Kurun Najwa

Elly&Emmy sudah 15 bulan dan mereka masih minum susu ibu secara eksklusif

Salam..

Selamat pagi semua..

Hari ni 19 hb.. genap umur Elly&Emmy 15 bulan.. Alhamdulillah.. membesar dengan sihat dan semakin aktif pergerakkan mereka.. tapi masih belum berani untuk berdiri dengan sendiri.. giat belajar berjalan dengan menolak kerusi .. mulut pun semakin petah membebel.. yang paling saya suka dengar bila mereka memanggil "mama" dan "papa".. bunyinya lantang .. bolatt dan bertenaga.. dengan muka yang sentiasa ceria..

Saya juga memanjat kesyukuran pada Ilahi kerana diberi rezeki susu ibu yang cukup untuk sikembar berkongsi susu.... Semoga saya dapat susukan mereka sehingga berumur 2 tahun.. Aminnn..


Si Emmy yang nakal.. tak sempat mama nak angkat kampit beras tu.. dia dah panjat.. buat muka katoon..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails