Kurun Najwa

Gelaran hari mengikut orang Rom

Salam untuk semua..

Hari ni hari Jumaat.. tahu tak mengikut orang Rom.. hari Jumaat dikenali sebagai hari Zuhrah yang diperintah oleh dewi kecantikkan. Ini kerana mengikut orang Rom.. 7 hari dalam seminggu diberi nama semperna bulan, matahari dan 5 planet.

Kenapa 5 planet jer? Sebabnya hanya 5 planet jer yang diketahui pada masa itu, iaitu Utarid, Zuhrah, Marikh, Mushtari dan Zuhal. Dipercayai bahawa matahari, bulan dan 5 planet memerintah setiap satu hari dalam seminggu mengikut giliran. Ini bermakna ketujuh-tujuh hari, dari hari Matahari sehingga sampai ke hari Matahari lain menjadi satu minggu.

Gelaran yang diberikan pada setiap hari adalah seperti berikut
Hari Ahad ialah dikenali sebagai hari Matahari dan hari Isnin ialah hari Bulan. Hari Selasa ialah hari Marikh yang diperintah oleh dewa peperangan. Hari Rabu ialah hari Utarid yang diperintah oleh Persuruh bagi segala dewa-dewa.. Hari Khamis ialah hari Mushtari yang merupakan Raja segala dewa-dewa dan dewi-dewi . Hari Jumaat ialah hari Zuhrah dan hari Sabtu ialah hari untuk Zuhal.
Manakala mengikut orang Norway pulak, hari Selasa ialah hari "Tiu", hari Rabu ialah hari"Woden", hari Khamis ialah hari "Thor" manakala hari Jumaat hari "Frigg".

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails