Kurun Najwa

Makna Disebalik Bentuk Bibir Korang

Salam

Cuppp.. sebelum itu .. hehehe.. saya seorang yang berbibir muncung.. dan makna disebalik bentuk bibir muncung adalah.. seorang yang sangat comel dan kiut miut bila senyum.. nampak awet muda.. kadang-kadang sangat becok mulutnya macam murai tercabut ekor dan kadang-kadang diamnya seperti gunung berapi.. kalau meletus.. habis laa.. mengelupur orang disekeliling nya.. panas telinga.. (saya yang ss)

Kelebihan orang yang berbibir muncung.. boleh jadikan senjata untuk meraih simpati suami.. kalau nak sesuatu benda dan suami tak mo kasi.. sila muncung mulut yang tersedia muncung hingga ketahap boleh sangkut hanger baju.. Insyaallah .. lembut hati suami sebab tak tahan tengok isteri yang muncung dari pagi sampai ke malam.. (hehehe selalu berlaku secara spontan..tiba-tiba dah muncung)

Okey laa.. tak nak mengarut lagik.. korang bacalah info pasal bibir kat bawah tu.. agaknya korang kategori mana?.. kalau kategori muncung boleh join kelab muncung yer..
Bibir Tebal
* Bentuk bibir kelihatan tebal dan kembang, tidak berapa cantik tetapi kalau pandai mengenakan solekan yang betul, akan kelihatan seksi dan menggoda. Bagi mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang pandai mengatur kewangan dalam perbelanjaan, penyabar serta berani menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

Bibir Kecil
* Bentuk ini amat disukai, kerana kelihatan comel dan mungil seperti bibir bayi. Mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang suka berterus-terang tetapi mudah merasa rendah diri serta merasa diri tidak bahagia.

Bibir Tipis
* Selalu dikaitkan, orang berbibir tipis adalah jenis celupar iaitu suka cakap lepas dan berbisa serta bermulut jahat, tetapi ini hanya andaian dan kalau adapun ianya adalah kebetulan. Dikatakan orang bibir bibir tipis tidak mempunyai prinsip dan pegangan hidup kerana mereka mudah terpengaruh apabila dipujuk rayu iaitu bersikap seperti lalang.

Bibir Kecil dan Sempit
* Dikaitkan sebagai seorang yang yang comel dan manis. Mempunyai sifat yang hampir serupa dengan orang berbibir kecil. Bezanya, mereka selalu cepat panik dan bimbang apabila berhadapan dengan masalah serta tidak pandai membuat keputusan. Merasakan diri tidak diberi peluang yang cukup dalam sesuatu keadaan.

Bibir Kehitaman
* Bibir kehitaman yang bukan disebabkan merokok, tetapi memang semulajadi kehitaman. Mereka ini dikatakan jenis yang suka berbohong dan bergaduh.

Bibir Pucat
* Mereka berbibir jenis ini merupakan seorang yang bersifat panas baran dan cepat marah serta menginginkan kemenangan didalam segala hal dan situasi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails