Salam..
Tu diaaaa.. tajuk entri yang paling panjang.. korang sokong tak dengan pernyataan tu?
"Setengah orang gigih berusaha baru berjaya manakala ada setengah orang berjaya tanpa usaha gigih.." macam pusing-pusing pulak pernyataan ni
Kalau saya.. saya sokong penyataan itu.. ada benar juga.. Pada pengalaman saya sendiri..
Masa sekolah dulu.. saya ada sorang kawan .. dia memang tak berapa pulun belajar.. dia hanya beri tumpuan dalam kelas jer... tapi keputusan peperiksaan.. fuhhh.. punya laa bagus.. berbanding dengan saya.. punya la pulun sakat.. keputusan, alahai atas pagar jer..
Tapi tak kisah laa.. sebenarnya nak cerita pasal adik dengan kakak..
Kakak ni jenis yang gigih berusaha.. dan baru berjaya.. manakala adik jenis berjaya tanpa usaha gigih..
Cerita dia macam ni..
Kes pertama...
Masa nak meniarap hari tu.. saya tengok kakak 2, 3, 4, 5 hari duk giat berlatih cuba alihkan badannya.. manakala adik tak buat apa-apa pun.. duk rileks jer.. main sembur air liur adalah.. kemudian seminggu lepastu... kakak dah berjaya meniarap sepenuhnya dan pada masa yang sama adik pun boleh meniarap.. aikk pelik.. tak nampak pun berlatih cam kakak tapi boleh meniarap serentak..
Kes kedua..
Sekarang ni kakak dah boleh menyulur ke sana ke sini.. dah tak lekat atas tilam.. berkat dari usaha gigih kakak berlatih.. angkat dada, angkat montot, ketih sana ketih sini.. manakala adik.. macam biasa.. tengok jer aksi kakak dia sambil main belon.. kebetulan hari ni saya tengok.. adik pun dah menyulur merayap sana sini macam kakak.. aikkk.. bila kamu duk berlatih.. tak nampak pun..
Jadi kesimpulannya bagi saya.. ada betul jugak pernyataan kat atas tu.. hehehe.. tu jer