat digambarkan.. kenapa ada manusia yang sangat kejam??


Kejam terhadap insan yang kecil..terhadap kanak-kanak.. yang mana mereka sangat memerlukan kasih sayang,tunjuk ajar dan perlindungan..tetapi sebaliknya didera.. diperlakukan bagaikan benda yang tidak menyawa..seolah tidak merasa kesakitan dan penderitaan..

Jangan samakan mereka yang mendera itu dengan haiwan.. kerana haiwan pun mempunyai kasih sayang terhadap anak-anaknya.. sebaliknya mereka adalah iblis yang bertopengkan manusia..

Antara penderaan terhadap kanak-kanak yang sering dilaporkan didada-dada media adalah
1. Penderaan dari segi fizikal
Terdapat banyak kesan luka-luka dan parut di anggota badan akibat dicucuh dengan putong rokok, seterika panas, objek tajam dan sebagainya.

2. Penderaan dari segi mental
Di ugut dan digertak dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dituturkan pada kanak-kanak kecil.. sehingga meninggalkan kesan negatif didalam minda mereka

3. Penderaan dari segi seksual
Kesucian Kanak-kanak ini dicabul, dirogol, diliwat dan sebagainya oleh mereka yang bernafsu iblis.

Kanak-kanak merupakan harta negara yang bakal mentadbir dan memajukan negara pada masa akan datang.. apa akan jadi pada generasi seterusnya sekiranya kita memandang remeh dan melepaskan tangungjawab masing-masing sebagai orang dewasa untuk menyayangi dan melindungi kanak-kanak.. cuba kita fikirkan..

Oleh itu ayuhlah kita bersama-sama mengangkat tangan.. menyokong sepenuhnya kampen ini.. hentikan penderaan kanak-kanak!!!!

unicef

Hendak memenangi SONY Cybershot W190..
Hantarkan penyertaan anda di Nuffnang


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails