Kurun Najwa

Penjagaan Kaki

Salam..

Masalah tumit merekah juga boleh disebabkan keadaan persekitaran tempat kerja. Orang yang bekerja di tapak binaan menghadapi risiko lebih besar mengalami masalah ini kerana kaki menerima lebih tekanan.

Antara faktor lain yang boleh membawa kepada masalah ini ialah:
  1. Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
  2. Obesiti. Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan ini.
  3. Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
  4. Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
  5. Kelenjar peluh yang tidak aktif.
  6. Masalah kaki leper.
  7. Memakai kasut yang terlalu ketat.
  8. Kencing manis.
Sangat mudah untuk melihat masalah ini. Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah 'tumbuh' di keliling tumit. Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan.

Bagaimanapun, jangan risau kerana masalah ini mudah dirawat. Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.

Rawatan boleh dimulakan dengan:
  1. Bersihkan kaki pada setiap pagi dan malam (selepas semua aktiviti harian tamat). Kulit kaki juga perlu dibelai dengan mencuci menggunakan sabun yang lembut atau sabun anti bakteria membuat pengelupasan dan menyapukan pelembap.
  2. Cara pengelupasan paling mudah ialah menggosok tumit dengan batu pumis (boleh dibeli di farmasi atau pasar raya). Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk menanggalkan kulit yang tebal.Jika rekahan tumit besar, gunakan berus yang dibuat daripada gentian semula jadi. Cuci bersih dan lap hingga kering, terutama di bahagian merekah.
  3. Sapukan pelembap seperti losen atau minyak bayi.
  4. Pakai stokin dibuat daripada kapas ketika bekerja.
  5. Sebelum tidur, buat dua mandian untuk kaki iaitu mandian panas dan sejuk (masukkan air suam dan sejuk dalam dua besen berasingan). Tuangkan sedikit sabun antibakteria ke dalam kedua-dua besen. Rendam kaki dalam kedua-dua besen secara berselang seli. Ulang antara 10 hingga 15 minit.
  6. Keringkan kaki dan sapukan losyen pelembap.
  7. Pakai stokin kapas ketika tidur.
  8. Ulang semua proses ini selama lima hari. Apabila kulit tumit menjadi lembut, proses membersih, mengelupas dan melembap boleh dilakukan dua kali seminggu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails